Friday, August 7, 2015

Ulasan Filem Interstellar : Menjawab Persoalan Misteri

ULASAN FILEM INTERSTELLAR : MERUNGKAI


Interstellar diarahkan oleh Chrisptoher Nolan, bekas pengarah filem Dark Knight. Semua kesan Computer-Generated-Imaginary (CGI) dibantu oleh seorang ahli fizik bernama Kipp Thorne. Kipp Thorne akan merumuskan matematik untuk menghasilkan visual itu. Penyelidik dari NASA turut merekomenkan filem ini kerana ketepatan sains yang hampir sempurna.

Maksud Interstellar ialah antara bintang. Kerana kita tinggal di galaksi bima sakti atau digelar Milky Way disebabkan bintang - bintang kecil ini, termasuk planet - planet membentuk gambaran seperti cecair berwarna putih seperti susu yang tumpah.

Perjalanan angkasa mereka memakan masa selama lebih dua dekad sehingga mereka perlu tidur di dalam 'Hyper Sleep Chamber (HCS)' yang mempunyai medium air untuk mengekalkan suhu dan energi badan kita. Teknologi ini dapat mengejutkan mereka dari tidur secara automatik contohnya bangun setelah 2 tahun.

Ekplorasi dimulakan oleh Cooper dan Amelia. Cooper adalah bekas 'test-pilot' NASA yang menyara keluarganya dengan menanam jagung. Mereka terpaksa melakukan pergi ke angkasa untuk mencari planet baru disebabkan fenomena 'blight' di bumi. Fenomena ini menyebabkan pokok - pokok menjadi layu disebabkan jangkitan bakteria. Blight juga boleh terjadi apabila kita menutup bahagian tertentu tumbuhan hingga tidak mendapat cahaya matahari. Contohnya, apabila kita menutup sesetengah kawasan rumput pasti ia akan layu dan berubah warna kuning kerana tidak dapat melakukan proses fotosintestis.

NASA kenalpasti satu wormhole yang boleh memendekkan perjalanan angkasawan ini untuk bergerak dari galaksi bima sakti ke galaksi lain.Wormhole tidak bersifat natural. Dalam realiti, kita hanya mampu memahami dua dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D) sahaja sedang 4D dan 5D adalah tidak dapat dijangkau. Pergerakan dari satu galaksi ke galaksi yang lain adalah seumpama satu perjalanan lurus yang panjang. Kita ambil titik A dan titik B. Untuk memendekkan perjalanan itu, warmhole akan bertindak dengan menghubungkan titik A dan titik B melalui satu lubang yang sama.

Analogi :dua titik dilukis diatas sehelai kertas dari hujung ke hujung. Untuk disambungkan kedua - dua titik itu ialah dengan melipat tengah kertas tersebut hingga titik - titik itu bertemu.

10 tahun yang lalu, NASA hantar 13 orang angkasawan ke dalam blackhole. Kemungkinan mereka telah mati atau berada terlalu lama dalam blackhole tanpa sebarang berita. Yang tinggal hanyalah 3 iaitu Dr Mann, Dr Miller dan Dr Edmund. Planet yang mereka dapat cari terletak dekat dengan Gargantua iaitu suatu mesin blackhole. Blackhole adalah bintang paling besar yang mati melalui proses 'Supernova' [Bab 10 Sains Tingkatan 3]. Apabila ia mati, ia menjadi suatu jisim yang berat sehingga mengganggu ruang angkasa. Jisimnya yang berbentuk bulat besar.

Analogi : Kita bayangkan kita letakkan ais dalam cawan yang mempunyai air. Ais akan timbul naik ke atas. Anggapkan permukaan air adalah 'space' angkasa dan ruang ais itu adalah blackhole. Dalam entiti itu, terdapat suatu graviti yang sangat kuat. Ia akan menarik sesuatu yang masuk sehingga ke 'center',titik bawah hujungnya yang dinamakan 'singularity'. Kemudian ia akan membentuk seperti 'fouldering'?. Maka, sebarang objek yang memasuki blackhole mustahil untuk keluar. Pertama, disebabkan tiada 'mechanism' untuk keluar. Kedua, tekanan graviti yang menarik dari singularity sangat kuat.

Mereka pergi ke planet pertama yang menunjukkan respons yang baik untuk habitat baru iaitu planet Dr Miller, Planet of Water.  Grup mereka dinamakan 'Endurance Crew'. Yang mereka kihat sebelum ini sebagai darat rupa - rupanya adalah laut. 1 jam di planet itu bersamaan 7 tahun di bumi. Apabila mereka keluar sahaja dari planet tersebut, 23 tahun telah berlalu. Romily, Salah seorang angkasawan yang tertinggal di Endurance sudah pun tua. Murph pula sudah sama usia seperti ayahnya Cooper. Kenapa perbezaan masa itu berlaku?

Penerangan : Semakin dekat kita dengan Blackhole, semakin lambat masa kita. [Hypothesis NASA]

Selepas itu, mereka pergi ke Planet of Frozen Cloud, planet Dr Mann. Planet ini disebabkan terlalu sejuk beku, awan pun menjadi ais. Kapal angkasa mereka hampir terbabas apabila tidak sengaja melanggar awan. Disini mereka bertemu dengan Dr Mann yang tidur di dalam 'Hyper Sleep Chamber(HSC)'. 13 astronaut awal tadi dihantar ke angkasa untuk mencari habitat baru untuk manusia. Apabila mereka temui planet yang sesuai, mereka akan menghantar 'binary code' kepada NASA lalu mereka pun tidur di dalam HCS sementara menunggu diselamatkan yang memakan masa yang lama. Disini, Cooper didedahkan dengan rahsia disebalik Plan A dan Plan B yang diceritakan Profesor Brand (ayah Amelia). Plan A akan angkut semua manusia ke planet baru yang diharapkan. Plan A akan berjaya jika Prof. Brand dapat selesaikan 'equation' yang mampu bawa manusia pergi ke angkasa beramai - ramai. Manakalan, Plan B menggunakan In-Vitro Fertilization (IVF) untuk membiakkan semula manusia. Sperma dari lelaki akan digabungkan dengan telur dari perempuan untuk membentuk embryo dalam proses ini. Mereka membawa 5000 unit embryo ke angkasa.

Sebelum itu, bagaimana mereka boleh naik ke 'atas',tahu ada wormhole dan cara hantar orang ke sana? Hal ini kerana ada satu 'entiti' yang menghantar koordinat NASA tempat pengkalan angkasa. NASA buat satu 'spaceship' yang orang awam tak tahu. Entiti tersebut menghantar kod mengenai graviti melalui debu ketika kejadian 'Blight' berlaku. Gunakan debu melalui graviti untuk menghasilkan 'morse code' hingga membawa Cooper dan Murph sampai ke pengkalan NASA.

Ketika sampai di Planet of Frozen Cloud, Dr Mann memberitahu bahawa 'equation' Profesor Brand sebenarnya sudah lama diselesaikan tetapi 'equation' tersebut tidak mampu membawa semua manusia ke kelaur dari bumi. Cooper apabila dengar Dr Mann cakap Plan A tidak dapat dijalankan, dia ingin kembali ke bumi untuk bertemu dengan anaknya. Apabila dengar niat Cooper, Dr Mann telah mengkhianati Cooper dengan cubaan membunuhnya agar dia dapat menggunakan segala sumber minyak yang ada untuk meneruskan misi, iaitu mencari planet bagi habitat manusia.

Dr Mann rampas kapal angkasa Cooper pergi ke 'Endurance', pengkalan kapal angkasa besar berbentuk bulat untuk 'docking' (melabuhkan kapal). Malangnya, Dr Mann dan kapal angkasa tersebut meletup disebabkan 'airlock depressation'.

Analogi : Kita minum air kotak hingga habis. Apa akan jadi apabila kita masih menyedut menggunakan straw setelah air habis? Kotak itu akan mengecut. Ketika Dr Mann gagal menghubungkan 'space ship'nya dengan 'Endurance' dengan betul, tekanan udara yang tinggi keluar lalu menghentam kembali 'spaceship' hingga ia meletup.

Tinggal Cooper dan Amelia sahaja dengan 'resource' (makanan,air,udara dsb) yang terhad yang tidak mampu bawa mereka ke misi mencari planet Dr Edmund. Minyak kapal itu hanya cukup untuk kembali ke bumi sahaja. Cooper sedar akan kegagalan Plan A lalu dia pun putus harapan, dia korbankan dirinya untuk masuk ke dalam blackhole. Tindakan ini adalah untuk memberi peluang kepada Amelia teruskan misi ke planet ketiga.


Penerangan : 1. Mereka yang perlu untuk kurangkan berat untuk mengelak dari graviti blackhole itu. Selepas menggunakan semua bahan api untuk pergi ke planet 1 dan 2, masalah mereka adalah berat badan yang berlebihan, kerana itu mereka terpaksa menjatuhkannya. Walau bagaimanapun, ini membawa kepada soalan, mengapa Cooper, mengapa tidak bukan manusia (iaitu Robot kedua, CASE)?

2. Sebab Cooper menjadi salah satu pengorbanan adalah bahawa mereka tidak mempunyai sumber (makanan, udara, air ddll) yang cukup untuk kedua-dua daripada mereka untuk melakukan perjalanan ke Edmunds. Seperti yang dilihat dalam dialog dalam filem itu , "Kamu  kata terdapat sumber yang cukup untuk kami berdua" dan Cooper berkata "Kami bersetuju 90 peratus", yang bermaksud apabila TARS (robot pertama) berkata beliau mempunyai berita baik dan berita buruk, berita baik adalah bahawa dengan cara ini ia adalah mungkin untuk pergi planet Edmund, tetapi berita buruk adalah bahawa dengan bekalan terhad, hanya satu manusia boleh pergi.

3. Daripada 'Newton's Third Law', apabila dua objek bergerak dari arah bertentangan akan mempunayai kelajuan yang sama. Apabila Cooper masuk ke dalam blackhole yang mempunyai tarikan graviti yang kuat, daya berlawanan yang sama kuat memberi 'Endurance' kelajuan (velocity) yang cukup untuk bergerak keluar dari orbit blackhole supaya dapat sampai ke planet Edmund.

Akhirnya, setelah Cooper masuk ke dalam blackhole tiba-tiba dia tiba di belakang almari buku anaknya, Murph. Kembali kepada asal bagaimana Cooper tahu tentang kesan graviti, wujudnya wormhole dan blackhole dari kejadian misteri di bilik Murph. Murph ingatkan hantu telah menjatuhkan buku, memberi 'morse code' menggunakan debu selama ini. (23 tahun yang lalu). Ada juga teori yang mengatakan manusia masa depanlah yang memberi fakta dan kod tersebut. Di galaksi lain, mereka telah selesaikan  'equation' mengenai masa dan 'space'. Mereka memberi data - data ini supaya Cooper dapat menolong mereka yang masih tinggal di bumi. Manusia masa depan inilah yang telah mencipta ruang 5 Dimensi dipanggil 'Tesseract'. (yang Cooper telah tersesat), supaya dia dapat berhubung dengan anaknya.

Setelah beberapa tahun, akhirnya 'equation' itu berjaya diselesaikan oleh Murph. Semua penduduk bumi berjaya di bawa ke planet lain. Cooper telah diselamatkan oleh 'polis angkasa' dari ruang 5 Dimensi itu lalu dibawa ke planet baru. Disitu, dia sempat bertemu dengan anaknya, Murph yang sudahpun tua tersadai di katil hospital. Dianggarkan umur Cooper ketika itu 124 tahun walaupun
fizikalnya masih umur 30-an. Robot TARS juga telah dijumpai bersama - sama dengan Cooper oleh 'polis angkasa'. Cooper membaiki kembali Robot yang telah 'shutdown' itu. Dia berazam untuk meneruskan misi mencari Amelia yang berada di Planet Dr Edmund.

TAMAT

*******************************
Ada beberapa perkara yang tidak sempat saya sentuh dalam artikel ini seperti puisi Profesor Brand, 'Spoiler' lain yang tidak diterangkan, peranan 'kuasa cinta' dalam memberi keteguhan supaya ahli astronaout meneruskan misi dan lain - lain. Tulisan ini hanyalah berdasarkan audio rakaman ditambah dengan sedikit coretan tambahan semasa sesi diskusi Buku Jalanan Selama berlangsung.