Tuesday, January 27, 2015

PKPIM di hatiku (UIA PJ)


 Aku menulis post ini untuk "re-collecting memories" sepanjang penglibatan dalam PKPIM yang sudah memasuki hampir 3 tahun dan juga sejarah - sejarah terkait yang membuatkan aku menyertai jemaah ini iaitu Wadah-Abim-Pkpim (WAP).



Ketika menjadi Pengarah Program bagi Bedah Buku Pluralisma Agama yang disampaikan oleh Dr Farid Shahran, mantan Timb Presiden ABIM. Turut di dalam gambar Penasihat GCC, Madam Sadrina dan juga arwah abang Abu Qassim Nor Azmi, suami Madam Sad dan mantan S.u PKPIM Pusat.
Sebelum menyertai PKPIM, aku pernah terlibat dalam dua jemaah yang lain iaitu Tabligh dan juga Sinergi, mahasiswa islam dari UTP yang mengelolakan usrah/halaqah secara "haram" di sekolahku, Seratas. Sejujurnya, aku menyayangi kedua - dua persatuan islam ini kerana mereka begitu menitikberatkan soal tarbiyah dan kebersihan hati. Semasa di sekolah menengah dan PLKN, kedua - dua gerakan ini telah memberikan asas Islam yang kukuh kepadaku terutama dalam aspek tarbiyah fardhi, asas dakwah Islam dan juga soal penghayatan al - quran.

Usai PLKN, aku merajinkan diri "bertalaqqi" dengan 'Syeikh Google' mengenai gerakan Islam dan sejarahnya di Malaysia. Tidak terlepas nama - nama tokoh besar dakwah di Malaysia suatu ketika dahulu seperti Anwar Ibrahim. Melalui DSAI, aku mencari pula 'madrasah' yang mendidik beliau iaitu ABIM dan PKPIM.

Sebelum menyertai UIAM lagi aku sudah tetapkan agar diri aku agar tidak menjadi mahasiswa biasa - biasa sahaja. Ramai orang yang berjawatan di sekolah memilih untuk menjadi 'mandom' di universiti kerana mereka kata sudah penat memimpin. Sedangkan pengalaman di sekolah itu apalah sangat untuk digunakan di alam pekerjaan. Tapi yang lebih penting bukan soal pengalaman yang kita dapat yang akan digunakan di alam pekerjaan, tetapi soal sumbangan dan perjuangan.

Sahabat usrah yang dirindui Fursan
Teringat chatting di facebook dengan Abang Penang aka Fazril Saleh, Ketua Badar 2006 di SERATAS, dia keluar sekolah, baru aku masuk. Banyak program kerohanian dianjurkan alumni yang digerakkan beliau SERATAS. Aku sentiasa mengikuti perkembangan beliau di laman sosial ketika itu. Kadang - kadang di 'post' tentang program PKPIM, KPIP, demonstrasi.. Apakah semua itu?

"Assalamualaikum abang, nak join usrah ABIM kt UIA macam mana?", tanya aku.

"Usrah ABIM takdak, usrah pkpim ada lah.

' PKPIM tu apa pulak? Saya nak ikut abim bukan pkpim'

" Depa dua tu adik beradik lah"

Rupanya PKPIM disertai oleh lapisan mahasiswa, kemudian diikuti oleh ABIM di usia belia seterusnya WADAH apabila umur melepasi 40 tahun. Nama mungkin berbeza, tetapi berkongsi fikrah yang sama.




Bergambar dengan mantan Amir UIAM PJ tahun 2000, abang Hasnol usai program Leader is Reader

Selesai program Teknik Belajar Mahasiswa Bitara anjuran GCC kerjasama dengan Pembina. Dalam gambar Presiden Pembina UIAPJ;Amirul Ashraf Fadzil, Presiden GCC; Farid, Abang Fazril ; PKPIM, dan Naib Presiden ABIM, Khairul Ariffin Munir

Usrah wida Sem 3 13/14 setelah menamatkan kepimpinan di UIA PJ

Meeting selepas subuh bagi persiapan Muktamar PKPIM UIAM PJ

Video aku berucap sedang ditayangkan semasa Muktamar kampus UIA PJ memberikan amanat kepada bakal pimpinan

Selesai bermuktamar di Dewan Masjid Kolej Islam Malaya pada 26 April 2014

Forum isu UMCEDEL Pemecatan Prof Redzuan Othman anjuran SOD

Berucap di Malam Tautan Anak Negeri Utara Sem 1 2014/2015

Ketika melawat Dr Asyraf Wajdi di rumah beliau Ogos 2014

Futsal 2.0, budaya usrah selepas bersukan

Futsal 1.0 bergambar bersama adik-adik Gen 11 & 12


Seputar PRK UIAM 2015

PRK UIAM 2015 telah berlangsung pada 20 Disember 2014 yang lalu. PKPIM UIAM Gombak mengambil keputusan untuk tidak menyertai pilihanraya pada kali ini sebaliknya lebih memfokuskan kepada mempersiapkan calon berkaliber bagi pilihanraya akan datang. Ini sudah memasuki tahun kedua PKPIM tidak melibatkan diri dalam PRK sejak tahun 2012. Barangkali, gerakan mahasiswa ini masih sudah bosan dengan permainan kotor mahasiswa "oppurtunist" sama ada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang yang secara halus mengamalkan politik kotor yang diwajahkan dengan retorik perjuangan mahasiswa, agama dan kebebasan akademik. Walaubagaimanapun, PKPIM bersedia untuk menyokong pihak manapun berlandaskan prinsip kebenaran dan keadilan bukan kepartian semata - mata. Di bawah ini , saya sertakan gambar detik - detik PRK UIAM 2015.


JELAJAH MAHASISWA DI UIAM GOMBAK
Menjelang PRK : Jelajah Mahasiswa dihadiri oleh Fahmi Zainol, Presiden PMUM 13/14 dan Prof Aziz Bari, pensyarah UIAM yang dibuang pada tahun 2011, yang juga merupakan mantan Setiausaha Agung PKPIM lewat 70-an
Ratusan mahasiswa yang menyertai perhimpunan

Gambar dari jauh jelajah Mahasiswa Anjuran Pro M UIAM

 CALON - CALON YANG BERKALIBER



Calon Kuliyyah Kejuruteraan yang menang dengan undi tertinggi , calon wanita pertama menang di Engineering

 

Calon dari PEMBINA . Meskipun tewas sekurangnya beliau berjaya mewujudkan telah memberi sedikit saingan di KOE. Selama ini, calon menang tanpa bertanding sahaja

Satu - satunya calon WUFI yang kalah disebabkan #AIKOLTOLAKWUFI

Calon HS yang menang. Kuat menulis abang ni. Baguih!

Bekas Presiden Engineus yang menang PRK dan dilantik menjadi S/U.

Calon bebas yang hebat tapi kalah dek "terlalu" tawaduk.

Kak Fatin (tengah) menang di Aikol dan menjadi VP SRC

Antara manifesto


  
Debat calon bagi kulliyah IRK. Saudari Nik Fatma kalah hampir 200 undi mungkinkah kerana beliau dari jurusan Bahasa Arab?