Wednesday, October 22, 2014

Hitam atau Putih : Antara Dua Ekstrem



LATAR
1. Sebelum saya teruskan kepada idea penulisan saya kali ini, saya ingin berikan sedikit kredit kepada Tan Sri Sanusi Junid yang merupakan bekas Naib Presiden ABIM 70-an, Presiden UIAM 1999-2008 dan beberapa jawatan dalam politik yang tidak ingin saya coretkan disini kerana telah memberi saya idea untuk menulis berdasarkan "point" yang bernombor. Cara penulisan ini saya temui di blog rasmi beliau. Seperti yang  kalian sedang membacanya sekarang.

2. Semenjak awal tahun ini saya agak "Agresif" dalam mengumpul dan mengambil kisah akan sejarah abim-pkpim di kampus. Namun bermula dari bulan Ogos yang lalu baru dimulakan sesi jelajah aktivis veteran gerakan ini untuk dikutip pengalaman mereka. Antara yang sempat ditemui secara rasmi ialah Dr Asyraf Wajdi, Dr. Yusri Mohamad dan Sdr. Hilmi Ramli, kesemuanya adalah mantan Presiden PKPIM.

Pertemuan Mahabbah ke rumah Mantan Presiden PKPIM 
 
3. Walaupun ada yang punya persepektif kurang enak kerana saya hanya berjumpa dengan golongan dari "satu pihak" sahaja, saya jujur mengatakan matlamat adalah jelas dan tulus untuk tujuan akademik semata. Presiden - Presiden lain belum sempat saya temui dek kerana telah mula menyambung pelajaran di UIAM Gombak dalam bidang kejuruteraan, jurusan yang sangat mencabar dan memerlukan tumpuan serius.

4. Saya kini dalam proses menstabilkan diri antara hitam dan putih, haq dan batil, antara dua ekstrem yang berlawanan antara keduanya. Dan perkara ini semestinya memberi kesan kepada cara fikir, tingkah laku, tutur kata, perubahan diri. Saya mohon maaf andai ada salah silap kerana saya adalah budak mentah yang sangat memerlukan bimbingan dari senior dalam menempuh ujian dan halangan dari diri sendiri.


TITIK PERSAMAAN : SUATU PENGGANDAIAN PRINSIP?

5. Hitam dan putih adalah warna yang sangat jelas perbezaannya. Sesiapa sahaja pasti boleh menentukan antara dua ekstrem ini.

6. Persoalannya, adakah dua titik yang berada dihujung masing - masing memberi nilai BURUK dan BAIK sahaja? Pada pandangan saya, ada beberapa perkara yang perlu adanya timbang tara namun bukan kesemuanya.

7. Berbalik kepada merujuk senior, sebaiknya anak muda tidak perlu terikut - ikut dengan pergaduhan orang lama dan sejarah permusuhan panjang mereka. Tapi sebaiknya, kita cari titik persamaan antara mereka dan cari apakah kebaikan yang ada pada kedua - dua pihak mereka, kemudian hasilkan sesuatu yang lebih baik.

8. Dalam perjuangan PKPIM sebagai sebuah gerakan non-partisan dan berpegang teguh akan prinsip tersebut, gerakan ini senantiasa mencari titik kebaikan yang ada pada pihak kerajaan dan pembangkang. PKPIM masih bekerjasama dengan kerjasama dalam badan belianya spt Majlis Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan dan banyak lagi agensi kerajaan. Manakala, bagi pihak pembangkang, ada kalanya dalam beberapa isu PKPIM bersama mereka menyuarakan kritikan terhadap pihak kerajaan seperti isu PPSMI.

9. Namun, berada di tengah - tengah tidak bermakna kita bersikap "oppurtunist" iaitu ingin mengambil kesempatan terhadap pihak lain demi meraih keuntungan. " Good oppurtunity, bad oppurtunist" . Walau apa pun agenda umat menjadi keutamaan.

10. Walaubagaimanapun, dalam soal dosa pahala, perkara halal dan haram yang secara jelas hukumnya di dalam Quran, Sunnah dan ijmak para ulamak adalah secara tegas kita berpendirian di pihak yang benar. Letakkan dunia ditangan, akhirat di atas kepala. Apabila kedudukan akhirat tergugat, lepaskan dunia (tangan) , dan stabilkan kepala (akhirat).

Moga Allah merahmati kita semua dan meletakan kita sentiasa berada dalam golongan yang benar. Amin.
Bittaufiq Wa Najjah kepada semua yang bakal menghadapi peperiksaan.