Saturday, May 31, 2014

Bedah Buku : Hasan Al Banna - Perjuangan Belum Selesai

Bismillahirrahmanirrahim
Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana hari ini kita masih diberi peluang sekali lagi untuk bernafas. Kalau dah mati semalam, tak lah mampu ana nak mengeluarkan post ni, ye dok? Hehe. Moga - moga entri ini dapat menjadi satu gedung pahala buat ana dan kepada pembaca sekalian.


Baru sahaja menamatkan pembacaan buku tulisan Abdul Latip Talib iaitu Hasan Al - Banna - Perjuangan Belum Selesai yang diterbitkan oleh PTS Litera. Buku yang dibeli sejak Jun 2013, tetapi hanya mampu dihabiskan pada hujung Mei 2014. Paghok2. Saya kira buku ini adalah karya yang ringkas namun mencukupi untuk kita selaku orang Islam pasca Revolusi Islam dan ahli gerakan Islam memahami sedikit sebanyak tentang "Ayahanda Jemaah" islam ini.

Satu kerugian besar seandainya kita yang pernah menyertai usrah tidak mengenali beliau atau pengetahuan tentang beliau dari tingkatan satu hinggalah berada di kampus mengenalinya takat pelopor gerakan usrah. Itu sahaja. Sewajarnya, anak muda perlu membaca buku berkaitan profil As - Syahid bagi mengambil semangat jihad dan mencontohi "sunnah" perjuangan yang dinyalakan olehnya pada 80 tahun yang lalu. Namun tidak bermakna, mencintai beliau melebihi cinta kita terhadap Nabi umat ini, iaitu Muhammad s.a.w.

Imam Hasan Al - Banna dilahirkan pada waktu Duha, hari Ahad 25 Syaaban 1324 Hijrah bersamaan dengan 14 Oktober 1906. Semasa dalam kandungan, ibu dan ayahnya mengamalkan pembacaan surah Lukman dan Surah Yusof supaya anak yang bakal dilahirkan menjadi anak yang bijak dan baik budi pekerti.

Ayahnya bekerja sebagai pembaiki jam di kota Ismailliyah disamping menjadi imam tetap Masjid Mahmodiyah serta pendakwah di kota itu. Manakala ibunya, suri rumah sepenuh masa. Sejak kecil dia sering bertanya kepada ayah dan bondanya mengenai Tuhan dan alam. Usia lima tahun sudah rajin mengikuti bapanya ke masjid untuk solat berjemaah. Beliau diajar untuk membaca dan menghafal al quran oleh ibubapanya. Selain itu, Al - Banna turut dilatih untuk menunaikan sembahyang lima waktu pada awal waktu dan bangun malam untuk solat tahajjud. Beberapa panduan dididik dalam keluarganya seperti menjaga makan dan minum. Dia disuruh untuk meninum madu lebah dan memakan kismis.

Pendidikan formalnya bermula di Madrasah Ar-Rasyad As-Diniyyah pada usia 9 tahun bersama dengan adiknya. Abdul Rahman Al Banna yang muda dua tahun darinya. Tika usia cilik itu lagi, ayahnya menyuruh Hasan membaca buku fikah Imam Abu Hanifah manakala adiknya, Rahman membaca buku fikah Imam Al - Malik. Kemudian, mereka akan berbincang antara satu sama lain. Di rumah mereka juga terdapat perpustakaan mini, disitu Hasan selalu membaca buku - buku sejarah. Hasan pernah berkhutbah "sorang - sorang "di Masjid di tempat tinggalnya setelah orang ramai pulang usai solat Jumaat kerana tertarik untuk mengikut jejak langkah ayahnya.
" Saya mahu menjadi seperti Sungai Nil, berjasa kepada Rakyat Mesir dan dikenang hingga akhir zaman" - Hasan Al - Banna

Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran ke Madrasah Al-Muallimin Al-Awalliyah apabila guru kegemarannya di madrasah sebelum ini dipecat oleh kerajaan. Salah satu syarat untuk masuk ke Madrasah Al - Muallimin ialah perlu berusia 14 tahun. Umur Hasan Al - Banna belum mencukupi pada masa itu. Bagi menguji kelayakannya, dia telah terpaksa melalui peperiksaan menjawab seratus persoalan fikah dan sejarah Islam dimana Hasan berjaya menjawab semuanya dengan tepat. Hasan turut diuji untuk membaca surah daripada Quran yang dihafalnya, dia turut berjaya melepasinya. Walaupun baru berusia 13 tahun, dia sudah menghafal 15 juzuk Al - Quran. Di sekolah tersebut, Hasan Al - Banna telah menubuhkan persatuan Jam'iyyatul Akhal Al - Abadiah' bersama guru disiplin. Tujuannya untuk menjaga adab dan tatatertib pelajar. ( Mungkin zaman sekarang, ia mirip dengan Badan Dakwah dan Rohani; BADAR di sekolah menengah )

Jom layan video ni sat sementara tunggu saya siapkan lagi setengah bahagian hidupnya.

Video pengenalan Hasan Al Banna di Youtube dengan Malay subtitle