Wednesday, June 18, 2014

What is GCC all about?

Pengenalan Apa Itu GCC?


Global Community Club atau nama singkatannya GCC adalah sebuah kelab yang dijenamakan semula pada tahun 2012. Sebelum 2012, GCC adalah kelab yang mengumpulkan kesemua pelajar dari luar Negara sebagai tempat untuk mereka ber’sosial’ dan beraktiviti sesama mereka. Namun, kelab ini kurang berjalan pada waktu itu, kerana pelajar dari luar Negara yang menuntut di kampus Pusat Asasi UIAM amat sedikit jika hendak dibandingkan di kampus utama, Gombak dan Kuantan. Jadi, langkah dilakukan dengan pengambilalihan dan penjenamaan semula oleh pihak STADD atau SDD (Student Development Department) pada hujung semester 1 sesi 2012/2013. Penasihat pertama kelab ini ialah Bro. Mat Nasir, dulu merupakan fellow di Mahallah Abu Bakar. Beliau berkhidmat sehingga semester 1 2013/2014 apabila ditukarkan ke kampus baru Gambang. Kemudian, digantikan dengan Madam Sadrina, pensyarah dari IRKHSS. Presiden GCC yang pertama adalah saudara Qof Qayyum, kemudiannya diikuti pula oleh saudara Farid Abdul Rani pada tenure seterusnya.

Video Intro Club

Kelab ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar – pelajar CFSIIUM dengan kegiatan aktivisma kemasyarakatan dengan dipandu oleh nilai – nilai Islam. Dengan misi, “Implanting the spirit of rahmatan lil ‘alamin among students”, GCC merangka dan melaksanakan program yang mampu mencapai hasrat tersebut.

GCC  terbahagi kepada empat biro iaitu Biro Aktivisma, Biro Training, Biro Ekonomi dan Biro Media. Dalam setiap biro pula ada unit – unit yang lebih kecil untuk menjalankan jobscope kelab.

Antara program yang pernah dijalankan sepanjang 2 tahun penubuhannya ialah:
1)      Muslim Geographical Week (MGW) – Program dilangsungkan selama seminggu ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang isu semasa yang berlaku pada negara  Islamseperti Burma, Mesir, Syria dan lain – lain. Selama tempoh seminggu itu, banyak slot dari berbagai platform digunakan. Antaranya melalui Ceramah/Talk atau Forum, flashmob (lakonan jalanan), pemberian risalah, dan pameran tentang sesuatu isu.

Menariknya, MGW mengumpulkan semua persatuan ‘academic based society’  untuk sama – sama menggerakkan Minggu besar ini. Semua diberikan pembahagian tugas, bahagian talk , forum atau pameran mana yang perlu diuruskan. Selain itu juga, program besar ini menjadi ‘pengikat ukhuwah’ antara ‘kumpulan – kumpulan’ Islam yang ada di kampus ini melalui kebersamaan dalam menghadapi isu – isu ummah.

2)Training of Activist (TOA) – TOA adalah sebuah program bersiri sebanyak tiga kali untuk melatih ahli GCC dalam menjalankan kerja – kerja aktivisma. TOA siri 1 diadakan dalam bentuk Seminar, pendedahan secara teori bagaimana untuk menjadi seorang aktivis masyarakat yang turun ke lapangan.

                                                                              T.O.A.1

TOA siri 2 pula adalah ruang latihan bagi pengaplikasian teori yang dipelajari di TOA siri 1. Ia diadakan di luar kampus, di kawasan hutan ‘ala – ala’ kem. Peserta didedahkan cara untuk survival di dalam hutan, kekurangan barangan keperluan seperti makanan, air dan sebagainya. Ya, nak jadi aktivis harus kental, bukan lemah longlai sahaja. Inilah yang menguji ketahanan fizikal dan mental anda.

Berkhemah di hutan belantara

TOA siri 3 pula adalah medan untuk mempraktikkan segala  teori dan latihan pada siri TOA sebelum itu.  Bagi sesi yang lalu, peserta diberi tugas untuk menjalankan kerja – kerja amal dengan  Anak – Anak Rohingya (diusir dari Burma). Banyak lagi bentuk –bentuk program yang pernah dijalankan seperti Turun ke Pulau Ketam (mualaf Cina), turun ke gelandangan atau mungkin pergi ke Negara luar memberi bantuan kemanusiaan( belum ada kesempatan).

T.O.A 3


3) Book Discussion & Intellectual Discourse – GCC juga memberi focus dalam membangunkan intelek pelajar CFSIIUM melalui program ilmiah. Antara yang pernah dilaksanakan adalah Bedah Buku  Pluralisme Agama oleh Dr. Farid Shahran, Tafaqquh Fiddin buku ‘Apa Ertinya Saya Menganut Islam’ dengan Ustaz Che Abdul Majid (ustaz yang pandai bersajak tu.), Deputy Dean SDD sendiri dan Teknik Belajar Mahasiswa Bitara (TBMB)  untuk mendedahkan method belajar terbaik untuk mahasiswa ‘hyperactive’.
Kehadiran peserta ke Bedah Buku Pluralisme Agama

Bergambar bersama Moderator dan Speaker bagi TBMB, Dr Khairul Ariffin, master in Laws in Ireland dan juga Fazril Saleh, Rector's Award semasa Graduation Day IIUM 


4)  Money Week – Jualan berbagai barangan diadakan oleh kelab untuk mengumpul dana bagi didermakan kepada pelbagai agensi dan disalurkan ke bantuan kemanusiaan.


5) Flashmob – ‘Lakonan Jalanan’ dilakukan berkala tatkala timbul sesuatu isu ummat Islam. Contohnya, semasa kekejaman rejim As-Sisi Mesir yang membunuh rakyatnya berdemonstrasi di jalan, unit flashmob mengadakan satu sesi bagi menunjukkan suara dan memberi pendedahan kepada rakyat CFS tentang isu tersebut. 
Latihan Flashmob 

Flashmob untuk Mesir



6) Ziarah ke tempat mualaf, orang asli dan lain - lain

Ziarah ke Pulau Ketam

Masjid4U, Muslim Awareness, Earth Hour, Annual Dinner dan banyak lagi !


Harapannya, GCC mampu menjadi agen penyatu ummah bagi kampus CFSIIUM walau berbeza pandangan, latar belakang, gerakan tetapi dapat cakna tentang pelbagai isu umat Islam tidak kira dalam mahupun luar negara, responsif segera dengan keadaan sekeliling. Mengiringi doa, moga kelab ini akan terus kekal utuh dalam gerak kerja berpasukan.



So, lets come &  join us! 
AGM 27/6/2014

For those who failed to register at our booth, you register it here Online Registration Form (link)