Sunday, October 4, 2015

Just Dont Care!

Salam. awak semua sihat?

Kalau sihat baguslah, jangan berlakon sihat pula.

Saya nak minta maaf dan dalam masa yang sama nak 'memaafkan diri sendiri'.

Sebab saya terpaksa lepaskan semua jawatan yang ada atas faktor kesihatan.

Please.

Jangan paksa saya.

Jangan buat ayat kesian.

Jangan keluar dalil quran, hadis, ayat - ayat haraki.

Saya perlu masa untuk sembuh.

Sembuh mental dan fizikal.

Lepas saya sihat sepenuhnya saya akan buat comeback.

Kawan - kawan kenal saya, saya bukan orang yang senang nak lepaskan jawatan, saya bukan loser sangat, tapi kali ini saya terpaksa.

Berapa lama untuk sembuh sepenuhnya? 3 tahun. Sekarang dah 8 bulan. Lagi 2 tahun lebih.

Tunggulah ye.

Perjuangan ini panjang teman - teman. Bukan setakat zaman kampus je.

Zaman kerja dah beranak pinak tu yang lebih mencabar.

Waktu itu kita akan lebih teruji siapa sebenarnya yang akan istiqamah dengan perjuangan.

Atau hanya sembang kencang di zaman mahasiswa.

Mungkin saya orang itu atau anda.

Kita doakan sama - sama, jumpa kt syurga, Hoyeah!

Kbai.


Friday, September 4, 2015

APA KHABAR ABIM SELAMA?

Alhamdulillah, pagi tadi (4 September 2015) berkesempatan untuk menziarahi Taski Abim Selama, Perak. Hajat untuk berjumpa kembali dengan orang ABIM pekan ini sebenarnya sudah timbul sejak Ijtimak Haraki 2013 tetapi selalu saja ada perkara yang menghalang. 


Papan tanda Taski

Taski ini adalah tempat aku menerima pendidikan awal kanak – kanak pada tahun 2000 ketika berusia 6 tahun. Rasa ragu – ragu juga untuk datang ke sini takut – takut sudah tidak ada lagi guru yang kenal. Ya lah sudah 15 tahun. Aku jenguk – jenguk dari luar, tangkap gambar bangunan taski dan papan tandanya. Tepat jam 11.30 pagi, budak – budak dah keluar kelas menandakan waktu persekolahan telah tamat.

Kemudian, muncul seorang orang guru yang aku masih cam akan rupanya tetapi sudah terlupa nama. Cikgu itu pun perkenalkan diri dengan nama Fadzlin Zulkifli (fb beliau), panggil sahaja Cikgu Lin. Guru tersebut sudah mengajar di taski ABIM sejak 1991. Maknanya, memang betul lah aku sempat mendapat didikan dari beliau.

Aku cerita perihal penglibatan aku di UIA dalam gerakan PKPIM atau orang kampung lebih kenal dengan nama ABIM supaya tak kekok untuk bertanya tentang pengalaman Cikgu Lin dalam ABIM daerah ini. Cikgu memberitahu penglibatannya dengan ABIM adalah sejak 1984 lagi. Ketika itu, beliau belajar di SMK Dato Haji Hussien (SMKDHH) , sekolah di pekan ini dan bergiat aktif dalam KPIP (Kesatuan Pelajar Islam Perak) di bawah pengelolaan arwah Cikgu Manaf.

Pemandangan taski

Tamat pengajian menengah di SMKDHH, atas keterujaan dengan aktiviti dakwah ABIM, Cikgu Lin terus menyambung pelajaran di Insitut Pengajian Islam (IPI) dalam jurusan Diploma Pendidikan. Usai habis pengajian di kolej dibawah ABIM tersebut beliau terus bekerja dan istiqamah dengan pekerjaan guru di Taski ABIM Selama sampai sekarang. Walaupun mendapat pelbagai tawaran pekerjaan lain, beliau menolak untuk kekal mendidik kanak – kanak Islam. Sambil membentuk akhlak budak – budak, terasa seperti tarbiyah itu dapat pada diri sendiri. Andai ada peluang untuk sambung belajar semula pun, semahunya di bawah Kolej Dar Al Hikmah, katanya.


Beliau sempat menyorot sejarah penubuhan taski ABIM sebagai pusat pendidikan islam kanak – kanak terawal di daerah ini iaitu pada tahun 1984. Cikgu cakap  pengasas taski ABIM masih ada di daerah ini lagi iaitu Cikgu Azizah. Sekarang, beliau bekerja tender kantin di Sk Sri Selama, Mula – mulanya, dibuka di Taman Kaya, rumah Ustaz Abdul Halim. Kemudian, berpindah ke bangunan Dewan Selama. Beberapa tahun selepas itu, bangunan ini (yang terletak di Masjid KarimTaski )menjadi lokasi taski. Apabila kemasukan murid dan pelajar bertambah ketika itu, taski diubah tempatnya di bangunan tingkat Sekolah Agama Rakyat (SAR) Darunnajah, dalam kawasan Masjid Ar Rasyidiah atau Masjid Daerah Selama. Setelah SAR tidak mahu berkongsi tempat dengan taski, akhirnya ia dipindahkan kembali sini (Masjid Karim).

Kelas aku suatu ketika dulu

Taski ini turut menerima kesan dari Reformasi 1998, apabila pihak polis kadang – kadang datang ke sini untuk memerhatikan taski ini sama ada terdapat pengaruh politik atau perjuangan DSAI yang disebarkan. Walau bagaimanapun, polis – polis ini kenal rapat dengan Cikgu Lin malahan menghantar anak mereka belajar di sini, mereka percaya unsur – unsur tersebut tidak ada. Pemerhatian yang dijalankan hanyalah sebagai mengikut syarat dan arahan orang atasan sahaja.

Taski dah tak ramai macam dulu, dilimitkan kepada 50 orang sahaja. Zaman aku dulu ada 100 orang murid. Itu yang sampai bina satu lagi bangunan baru untuk kelas. Lama kelamaan, apabila 3 pra-sekolah dibuka pelajar makin kurang, kerana disitu yuran percuma.

Dulu, bangunan taski ini turut dijadikan sekolah agama petang aliran tahfiz. Sambutan masa itu agak menggalakkan. Ustaz Sufyan dan Cikgu Lin sendiri yang menguruskannya. Apabila Ustaz Sufyan berpindah diganti pula dengan ustaz lain. Dengan kepenatan menguruskan taski di sebelah pagi dan menguruskan keluarga dan anak – anak serta keuzuran ustaz ganti tersebut, sekolah tahfiz terpaksa ditutup. Guru ganti sukar untuk didapatkan atas faktor gaji yang kecil dan bukan pula mudah untuk mencari guru yang betul – betul berkelayakan. Tangkap muat sahaja tidak boleh, peribadi seseorang akan dinilai terlebih dahulu.

Anak anak taski baru habis kelas

ABIM di daerah ini sebenarnya sudah lama senyap. Usrah sudah lama tidak berjalan setelah jawatan exco – exco ABIM Selama tidak terisi. Kekurangan tenaga muda untuk menggerakkan program serta dana yang tidak banyak menyebabkan ia sepi begitu sahaja. Tambahan hanya Cikgu Lin sahaja orang ABIM yang masih berada di taski, guru – guru lain masih baru dan tidak mempunyai latarbelakang ABIM. Kalau muktamar peringkat Perak diadakan, ABIM Selama tak dapat nak hantar laporan kerana memang tiada apa - apa aktiviti.

Aku sempat pula bertanya apakah boleh untuk mengajar sementara semasa cuti semester akan datang di Taski ABIM ini. Beliau mengalu – alukan perkara tersebut tapi memberitahu siap – siap gaji bekerja di sini tidak banyak. Hanya bergantung kepada kutipan yuran murid – murid sahaja. Aku turut mengutarakan bagaimana pula sekiranya mahu membuat program motivasi dengan budak – budak, dengan mencadangkan seorang bekas aktivis PKPIM, Abang Hanis Zakaria yang mahir dalam bidang kefasilitatoran. Beliau kini tinggal di Manjung dan sedang mengusahakan modul fasilitator yang baru dihasilkannya. Abang Hanis mencari tempat untuk beliau mencuba modul baru tersebut.

Pejabat Guru

 Cikgu Lin teringin benar andai dapat dikumpulkan semula alumni – alumni taski ini dalam satu reunion. Dapat lah beliau kenal anak didik beliau yang telah berjaya. Seterusnya, mungkin dapat menyumbang bakti semula dan menggerakkan program taski ini.
  
Kalau sesiapa yang masih kenal Cikgu Lin, roger - roger lah ya :)

Konklusinya, kerja dakwah kita masih banyak.dan jalan ini SUMPAH PANJANG! Doakan semoga gerakan ABIM dapat kembali subur di daerah Selama ini.

“Walau di mana pun kita berada, kita mengungkapakan slogan yang sama iaitu Hidup Biar Berjasa!”

Mahasiswa UIA Jangan Boikot PRK

Isu terbaru di UIAM, MPP telah ditamatkan jawatan walaupun usia kepimpinan mereka belum pun cukup setahun. Hal ini dikatakan bersebab daripada pergantungan jawatan kepala mereka sendiri, iaitu Saudara Hanif Mahpa. 

Yang lawaknya, MPP ditamatkan jawatan tanpa melalui Mesyuarat Agung Tahunan yang di dalamnya kita sedia ada maklum ada ruang untuk muhasabah, dibentangkan segala laporan program tahunan dan laporan kewangan keseluruhan buat tahun tersebut.


Persoalannya, kalau begini sikap pentadbiran universiti, apakah masih relevan Pilihanraya Kampus? Natijahnya selalu berakhir sama, mahasiswa tetap kena mengikut telunjuk admin, diperlakukan seperti budak - budak sekolah.
Jika jawapannya tidak, apakah kita harus MEMBOIKOT PRK kali ini? Sejarah mencatatkan bahawa WUFI-PKPIM pada 10 tahun yang lalu pernah memboikot PRK secara total disebabkan tidak berpuas hati dengan pengenalan peraturan - peraturan baru yang menyusahkan semasa PRK dan taktik taktik kotor pihak pentadbiran yang terbongkar. Hanya, JIM (IKRAM sekarang) dan REVO (Pro-Aspirasi) yang berpartisipasi. 

Penguasaan REVO dalam MPP ketika itu menampakkan kegagalan mereka dalam menampilkan kepimpinan Islam dan sahsiah yang baik. Buktinya, penganjuran CONVEST 06 https://www.youtube.com/watch?v=DPfDfMx8NQg yang berada di bawah pengelolaan mereka tidak mengikut lunas - lunas Islam, hiburan melampau seterusnya mencalarkan nama 'suci' UIAM sendiri. Kita sepatutnya sudah serik akan hal itu. Admin pasti akan mengatur pertemuan sulit hotel, kem tertutup bagi menyusun calon pilihan mereka.


PESTA CONVEST 06 DI BAWAH MPP ASPIRASI UIAM

Jika YA jawapannya,mungkin solusi terbaik adalah mengadakan pakatan mahasiswa secara besar - besaran. Sejarah 15 tahun lalu pula menceritakan, WUFI dan ROW ( proksi PKPIM, walaupun sebelum itu agak pro-universiti) bersatu dalam SAF (Student Aspiration Front) pasca reformasi untuk melawan pentadbiran univerisiti yang semakin pro-Barisan Nasional akibat sokongan siswa terhadap mereka beralih arah atas simpati dengan tragedi pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ketika itu, calon pro-univerisiti kalah total semua kerusi. Cuma dalam konteks sekarang, kita mahu semua kelompok mahasiswa dihentikan pembodohan keseluruhannya termasuk mahasiswa pro-UMNO atau GPMS. Apatah lagi, gelombang anti-Najib yang merebak, mereka sepatutnya sudah lebih berfikir. 

Maka, jalan terbaik yang saya fikir kita sama - sama susun barisan untuk hadapi PRK dengan kesepakatan bersama WUFI-PKPIM-PEMBINA-ASPIRASI-IKRAM agar pentadbiran tahu, mereka sedang berhadapan dengan pelajar UIAM bukan mahasiswa pembangkang sahaja!

Friday, August 7, 2015

Ulasan Filem Interstellar : Menjawab Persoalan Misteri

ULASAN FILEM INTERSTELLAR : MERUNGKAI


Interstellar diarahkan oleh Chrisptoher Nolan, bekas pengarah filem Dark Knight. Semua kesan Computer-Generated-Imaginary (CGI) dibantu oleh seorang ahli fizik bernama Kipp Thorne. Kipp Thorne akan merumuskan matematik untuk menghasilkan visual itu. Penyelidik dari NASA turut merekomenkan filem ini kerana ketepatan sains yang hampir sempurna.

Maksud Interstellar ialah antara bintang. Kerana kita tinggal di galaksi bima sakti atau digelar Milky Way disebabkan bintang - bintang kecil ini, termasuk planet - planet membentuk gambaran seperti cecair berwarna putih seperti susu yang tumpah.

Perjalanan angkasa mereka memakan masa selama lebih dua dekad sehingga mereka perlu tidur di dalam 'Hyper Sleep Chamber (HCS)' yang mempunyai medium air untuk mengekalkan suhu dan energi badan kita. Teknologi ini dapat mengejutkan mereka dari tidur secara automatik contohnya bangun setelah 2 tahun.

Ekplorasi dimulakan oleh Cooper dan Amelia. Cooper adalah bekas 'test-pilot' NASA yang menyara keluarganya dengan menanam jagung. Mereka terpaksa melakukan pergi ke angkasa untuk mencari planet baru disebabkan fenomena 'blight' di bumi. Fenomena ini menyebabkan pokok - pokok menjadi layu disebabkan jangkitan bakteria. Blight juga boleh terjadi apabila kita menutup bahagian tertentu tumbuhan hingga tidak mendapat cahaya matahari. Contohnya, apabila kita menutup sesetengah kawasan rumput pasti ia akan layu dan berubah warna kuning kerana tidak dapat melakukan proses fotosintestis.

NASA kenalpasti satu wormhole yang boleh memendekkan perjalanan angkasawan ini untuk bergerak dari galaksi bima sakti ke galaksi lain.Wormhole tidak bersifat natural. Dalam realiti, kita hanya mampu memahami dua dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D) sahaja sedang 4D dan 5D adalah tidak dapat dijangkau. Pergerakan dari satu galaksi ke galaksi yang lain adalah seumpama satu perjalanan lurus yang panjang. Kita ambil titik A dan titik B. Untuk memendekkan perjalanan itu, warmhole akan bertindak dengan menghubungkan titik A dan titik B melalui satu lubang yang sama.

Analogi :dua titik dilukis diatas sehelai kertas dari hujung ke hujung. Untuk disambungkan kedua - dua titik itu ialah dengan melipat tengah kertas tersebut hingga titik - titik itu bertemu.

10 tahun yang lalu, NASA hantar 13 orang angkasawan ke dalam blackhole. Kemungkinan mereka telah mati atau berada terlalu lama dalam blackhole tanpa sebarang berita. Yang tinggal hanyalah 3 iaitu Dr Mann, Dr Miller dan Dr Edmund. Planet yang mereka dapat cari terletak dekat dengan Gargantua iaitu suatu mesin blackhole. Blackhole adalah bintang paling besar yang mati melalui proses 'Supernova' [Bab 10 Sains Tingkatan 3]. Apabila ia mati, ia menjadi suatu jisim yang berat sehingga mengganggu ruang angkasa. Jisimnya yang berbentuk bulat besar.

Analogi : Kita bayangkan kita letakkan ais dalam cawan yang mempunyai air. Ais akan timbul naik ke atas. Anggapkan permukaan air adalah 'space' angkasa dan ruang ais itu adalah blackhole. Dalam entiti itu, terdapat suatu graviti yang sangat kuat. Ia akan menarik sesuatu yang masuk sehingga ke 'center',titik bawah hujungnya yang dinamakan 'singularity'. Kemudian ia akan membentuk seperti 'fouldering'?. Maka, sebarang objek yang memasuki blackhole mustahil untuk keluar. Pertama, disebabkan tiada 'mechanism' untuk keluar. Kedua, tekanan graviti yang menarik dari singularity sangat kuat.

Mereka pergi ke planet pertama yang menunjukkan respons yang baik untuk habitat baru iaitu planet Dr Miller, Planet of Water.  Grup mereka dinamakan 'Endurance Crew'. Yang mereka kihat sebelum ini sebagai darat rupa - rupanya adalah laut. 1 jam di planet itu bersamaan 7 tahun di bumi. Apabila mereka keluar sahaja dari planet tersebut, 23 tahun telah berlalu. Romily, Salah seorang angkasawan yang tertinggal di Endurance sudah pun tua. Murph pula sudah sama usia seperti ayahnya Cooper. Kenapa perbezaan masa itu berlaku?

Penerangan : Semakin dekat kita dengan Blackhole, semakin lambat masa kita. [Hypothesis NASA]

Selepas itu, mereka pergi ke Planet of Frozen Cloud, planet Dr Mann. Planet ini disebabkan terlalu sejuk beku, awan pun menjadi ais. Kapal angkasa mereka hampir terbabas apabila tidak sengaja melanggar awan. Disini mereka bertemu dengan Dr Mann yang tidur di dalam 'Hyper Sleep Chamber(HSC)'. 13 astronaut awal tadi dihantar ke angkasa untuk mencari habitat baru untuk manusia. Apabila mereka temui planet yang sesuai, mereka akan menghantar 'binary code' kepada NASA lalu mereka pun tidur di dalam HCS sementara menunggu diselamatkan yang memakan masa yang lama. Disini, Cooper didedahkan dengan rahsia disebalik Plan A dan Plan B yang diceritakan Profesor Brand (ayah Amelia). Plan A akan angkut semua manusia ke planet baru yang diharapkan. Plan A akan berjaya jika Prof. Brand dapat selesaikan 'equation' yang mampu bawa manusia pergi ke angkasa beramai - ramai. Manakalan, Plan B menggunakan In-Vitro Fertilization (IVF) untuk membiakkan semula manusia. Sperma dari lelaki akan digabungkan dengan telur dari perempuan untuk membentuk embryo dalam proses ini. Mereka membawa 5000 unit embryo ke angkasa.

Sebelum itu, bagaimana mereka boleh naik ke 'atas',tahu ada wormhole dan cara hantar orang ke sana? Hal ini kerana ada satu 'entiti' yang menghantar koordinat NASA tempat pengkalan angkasa. NASA buat satu 'spaceship' yang orang awam tak tahu. Entiti tersebut menghantar kod mengenai graviti melalui debu ketika kejadian 'Blight' berlaku. Gunakan debu melalui graviti untuk menghasilkan 'morse code' hingga membawa Cooper dan Murph sampai ke pengkalan NASA.

Ketika sampai di Planet of Frozen Cloud, Dr Mann memberitahu bahawa 'equation' Profesor Brand sebenarnya sudah lama diselesaikan tetapi 'equation' tersebut tidak mampu membawa semua manusia ke kelaur dari bumi. Cooper apabila dengar Dr Mann cakap Plan A tidak dapat dijalankan, dia ingin kembali ke bumi untuk bertemu dengan anaknya. Apabila dengar niat Cooper, Dr Mann telah mengkhianati Cooper dengan cubaan membunuhnya agar dia dapat menggunakan segala sumber minyak yang ada untuk meneruskan misi, iaitu mencari planet bagi habitat manusia.

Dr Mann rampas kapal angkasa Cooper pergi ke 'Endurance', pengkalan kapal angkasa besar berbentuk bulat untuk 'docking' (melabuhkan kapal). Malangnya, Dr Mann dan kapal angkasa tersebut meletup disebabkan 'airlock depressation'.

Analogi : Kita minum air kotak hingga habis. Apa akan jadi apabila kita masih menyedut menggunakan straw setelah air habis? Kotak itu akan mengecut. Ketika Dr Mann gagal menghubungkan 'space ship'nya dengan 'Endurance' dengan betul, tekanan udara yang tinggi keluar lalu menghentam kembali 'spaceship' hingga ia meletup.

Tinggal Cooper dan Amelia sahaja dengan 'resource' (makanan,air,udara dsb) yang terhad yang tidak mampu bawa mereka ke misi mencari planet Dr Edmund. Minyak kapal itu hanya cukup untuk kembali ke bumi sahaja. Cooper sedar akan kegagalan Plan A lalu dia pun putus harapan, dia korbankan dirinya untuk masuk ke dalam blackhole. Tindakan ini adalah untuk memberi peluang kepada Amelia teruskan misi ke planet ketiga.


Penerangan : 1. Mereka yang perlu untuk kurangkan berat untuk mengelak dari graviti blackhole itu. Selepas menggunakan semua bahan api untuk pergi ke planet 1 dan 2, masalah mereka adalah berat badan yang berlebihan, kerana itu mereka terpaksa menjatuhkannya. Walau bagaimanapun, ini membawa kepada soalan, mengapa Cooper, mengapa tidak bukan manusia (iaitu Robot kedua, CASE)?

2. Sebab Cooper menjadi salah satu pengorbanan adalah bahawa mereka tidak mempunyai sumber (makanan, udara, air ddll) yang cukup untuk kedua-dua daripada mereka untuk melakukan perjalanan ke Edmunds. Seperti yang dilihat dalam dialog dalam filem itu , "Kamu  kata terdapat sumber yang cukup untuk kami berdua" dan Cooper berkata "Kami bersetuju 90 peratus", yang bermaksud apabila TARS (robot pertama) berkata beliau mempunyai berita baik dan berita buruk, berita baik adalah bahawa dengan cara ini ia adalah mungkin untuk pergi planet Edmund, tetapi berita buruk adalah bahawa dengan bekalan terhad, hanya satu manusia boleh pergi.

3. Daripada 'Newton's Third Law', apabila dua objek bergerak dari arah bertentangan akan mempunayai kelajuan yang sama. Apabila Cooper masuk ke dalam blackhole yang mempunyai tarikan graviti yang kuat, daya berlawanan yang sama kuat memberi 'Endurance' kelajuan (velocity) yang cukup untuk bergerak keluar dari orbit blackhole supaya dapat sampai ke planet Edmund.

Akhirnya, setelah Cooper masuk ke dalam blackhole tiba-tiba dia tiba di belakang almari buku anaknya, Murph. Kembali kepada asal bagaimana Cooper tahu tentang kesan graviti, wujudnya wormhole dan blackhole dari kejadian misteri di bilik Murph. Murph ingatkan hantu telah menjatuhkan buku, memberi 'morse code' menggunakan debu selama ini. (23 tahun yang lalu). Ada juga teori yang mengatakan manusia masa depanlah yang memberi fakta dan kod tersebut. Di galaksi lain, mereka telah selesaikan  'equation' mengenai masa dan 'space'. Mereka memberi data - data ini supaya Cooper dapat menolong mereka yang masih tinggal di bumi. Manusia masa depan inilah yang telah mencipta ruang 5 Dimensi dipanggil 'Tesseract'. (yang Cooper telah tersesat), supaya dia dapat berhubung dengan anaknya.

Setelah beberapa tahun, akhirnya 'equation' itu berjaya diselesaikan oleh Murph. Semua penduduk bumi berjaya di bawa ke planet lain. Cooper telah diselamatkan oleh 'polis angkasa' dari ruang 5 Dimensi itu lalu dibawa ke planet baru. Disitu, dia sempat bertemu dengan anaknya, Murph yang sudahpun tua tersadai di katil hospital. Dianggarkan umur Cooper ketika itu 124 tahun walaupun
fizikalnya masih umur 30-an. Robot TARS juga telah dijumpai bersama - sama dengan Cooper oleh 'polis angkasa'. Cooper membaiki kembali Robot yang telah 'shutdown' itu. Dia berazam untuk meneruskan misi mencari Amelia yang berada di Planet Dr Edmund.

TAMAT

*******************************
Ada beberapa perkara yang tidak sempat saya sentuh dalam artikel ini seperti puisi Profesor Brand, 'Spoiler' lain yang tidak diterangkan, peranan 'kuasa cinta' dalam memberi keteguhan supaya ahli astronaout meneruskan misi dan lain - lain. Tulisan ini hanyalah berdasarkan audio rakaman ditambah dengan sedikit coretan tambahan semasa sesi diskusi Buku Jalanan Selama berlangsung.

Tuesday, July 21, 2015

Cerpen : Ketika Cinta Berusrah

Cerpen : Ketika Cinta Berusrah


Disebabkan diri ini masih belum sihat sepenuhnya, maka aku telah meminta sang naqib untuk mengadakan usrah di Surau Mahallah Salahuddin yang terletak jauh di puncak bukit  university. Sedangkan sang naqib & ahli usrah yang lain tinggal di asrama di bawah bukit. Lalu aku pun menghantar Whatsapp kepada sang naqib.

"Assalamualaikum akhi. Takpe ke malam ni usrah kt salahuddin ni? macam jauh je." aku cuba mendapatkan penjelasan.

"Bila lagi kita nak pergi Surau salahuddin kan?" balas beliau.

Usrah dijanjikan pada pukul 11 malam di surau. Mungkin agak lewat tapi hanya itulah waktu yang ada untuk memberi ruang penyucian hati , muhasabah iman dan amal setelah beberapa minggu berlalu tanpa usrah. Dek semua orang sibuk dengan gerak kerja islam yang lain. Hati manusia ini sentiasa berbolak balik oleh itu ia perlu diingatkan selalu akan tujuan asal penciptaannya di muka bumi.

Jam 11.15 malam ,kelibat mereka masih belum kelihatan. Sedang aku ketika itu sudah menanti di surau. Dua minit kemudian, pintu surau ditolak dari luar.

"eh akhi naqib, kenapa berpeluh-peluh ni?", tanya aku.

"ana naik basikal dari zubair ke salahuddin. fuhh. penat naik bukit. lama dah tak naik basikal." jawab sang naqib sambil tercungap – cungap.

Waktu tu, aku terdiam. Tersentuh. Tak tahu nak kata apa. Allahuakbar. Sanggup naqib ini kayuh basikal penat – penat semata – mata untuk menyampaikan ilmunya.

Sementara menanti ahli usrah lain tiba, aku bersembang dengan naqib tentang pelbagai perkara. Selang 10 minit, pintu surau dikuak lagi, dua orang sahabat usrah masuk dalam keadaan keletihan.

"Eh antum kenapa berpeluh pula ni?" sang naqib bertanya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"
Kitorang datang naik basikal, bergilir gilir. Hanis naik basikal, Zakwan joging, lepas tu tukar-tukar la” balas mereka.
"Aipp..enta jogging pakai apa?" aku meminta kepastian.

"selipar jela malam – malam ni." luah Zakwan.

Subhanallah. Aku terkedu sendirian . Rasa sentap dengan pergorbanan mereka.

Sang naqib memandang tepat pada setiap wajah anak usrahnya dengan senyuman yang penuh membahagiakan,
“Boleh kita mulakan?” ujarnya.

******************************************************************************

Di dalam usrah tadi,  sang naqib meminta kami semua membaca dan mentadabbur ayat 41 surah At-Taubah yang bermaksud,

Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan ataupun berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”

Kata – kata Allah Swt itu seolah – olah tepat menggambarkan situasi hari ini. Walau sakit , penat, sibuk dan futur (berputus asa) pasti akan ditunjukkan jalan keluar daripada semua itu. Tuhan tidak akan pernah menguji seseorang hambaNya melebihi apa yang dia mampu.

Tajuk besar perbincangan kami harini adalah tentang ‘Tarbiyah Islamiyah’. Tarbiyah bukan taalim. Tarbiyah adalah suatu proses yang dilaksanakan dalam kelompok kecil seperti usrah unit supaya naqib dapat memantau dan mengenal pasti tahap kefahaman serta potensi ahli usrah. Ia sangat sukar untuk didapatkan dalam taalim seperti program umum,usrah umum ,ceramah dan lain – lain.

Tarbiyah adalah proses didikan yang boleh jadi datang dalam bentuk lembut, keras, tegas, dendaan, hukuman dan lain - lain asalkan mampu merobah diri menjadi lebih baik. Sepertimana ibu ayah kita di rumah yang memberi pengajaran kepada kita kadang – kadang  dalam marah, dan kadang - kadang pula berlemah lembut.

Aku bersaksi mereka ini adalah sahabat-sahabat yang ikhlas berjuang untuk Islam. Mereka sanggup berjuang walau punya kesusahan kerana mereka sudah diasuh, dididik, dan ditarbiyah maka mereka faham. Inilah manisnya cinta yang terbit dari istiqamahnya berusrah. Kata mudah, Ketika Cinta Berusrah!

Jom Join Usrah!


Coretan,
Najmuddin Razak,

Mahasiswa Kejuruteraan UIAM

Siap Disunting,
21 Julai 2015
Selama, Perak

Wednesday, July 15, 2015

Book Review - Two Faces : Trial Without Detention


This book being borrowed by my friend, Arief Daniel Maliki bin Abdul Malik as an exchange of 'Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang' written by ZF Zamir about August 2014. I read this book slowly because I was focusing on my academics and other books that is more essential. Finally I accomplished my target to finish it before, 'Along' (his nickname) come back to Malaysia from his studies at Egypt. I found out that this book is really impressive in explaining the things that happened behind the bar. This book is a record of Syed Husin while detained in Camp Kamunting under the Internal Security Act (ISA) when the mass demonstrations in Baling 1974, which is dominated by students.

"Since Jun 72, up to the time of your arrest on 7 Dec 74, you Syed Hussein Ali, have consistenly noted in a manner prejudicial to the security of Malaysia in that you have actively, knowingly and willingny assisted the ilegal Communist Party of Malaya (CPM) by promoting subersive students activities in institutions of higher learning and the legally registered Partai Sosialis Rakyat Malaya (PSRM) in order to overthrow the legally constituted Government of Malaysia by unconstitutional and revolutionary means." - ORDER OF DETENTION

In this note Syed Husin told that he was kidnapped and taken to a strange place and outside of people knowledge. Asked the same question repeatedly and not allowed to sleep. The condition of the room were dirty, their clothes were never changed and smelled musty, slept on the cement and the toilet was disgusting - it's kind of like giving him emotional distress.

 Parties wishing to impose conditions of his release when he is free he will not be active in any of the member associations and lectures. He also asked to sign some sort of recognition that the allegations made in the indictment against him is true.

Also on hold with Syed Husin is Anwar Anwar Ibrahim but freed earlier and not imposed any conditions when he was freed 4 years earlier. Among the highlights is a good attitude Anwar Ibrahim, who has always been 'Imam' praying while Syed Husin and other detainees would be his followers. Anwar also teach other prisoners in Quran recitation. Despite his righteous character, sometimes he also sang Hindustani and classical song titled Azizah. It is related to his wife,Dr. Wan Azizah? (During that time they were not married yet). It was stated that, It also stated that Anwar Ibrahim had applied to further his studies at master level under Professor Naqib. The full name is not specified whether it was Professor Naqib Al Attas or not. Anwar Ibrahim was also a former student of Syed Husin in the social sciences subject in UM.

Not everyone is able to withstand the abuse of the ISA. Each detained will be offered to departure, but was forced to agree after coming out of prison, which is not to against the Barisan Nasional government. Ibrahim Ali, MITSU President and also Deputy President of PKPIM gave up earlier. However it is uncertain whether his political stance today is the result of events happened over 30 years ago?


While at Camp Kemunting ,Syed Husin do a lot of reading and writing, he was also preparing a book and Malays: Problems and Future. He also taught some prisoners to read . Syed Husin condensed his soul. This coupled with the presence of a wife who is steadfast and courageous. His wife did not want to Syed Husin surrender. This gives strength to her in order to survive.

Despite all the violent stories, there is a little funny part. There is an old prisoner who offered free dental treatment at government hospitals. Within a few months of his teeth had been pulled out bit by bit to paste dentures. Unfortunately when a tooth left, he was terminated in detention camps. The hope to have a free denture teeth are all gone home.

6 years to reach his arrest Syed Husin doing an activity strange. In one afternoon, he played ping pong with wearing sarong. Unfortunately, he fall down while playing. He was taken to hospital afterwards and suffered serious injuries on his leg. A week later, he was released from prison on parole although he did not sign the agreement.

Everyone has their own struggles.
Some fight for their freedom of country.
Some fight for their love one.
Some fight for their health
Some fight for their happiness
Whatever it is be a strong fighter, that will never give up.
Yes, sometimes you feeling down, its normal.
Head up, look forward, big hearted.
Remember,
‪#‎InfiruKhifafanWaTsiqalan‬
Fight whether you are in comfortable or difficult condition




Monday, July 6, 2015

Perpustakaan Minda - My Reading List



"Jepun – 40 buah buku setahun

Eropah – 10 buah buku setahun

Arab – 20 muka surat setahun

Malaysia – 2 muka surat setahun"

#facepalm


2015


26. Mudahnya Mengendalikan Usrah - Mohamad bin Mohsin
25. Two Faces : Detention Without Trial - Syed Husin Ali
24. Syabab Musafir Kasih (Novel) - Ustazah Fatimah Syarha
23. Islam dan Melayu - Dato Dr Siddiq Fadhil
22. Islam, Songkok dan Bahasa - Maarof Salleh (Bekas Presiden MUIS Singapura)
21. Hijrah Cinta Kerana Nya (Novel Tarbiah) - Fieyta An Nisa
20. Antologi Perjuangan Kedua - Othman Puteh & Rahman Shaari
19. How To Read A Book - Moltimer Adler
18. Momento Tarbiah Sentap - Adnin Roslan and the gang
17. Tarbiah Dzatiah -Musyirah Zulkarnain (Iman Shoppe)
16. Magnet Diri - Amin Idris
15. 5 Tahun 5 Bulan (Novel) - Hlovate
14. Versus (Novel) - Hlovate
13. Molotov Koktel - Adam Adli
12. Guru Terhebat Olan (GTO;Novel) - A.D. Mirzai
11. Gelombang Kebangkitan Asia (The Asian Renaissance) - Anwar Ibrahim
10. Dictator ( English Novel) - Tom Cain
9. Cerita Dari Syurga - Zamri Muhammad
8. The concept of education of islam - S. M. Naquib Al Attas
7. Travelog Dakwah Meniti Hari Esok - Muhd Kamil Ibrahim
6. Antithesis - Benz Ali
4. Majalah Jom, Ucapan Dasar Muktamar Sanawi Pkpim ke 48,52,53 , Wadah ijtimak 3
5. About Muhammad from Western perspective [anthology] - j Esposito, c. Bennett etc]
3. Deadly Mist - Jerry Gray
2. Imam Hanafi (Novel Sejarah) - Abdul Latip Talib
1. Peter Pan (English Novel) - James Berrie


2014
30. Tanda & Bukti Cinta - Ibnu Qayyim Al Jauzi
29. Jalan Menuju Istiqamah - Ibnu Qayyim Al Jauzi
28.29 Sebab Tertutupnya Pintu Hidayah - Shalih Muqbil Al Ushaimi
27. Idealisma Anwar (DSAI) - Mohd Nazir Ibrahim
26. ABIM & Pengalaman Palestine - Dr Rumaizuddin Ghazali
25. Rich Dad , Poor Dad  - Robert Kiyosaki
24. Gerakan Islam - Satu Sejarah & Pengalaman . versi on9 : http://risalahkami.wordpress.com/2009/05/30/gerakan-islam-satu-sejarah/
23. Politik Melayu & Penyatuan Ummah -ABIM
22. Anthem (Novel) - Hlovate
21. Di Sebalik Ikhwanul Muslimin Youssef Nada - Doughlas Thomson
20. Jalan Dakwah ; Antara Qiyadah dan Jundiyyah - Mustafa Masyur
19. Usrah dan Harakah - Ya'qub Muhammad Husin
18. Hasan Al Banna - Abdul Latip Talib
17. Ahmad Ammar Satu Kematian Yang Hidup - Mejar Muhammad Qayyum Badaruddin
16. Penjelasan Budaya Ilmu (Falsafah)- Prof Wan Nor Wan Daud
15. Berapa Harga Segulung Ijazah - Dr Kamariah Nordin
14. Ustaz Yahya Othman; Murabbi Sepanjang Zaman - Nazeli Ahmad
13. Penghujung Cintaku (Novel) - Admatiza
12. Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang - Zul Fikri Zamir
11. Kebangkitan Pelajar Islam di Malaysia - Zainah Anwar
10. Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
9. ABIM 3 Dekad Yang Penuh Dugaan
8. 50 Idea Ekonomi Yang Patut Diketahui - Edmund Conway
7. Bulatkan Tekad Generasi Umat - Anwar Ibrahim
6. Ayyuhal Walad - Imam Al Ghazali
5. Apa itu Pencerahan ? - Emmanual Kant
4. Tunggu Teduh Dulu (Novel) - Faisal Tehrani
3. Penulisan Cerpen Kreatif (Sastera) - Shahnon Ahmad
2. Contengan Jalanan (Novel) - Hlovate
1. Heartburn & Reflux For Dummies (Kesihatan) - Carol Ann Rinzler


2013
13. Syahadatul Haq - Abu 'Ala Al Maududi
12. Mengintai Cinta Khalifah (Novel) - Ustaz Ubaidillah Alias @ Najah
11. Budak U (Novel) - Khairy Tajuddin @ Najah
10. Catatan Seorang Pejuang - Ustaz Nasruddin Tantawi
9. Pemikiran Rachid Al Ghanouchi - ABIM
8. Pemikiran Yusf Al Qardhawiy - ABIM
7. Tasawwur Islam - Dr Halim Muhammady
6. Menghayati Budaya Ilmu - Dr Zaini Ujang
5. Debating (PDF) - Simon Quinn / https://debate.uvm.edu/dcpdf/quinn_DEBATING.pdf
4. Sebelum Aku Bernikah - Hilal Asyraf @ Najah
3. Suami Ekspres - Fieyta An Nisa
2. Membina Remaja Berkarisma - Ahmad Naim Jaafar
1. 5 Dasawarsa PKPIM - Hilmi Ramli & Husni Yusoff



2012


8. Mendidik Remaja Muslim - Dr Aidh Al Qarni
7. How To Study Math
6. Muhammad Al Fateh 1453 - Felix Siaw
5. Seni Berdebat : Panduan Komprehensif - Muhd Jamil Yaakob
4. Kebangkitan Mesir : Mursi - Ustaz Ridhuan Mohd Nor
3. Sinergi (Novel) - Hilal Asyraf
2. How To Win Friends and Influence People - Dale Carnegie
1. Bicara Kendiri (Psikologi) - Dr. Shad Helmstetter 

2011


3. Kearah Kesatuan Gerakan Islam - Fathi Yakan
2. Umar Abdul Aziz - Abdul Latip Talib
1. Hero (Novel) - Hilal Asyraf


2010


3. Seindah Mawar Berduri (Novel)- Fatimah Syarha
2. Ke Mana Kita Menyeru? (Kaifa Nad'u ilal Islam) - Fathi Yakan
1. Siapa Munafik?



2009


5. Harry Potter and The Deathly Hollows (Novel) - J.K. Rowling
4. Harry Potter and Half-Blood Prince - J.K. Rowling
3. Tautan Hati (Novel Tarbiah) - Fatimah Syarha
2. Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul - Ustazah Fatimah Syarha @ Najah
1. Jangan Melampaui Batas - Dr Aidh Al Qorni


2008


4. Hikayat Umar Umaiyah (Novel) - Baharuddin Zainal
3. Sejarah Islam Siri 1 (80-an)
2. Harry Potter and Goblet of Fire - J.K. Rowling
1. Harry Potter and The Prisoner of Azkaban - J.K. Rowling



2007

5. Pengetahuan Agama Islam - KAGAT
4. Hikayat Amir Hamzah (Novel) - A. Samad Ahmad
3. Neraka Wail untuk Orang Solat
2. Sirah 25 Rasul
1. Sejarah Kesultanan Melayu Melaka - Muhd Yusof Hashim


Total : 5+4+5+3+8+13+30+23 (July 2015) = 94


#penanganpkpim #letshareourbooks #bknnakcapub #tapinakbagisemangat #lumbabaca#narcissim

Saturday, June 20, 2015

UsrahFobia!




"Dari segi bahasa, perkataan usrah (bahasa Arab) bermaksud keluarga. Kamus Dewan Edisi Ketiga menyatakan, usrah ialah perkumpulan yang melibatkan kegiatan agama seperti perbincangan tentang sesuatu tajuk agama dan sebagainya.
Dari segi istilah, usrah ialah kelompok manusia yang beriman dengan Islam dan berusaha tolong-menolong sesama sendiri untuk memahami dan menghayati Islam; berusaha mempertingkatkan ilmu dan amal, dan menghindari maksiat dan permusuhan berdasarkan firman Allah (maksudnya): Bertolong-tolonganlah kamu berbuat kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan berbuat dosa dan aniaya dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras seksanya. (Al-Maidah, 5:2)"





KENAPA FOBIA??


                       1. Pengalaman lepas 

         Rata – rata kita pernah mengikuti usrah di sekolah yang sesetengahnya agak bosan. Kita terimbau dengan silibus usrah yang statik dan naqib yang mengendalikannya tidak pandai mengambil hati anak – anak usrah terhadap perbincangan sesuatu tajuk. Selain itu, sikap beberapa naqib yang bermuka – muka yakni tidak mengamalkan apa yang dikatakannya seolah – olah memberi kita gambaran akan kegagalan institusi usrah dalam mendidik manusia. Ada pula yang pernah kecewa kerana ditinggalkan terkapai – kapai oleh murabbi usrahnya sedangkan diri sedang mencari – cari Tuhan.

                         2. Egois
        Perasaan ini timbul kerana kita berasa sudah cukup dengan ilmu yang kita ada. Jadi, kita melihat usrah sebagai sesuatu yang langsung tidak mampu memberi ‘added value’ (nilai tambah) terhadap diri kita. Sikap berasa bagus dan meninggi diri dengan ilmu sedia ada tidak sepatutnya dimiliki oleh kita kerana setiap manusia pasti mempunyai kekurangan walau sehebat mana pun. Perwatakan merasakan diri terlalu bersih dan suci boleh menyebabkan diri kita terjerumus dengan penyakit hati serta menjauhkan orang biasa daripada jalan kebaikan.

                        3. Malu
     Sikap malu selalunya wujud pada diri mereka yang mempunyai sifat ‘introvert’ yang tinggi. Mereka takut untuk bergaul dengan orang – orang baru dalam kehidupan mereka. Selain itu, golongan yang tidak mempunyai latar belakang sekolah agama atau tidak pernah kenal akan usrah kadang – kadang malu untuk sertai usrah kerana risau diejek dengan penampilan yang tidak islamik (contoh : tudung pendek) dan kelemahan penghayatan Islam di dalam diri mereka.


                Mencipta Persaudaraan

     Dalam usrah adalah untuk mencipta kawan, tak perlu diwajidkan dengan berbahasa  ‘ana-enta’, jangan berlakon atau tak berpura – pura ber’ukhuwah Islamiyah’ di dalam usrah  tetapi diluar tidak bertanya khabar hatta menyapa antara satu sama lain. Ungkapan yang  selalu kita dengar,“Usrah bermula dengan tasbih kafarah dan berakhir dengan Al Fatihah”. Persaudaraan dalam usrah itu tidak sekadar statik semasa majlis sahaja tetapi di luar waktu tersebut. Pelbagai perkara boleh dilakukan bagi ‘memaniskan’lagi usrah tersebut seperti  saling bertegur sapa, berkelah, ziarah menziarahi dan lain – lain. Di samping itu, sifat malu yang menebal di dalam diri menyukarkan bibit - bibit perkenalan. Sikap malu mengenal lebih mendalam akan naqib/anak usrah, rakan usrah, malu untuk berkongsi idea dan pandangan ketika sesi perbincangan kerana takut salah, malu untuk mempromosi usrah kepada kawan – kawan lain atas kekurangan diri dan lain – lain adalah contoh – contoh malu yang tidak bertempat.

Mandi sungai bersama


          Di dalam usrah perlu diwujudkan dan dihayati suasana seperti adik – beradik dengan buang sifat berkira dan  berkasih sayang. Contohnya, bila berprogram apabila berlaku kesalahan atau perkara yang tak diingini, kita tidak menunding jari salah pada orang lain. Sebaliknya berusaha untuk muhasabah dan memperbaiki kesilapan sama – sama.


       Membina Manusia Berjiwa Besar



      Jadilah seperti orang yang apabila datang masalah besar kepadanya, lalu masalah itu menjadi kecil, bukan orang yang apabila datang masalah kecil kepadanya lalu, membesarkan masalah tersebut. Walau serumit mana, orang yang besar dalamannya akan sentiasa bersikap cool dan relaks.

      Mereka tidak mudah menghukum atau membuat kesimpulan akan sesuatu.   Jika kita inginkan umat kita ‘besar’, kita dahulu perlu menjadi ‘besar. Orang yang berjiwa besar sentiasa punya niat yang murni lalu melihat setiap perkara dari sudut – sudut yang positif. Analogi sekeping kertas kajang yang besar yang diletakkan titik hitam ditengah-tengahnya. Berfikiran positif ialah dengan tidak hanya memandang pada titik hitam yang kecil itu sahaja tetapi warna putih kertas yang berganda – ganda lebih besar.


                 Kemenjadian Sesuatu Usrah

                Sdr Fazril Saleh, Presiden PKPIM menyenaraikan 5 Aspek Penanda Aras keberhasilan                         sesuatu kumpulan Usrah iaitu dengan terbangunnya:

                        1. Potensi

       Bakat dan kelebihan diri setiap ahli usrah dapat dicungkil, diasah dan dimanfaatkan untuk Islam. Contohnya, usrah melatih diri seseorang untuk bercakap dan berfikir dengan kritis semasa memberikan pendapat akan sesuatu isu yang dibincangkan. Lama – kelamaan, mad’u tidak lagi berasa kekok untuk bercakap di hadapan dengan huraian yang lebih mendalam bukan sekadar cakap kosong tetapi mempunyai hikmah dan tersirat nilai – nilai Islam.



                       2. Chenta



         Membangun rasa cinta terhadap usrah dan Islam. Ahli usrah disedarkan tentang tujuan penciptaan kita di muka bumi ini (2:30), bukan sekadar bersuka – suka tetapi sebagai hamba, khalifah dan daie. Mengetahui akan hakikat kehidupan dan reality umat yang tenat, telah meletakkan diri mad’u untuk  merubah diri kearah kebaikan, ‘sayonara’ jahiliyyah lantas menyahut seruan sebenar syahadah (Syahadatul Haq) untuk mendaulatkan Islam serta menyebarkan cinta dan menyebarkan rahmat ke sekian alam (Islam rahmatan lil alamin).



  
                        3. Intelektualisme

        Usrah bukan hanya sebagai tempat menuntut ilmu semata – mata. Jika kita berfikiran sebegini, amat sedikit sekali ruang untuk kita perbaiki. Tetapi usrah adalah tempat untuk disuburkan rasa cinta terhadap ilmu, ditanam dengan kefahaman fikrah Islam. Pemikiran yang terbentuk dari usrah akan memandu dan melorongkan jalan kepada ahli – ahli untuk mencari ilmu yang lebih meluas diluar sama ada menuntut ilmu dengan guru – guru mursyid, membaca buku, wacana, debat dan lain – lain. Tidak semua perkara perkara akan diajar atau dibentangkan dalam usrah seperti perkara asas fardhu ain’ ataupun aqidah Islamiyyah. Mungkin sesetengah perkara tersebut akan dibentangkan dalam daurah (seminar) secara bertahap oleh mana – mana organisasi Islam.


                        4. Kerohanian
      
      Usrah mengambil sistem tarbiyah dari tarekat-sufi agar dalaman ahli – ahli usrah suci hatinya, baik akhlaknya serta dapat meninggalkan karat – karat jahiliyyah yang membelenggu diri meskipun sosok luarannya haraki, teguh dan tsabat. Buktinya, perjuangan harakah Islamiyah, Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh As – syahid Imam Hasan Al Banna memasukkan pengaruh ‘tarbiyah sufiyyah’ sebagai tazkiyatun nafs (penyucian jiwa) kepada ahli – ahli Ikhwan seperti himpunan zikir Al – Mathurat dan disiplin – disiplin ibadah yang ketat.

10 Sifat Orang Yang Ditarbiah 

      Di dalam usrah, naqib tidak cukup dengan sekadar membentangkan apa sahaja yang ada di dalam silibus. Para murabbi perlu juga untuk menyentuh hati mad’u dengan kata – kata nasihat, ayat quran, dan keindahan ajakan untuk beriman kepada Allah SWT. Mutabaah Amal iaitu satu jadual disiplin ibadah mesti sentiasa ditekankan oleh naqib secara bijaksana tanpa membuka aib atau memberi rasa malu kepada mad’u. Dah berapa kali antum baca quran harini? Dah berapa kali beristighfar hari ini? Siapa harini tidak tinggalkan solat berjemaah? Sepanjang minggu ini siapa yang mampu istiqamah qiamullail? Siapa harini dah tinggalkan merokok? Mutabaah amal perlu sentiasa ditingkankan disiplinnya. Mula – mula ditekankan untuk solat berjemaah sehari sekali sekurang – kurangnya, beransur – ansur solat berjemaah 5 kali sehari diwajidkan. Hati manusia diakhir zaman mudah larut dengan dunia. Oleh itu, ia perlu selalu dimuhasabah dan diperingatkan.


                        5. Aktivisme

        Menurut Sdr. Saifullah Zulkifli, mantan Naib Presiden Antarabangsa PKPIM,
Aktivisme merujuk kepada keupayaan merealisasikan idealisme melalui tindakan-tindakan yang praktikal. Ia merupakan satu proses yang bersandarkan kepada kebijaksanaan mengolah idea-idea yang bernas dan kewibawaan menterjemah idealisme tersebut dalam aturan hidup secara kemas. Contohnya Di dalam usrah dibentang tentang kefahaman Islam sebagai agama rahmat sekalian alam bukan sekadar ritual semata – mata, berbakti pada umat, menolong orang susah dan golongan mustadafin (tertindas) maka antara aktiviti yang boleh memugar aspek ini pada ahli adalah seperti turun ke jalanan, ceruk – ceruk kota memberi makan kepada ‘homeless’. Namun, harus diingat aktivisme bukan sekadar program tetapi apa yang ditonjolkan dari kefahaman intelektual yang akan menanamkan hikmah(pelajaran) dalam diri agar seseorang individu itu tidak berlakon hanya ketika punya posisi, kawan – kawan bahkan boleh bergerak (aktivis) berseorangan. Nampak sampah tepi jalan kutip, Nampak orang susah terus ditolong dan sebagainya.


       Khatimah


       Akhir sekali, buat rakan - rakan di luar sana yang baru kenal dengan usrah, semoga diberi kelapangan hati untuk menyertainya dan seterusnya istiqamah dalam jalan kebaikan. Tidak kiralah usrah di bawah persatuan apa sekalipun yang anda sertai asalkan ada kebaikan di dapat diambil. Meskipun demikian, saya tidak menafikan apa - apa sahaja wasilah atau jalan lain yang boleh mendekatkan seseorang kepada Islam seperti Talaqqi, Ceramah umum dan lain - lain.
         
            Kenanglah firman Allah SWT dalam Al - Quran,
          
            “Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah kamu (dalam berbuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (QS. Al Baqarah:148).
          
         Hashtag :#FastabiqulKhairat !



Kenangan BBQ sebagai usrah penutup tahun 1 bersama Akhi Ammar Ruslan di UIA PJ 2013, 

Usrah Umum Akhi Fazril Saleh di UIA PJ 2014

Usrah bersama Akh Azkar Zahidi UIA Gombak 2015, setiap kali usrah mesti ada makanan, naqib belanja pulak tuu! wuu :D. Waktu ni mereka sanggup naik basikal dan berjalan kaki naik atas bukit Salahuddin sekitar 1km untuk berusrah. Osem kan?