Sunday, October 4, 2015

Just Dont Care!

Salam. awak semua sihat?

Kalau sihat baguslah, jangan berlakon sihat pula.

Saya nak minta maaf dan dalam masa yang sama nak 'memaafkan diri sendiri'.

Sebab saya terpaksa lepaskan semua jawatan yang ada atas faktor kesihatan.

Please.

Jangan paksa saya.

Jangan buat ayat kesian.

Jangan keluar dalil quran, hadis, ayat - ayat haraki.

Saya perlu masa untuk sembuh.

Sembuh mental dan fizikal.

Lepas saya sihat sepenuhnya saya akan buat comeback.

Kawan - kawan kenal saya, saya bukan orang yang senang nak lepaskan jawatan, saya bukan loser sangat, tapi kali ini saya terpaksa.

Berapa lama untuk sembuh sepenuhnya? 3 tahun. Sekarang dah 8 bulan. Lagi 2 tahun lebih.

Tunggulah ye.

Perjuangan ini panjang teman - teman. Bukan setakat zaman kampus je.

Zaman kerja dah beranak pinak tu yang lebih mencabar.

Waktu itu kita akan lebih teruji siapa sebenarnya yang akan istiqamah dengan perjuangan.

Atau hanya sembang kencang di zaman mahasiswa.

Mungkin saya orang itu atau anda.

Kita doakan sama - sama, jumpa kt syurga, Hoyeah!

Kbai.