Tuesday, March 18, 2014

Pesanan Untuk Adik Yang Memerap Di Rumah




          [ Artikel ini telah dihasilkan saya semasa berusia 18 tahun, pagi sebelum bergerak ke Ipoh bermalam di rumah pakcik saudara, untuk mendaftarkan diri di UIAM PJ. Saya telah menampalkan artikel ini di ruang dinding bilik saya, yang ketika itu dikongsi bersama dengan adik beradik lain. Sekali terjumpa kembali artikel ini dalam pendrive lama, rasa sangat teruja untuk membaca. Allahuakbar. Macam tak percaya saya yang menulisnya ]

Assalamualaikum wbt Created on 1/6/2012 4:20:00 AM
Izinkan saya menyemak kat dinding ni untuk pesanan yang berguna bagi diri sendiri dan
kita semua. Dan pastinya, saya bukanlah manusia yang terbaik dalam memberikan
nasihat. Saya juga bukan manusia yang sempurna yang tidak pernah melakukan
kesilapan. Mungkin ada perkara di sini tidak saya lakukan atau buat sikit2 je dan tak
berterusan atas sebab-sebab tertentu.

Sebagaimana sebuah pesanan Tuan Joshuade Reza dalam sebuah ceramahnya sebelum kuliah Jumaat lebih kurang “Walaupun kita tak baik dan sempurna dalam tidak melakukan apa yang kita katakana, kita tetap kena menceritakan kepada orang lain tentang kebenaran perkata itu, jangan menyembuyikan sesuatu kebaikan, Barangkali mungkin orang itu akan mengamalkan perkara tersebut dan menjadi saham pahala bagi kita

Bukanlah tujuan saya menulis perkara ini untuk menunjuk-nunjuk kononnya sayalah orang yang paling baik, paling bagus, sempurna dan sebagainya. Tak ada gunanya untuk saya bagi perkara tersebut. Boleh jadi untuk anda menilai saya sebagai seseorang yang hipokrit, pura-pura dan lain-lain. Tapi saya menulis ini untuk sama-sama kita kongsikan kebaikan yang tahu dan kita lakukan.

Siapa saya sewaktu remaja? Seorang budak tingkatan 1 yang lembik, homesick, tidak pandai mengurus diri, selalu menangis sebab kena buli. Dalam kelemahan itu, saya mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Sentiasa optimis dan usaha bersungguh-sungguh dalam akademik serta sentiasa menyiapkan kerja rumah.

 Tidak dinafikan saya sendiri pernah terlibat dengan gejala-gejala tidak sihat yang saya kira tidak perlu untuk saya nyatakan disini kerana ia merupakan aib bagi diri saya sendiri. Cukup anda untuk menilai saya berdasarkan apa saya sekarang. 

                                                                  Jom Berubah!!

Namun dalam masa 3 tahun, saya Berjaya menyingkap sesuatu yang selama ini terpendam dalam diri saya. Tingkatan 4 saya sebagai seorang AJK Badar, Ahli PRS, Fasilitator, Naib Presiden, Editor bulletin, seorang penulis yang terkenal di alam maya dan lain-lain. Konsisten dalam berusrah. Selalu memikirkan cara untuk menaikkan islam dan sebagainya. Menelaah buku-buku haraki daripada Ikhwanul Muslimin dsb. Begitulah pemikiran saya ketika usia 16 tahun. Bagaimana dengan pemikiran anda?

Pemikiran kearah Islam merupakan sesuatu perkara yang sangat mustahak dalam diri remaja. Ramai orang cakap sana sini, berdemonstrasi sana sini nak pemerintahan Islam naik di Negara sendiri. Cakap berapi-berapi dan sebagainya. Ingatlah sebuah kata-kata pejuang Ikhwanul Muslimin “Tegakkanlah Islam didadamu, nescaya Islam Tertegak Di Negaramu”. Maknanya kita kena bermula dengan diri kita sendiri terlebih dahulu.

Naluri remaja ni macam-macam nak merasa. Umumnya orang akan cakap “Zaman remaja ni sekali je, oleh itu kita kena enjoy dulu nanti bila dah besar tak boleh dah nak seronok2 macam ni”. Macam-macam remaja ni nak cuba walaupun lepas ulang 2-3 kali berpusing pala otak fikir tapi nak buat juga.

Sebuah hadis yang popular, saya pasti anda tahu mengenai 7 golongan yang akan dinaungi oleh Arasy dihari Akhirat kelak antaranya ialah pemuda. Semestinya pemuda ini adalah pemuda yang baik diredhai Allah. Sikap, tingkahlaku, akhlak, perangai, pertuturan, pemikiran, amal ibadat, dan mempunyai keimanan yang tinggi kepada Allah SWT. Cuba bandingkan diri kita. Hurm..tak layak kot.

Berusaha dan berubah untuk menjadi lebih baik agar tergolong sebagai pemuda Islam semestinya adalah perkara yang sangat dituntut. Dan dengan pastinya lagi lebih penting daripada menjadi orang yang pandai cakap sahaja tapi tindakannya sangat bertentangan. Apa lagi? Lebih penting daripada :

  • membazirkan duit beli topup sebab nak mesej dengan awek yang hakikatnya belum confirm jadi isteri. Cinta monyet.HAHA.
  • Lebih mustahak daripada keluar tengah malam untuk melepak kat cybercaf√© dengan kawan-kawan sambil rokok ada di hujung tangan.
  • Lebih bagus daripada memikirkan soal duit nak kerja di usia muda ni sebab nak senang beli motor, handset, dan lain-lain
  • Lebih important daripada log in facebook untuk chat dengan perempuan, komen benda2 yang mengarut di laman itu sampai tengah malam masih berjaga yang menyebabkan subuh gajah pada esok hari
  • Necessarily, perkara yang lebih besar daripada berlakon baik depan ayah sebab nak dapatkan sesuatu yang diingini walhal ibubapa tahu tujuan kita tapi saja je pendam dalam hati tak nak lepas takut nanti melarat
  • Lagi dan lagi, lebih harus daripada dok asyik melalak baca quran dengan kononya suara yang merdu tapi tak menghayati maknanya menyebabkan hati menjadi keras dan ayat-ayat Allah tidak dapat diambil sebagai pedoman. Ingat power sangat ke Arab tu, bacalah terjemahan.
  • Perkara yang lebih perlu, daripada asyik nak merayau dengan motor atau kereta sampai menyusahkan mak ayah nak guna kenderaan tersebut dan menambahnaik risau mereka.
  • Dan banyak lagi yang saya tak larat nak tulis kat sini yang sebahagiannya adalah kesalahan yang saya sendiri pernah lakukan.


                                              Kecelaruan Pemikiran dan Identiti Diri

Tidak terkecuali, bak kata ayah “kau ni pengurusan diri out”. Itulah yang menyebabkan saya mendapat keputusan yang teruk dalam setiap kali peperiksaan semasa di tg.4. Tidak kurang 2 subjek yang gagal bagi setiap ujian tersebut. Gagal dalam pengurusan masa.
Gagal dalam pengurusan diri. Pemalas buat kerja rumah. Teruk betul dulu. Tak ada sikap yang baik, suka paksa2 orang. Marah2 orang, menjatuhkan maruah orang lain sampai kena ugut nak kena belasah. Sikap yang jelas out daripada cirri pemuda islam.
Setiap kali BBM ( Balik Bermalam pulang dari asrama ) mesti kelam kabut untuk mengemas barang. Berat btul! Katanya berwawasan nak Islam memerintah negara?

Inilah perkara yang telah dan sedang saya usahakan iaitu memperbaiki diri terlebih dahulu. Walaupun ada sesetengah perkara saya gagal konsisten untuk beramal dengannya. Apa yang perlu diperbaiki ialah tentang cara kita berfikir, sikap kita, perangai buruk kita. Saya telah membaca sebuah buku tulisan Dale Carnegie yang telah menyedarkan saya bahawa selama ni saya mempunyai banyak sikap yang buruk.

 SIKAP YANG PERLU SAYA DAN ANDA UBAH
  1. Jangan kritik, hukum atau merungut tentang orang lain.
  2. Beri perhatian yang ikhlas dengan orang lain
  3. Suka senyum walau dengan siapapun, tak comel lah monyok2 ni
  4. Kalau nak orang mesra dan cakap dengan kita, cakaplah tentang sesuatu benda yg disukai oleh orang tu, jangan cakap benda yang orang tu tak suka, dan jangan Tanya soalan yang bodoh2(yang kita sendiri dah tahu jawapannya) konon nak tunjuk mesra padahal lagi orang cepat fadeup, macam malas nak jawab, kalau jawab pun sepatah je.
  5. Jika kita yang salah, akuilah dengan cepat dan ikhlas. Jangan menipu tentang salah kita. Dah salah tu mengaku jela. Bukan susah pun. Orang lebih mudah untuk maafkan kita kalau kita akui salah kita daripada orang tu sendiri cari bukti yang kita ni salah.
  6. Sebelum kita nak buat sesuatu perkara cuba fikir dulu apa kesan baik dan buruk atas tindakan kita tu. Adakah akan menyebabkan maruah diri dan keluarga tercemar dan sebagainya.
  7. Sebelum kita nak tegur kesalahan orang lain, cuba fikir dulu. Kalaulah aku jadi dia sekarang adakah aku akan melakukan kesilapan yang sama. Susun ayat untuk cakap elok2.
  8. Kawal emosi, jangan selalu marah2, terjerit-jerit macam beruk kalau ada apa2 berlaku. Cuba relaks. Kan lebih molek. Buruk orang tengok. Orang lain ada baran gak, jangan fikir baran sendiri je. Kang silap hari bulan perangai macam ni orang tak suka kena pulau.
  9. Jangan selalu mencarut. Tak elok. Kan lebih baik cakap baik2. Gam@#!@#, F*&*, dsb hatta dalam hati pun. Kalau terdetik dalam hati tu, cepat2 istigfar.
  10. Jangan buat sesuatu perkara yang orang lain tak suka. Ini akan menjatuhkan maruah dan kepercayaaan orang terhadap kita. Contohnya ayah selalu merungut kalau kita keluar lewat sampai lewat malam. Tak kisahlah sapapun. Saya sendiri pernah kena marah. Oleh itu, cuba elakkannya. Bukan ada faedah pun dok melepak tengah2 malam tu.
  11. Kalau kita nak orang ikut, dan terima cara dan keinginan kita, kita kena ikut kehendak mereka terlebih dahulu. Contohnya kita tak nak orang marah kita, terjerit-jerit, membebel-bebel kita buang dulu sikap kita ni daripada diri kita.
  12. Jangan suka melengah-lengah waktu dalam apa-apa perkara sekalipun especially solat. Termasuklah perkara2 dunia tu, kalau kita asyik tangguh kerja, kerja lain akan dating menyebabkan ia bertimbun-timbun. Kepala otak jadi serabut untuk melakukannya. Contohnya jangan tangguh untuk basuh baju,nanti bertimbun baju busuk. HAHA.
  13. Taat Perintah Allah, ikut cara nabi berdasarkan syariat. Melakukan sesuatu perkara mengikut mana yang lebih penting dan mustahak. Contohnya kita ada persembahan kompang dalam masa yang sama keluarga nak pergi ke sesuatu tempat. Kompang dapat pahala sebab nak raikan pengantin dan sunnah nabi (kalau niat ikhlas la, tapi kalau takat nak dapat duit, puii.. jangan harap pahala), ikut keluarga pun pahala sebab jaga ukhuwah dan taat perintah makayah. Jadi syariat suruh dahulukan ukhuwah dengan keluarga.
  14. Jerang air setiap pagi mudahkan untuk sarapan disediakan.
  15. Tak payah la berkira sangat dengan orang lain, tambah satu family, kata nak masuk syurga sama2?
  16. Guna Internet bukan setakat untuk FB, Youtube tapi gunakanlah untuk mencari pelbagai tips, cara untuk melakukan sesuatu perkara. Contoh How to enable FB sites after being blocked  by administrator.
  17. Belajar rajin-rajin. Skor untuk dapat keputusan cemerlang. Jangan ingat pandai sangat tak payah baca buku. Nanti cerah peluang masuk universiti. Takkan lepas SPM nak pakai baju sekolah lagi kot?
  18. dan banyak lagi.. rajin-rajin la muhasabah diri.. tapi kalau nak lebih belajar tentang cara dan sikap yang baik ni..join la keluar 3 hari dengan orang tabligh tengok bagaimana sikap mereka yang sangat lembut, rajin, baik hati dan lain-lain. Tabligh ni bagus gak. Walau ada sesetengah mereka tolak politik, ikut jela deme dengan niat nak tiru akhlak mereka,bukan nak ikut matlamat perjuangan mereka.

                                                          Banyakkan beristighfar

Etika Dengan IbuBapa
  1. Taat perintah mereka walauapapun selagi tak langgar syariat ISLAM mungkin ada hikmah disebalik ketaatan kita tu. Kalau ada yang bercanggah dengan apa makayah suruh tapi kita tetap nak buat, bincang elok2 dengan mereka, cakap sebab munasabab sesuatu perkara.Minta juga pendapat mereka terhadap perkara tersebut.
  2. Jangan tinggikan suara dengan mak ayah. Kecik hati deme. Ingat kawan ke nak buat macam tu? Cakap elok2 kan boleh.
  3. Setiap kali sebelum nak keluar rumah ke, hatta pergi surau sekalipun bagi setiap waktu, nak pergi beli barang kat kedai Ah Cai pun, salam dan cium tangan mereka untuk minta restu. Mana lah tahu itu mungkin kali terakhir kita berjumpa dengan mereka.
  4. Jangan langgar apa-apa peraturan keluarga iaitu perkara yang mak ayah tak suka. Contohnya keluar sampai lewat malam. Atau anda boleh memilih memang untuk dimarah atau dibenci oleh orang lain.
  5. Doakan kesejahteraan mereka didunia dan akhirat setiap kali lepas solat.

MOH KITA JADI ANAK SOLEH DAN SOLEHAH

                                           

Lain-Lain
1. Alang-alang dah pergi surau waktu maghrib ke isyak dengarlah tazkirah atau ceramah yang diberikan.Jangan setakat duduk kat luar surau sembang dengan kawan-kawan. Keras hatitu kalau tak ada pengisian tazkirah, tu pasal lagho tu. Tak kisahlah ustaz tu mengajar best ke tak. Ni pi surau semata-mata nak main kompang, sebab nak dapat duit. Solat jemaah pun masbuk. Come on ar.. Ingat ayah tak tau ka kita pergi mana? Bukan takat manusia tak suka, Allah pun tak suka. Susah sangat ke nak tinggal perkara yang orang lain tak suka.. Bro..Ikhlaskan niat tu sikit.. Kata Nak Masuk Syurga? Sembang..
(Pesanan Buat Najmuddin Kalau Anda Rasa Saya Yang Paling Bajet ni Harap2 Tak Terkena kat diri sendiri)

Etika Tidur
  1. Ramai daripada kita sering tidur lewat diatas pelbagai urusan. Tahukah anda bahawa kita memerlukan tidur sekurang-kurangnya 5-6jam untuk segar pada esok hari untuk melakukan kerja harian?
  2. Hormon tumbesaran dirembeskan semasa kita sedang tidur untuk membina tisu baru pada badan kita tidak kira sama ada untuk membaiki sel-sel yang telah rosak atau untuk membina tisu baru untuk pembesaran badan kita. Jadi tidur yang lewat akan membantutkan proses ini tambahan bagi remaja dan kanak-kanak yang sedang membesar.
  3. Antara manfaat lain yang kita akan dapat melalui tidur awal ialah :
    • Kita dapat bangun dengan segar dan tenang untuk melakukan kerja harian pada keesokan hari.
    • Mengelakkan mata lebam
    • Mengelakkan penggalakan pertumbuhan jerawat disebabkan hormone yang tidak stabil
    • Menambah seri muka berbanding muka yang penuh kelesuan
    • Boleh bangun awal untuk solat subuh secara berjemaah di masjid dsb
    • Tak dela subuh gajah

Etika Pengurusan Diri dan Rumah
  1. Serabut dengan keadaan bilik dan rumah yang selerak? Ya saya pun ada perasaan itu, Dengan melakukan perkara dibawah ini pasti akan membantu anda menghilangkan kekusutan itu.
  2. Pertama sekali, urusan diri adalah yang terpenting sebelum nak menguruskan hal yang lebih besar. Biasakan untuk mengemas tempat tidur kita yakni membetulkan cadar, bantal, melipat selimut, menyusun atur katil pada keadaan biasa, mengambil pakaian yang telah dipakai untuk dibasuh.
  3. Sapu kawasan bilik sekurang-kurangnya setiap hari. Kenapa? Penat la kalau macam tu kan? Sebenarnya setiap hari kita menghasilkan sampah , habuk dll melalui keluarmasuk ke bilik, pijak sana – sini.
  4. Bagi pengurusan rumah pula, amalkan untuk sentiasa membuka tingkap dan membetulkan langsir pada setiap pagi. Hal ini demikian, untuk membolehkan cahaya matahari masuk ke dalam rumah bagi mengelakkan suasana rumah kelihatan suram yang akan menyebabkan kita berasa malas dan lemah untuk melakukan kerja lain. Tingkap bilik, ruang tamu, ruangan tengah dan mana-mana yang dirasakan perlu.
  5. Ambil masa 10-15 minit untuk menyapu di sekitar ruang dalam rumah. Satu jangka masa yang saya rasa sangat singkat. Perkara yang mudah ini selalu dirasakan sangat susah untuk kita lakukan. Sapu daripada ruang tamu, ke ruangan tengah, dari bilik solat, bilik ibubapa, bilik sendiri dengan menggunakan penyapu dan penyodok.
  6. Menyusun atur kembali rumah iaitu menyusun kembali kusyen di kerusi ruang tamu, tikar, meja dan meletakkan benda kembali pada tempat asalnya.

Membasuh Baju
Kita selalu memandang perkara ini seperti terlalu berat sehingga berasa terlalu berat untuk melakukan. Boleh dikatakan kita sering membiarkan pakaian kita tidak dibasuh dua ke tiga hari. Memerap baju-baju kotor didalam bilik sendiri. Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul. Ia hanya mengambil masa yang singkat sahaja daripada 24 jam seharian anda. Guna mesin basuh je pun bukan suruh basuh guna berus pun!

  1. Mula-mula sekali, kutip semua pakaian yang telah dipakai dan kotor di sekeliling rumah tidak kira baju siapa.
  2. Kumpulkan di hadapan mesin basuh. Agak-agak berapa bilangan baju dan seluar.
  3. Bak kata ayah, kita kena masukkan pakaian yang kurang kotor terlebih dahulu seperti baju untuk cucian kali pertama. Selepas itu, keluarkan baju tersebut dan masukkan seluar ke dalam mesin. Dan seterusnya bagi pakaian yang lebih kotor seperti ada yang terkena air kencing dsb.
  4. Sementara menunggu seluar siap dicuci, bilas dahulu baju-baju tersebut dan spin selepas itu. 2 dalam 1. Dapat menjimatkan masa. Begitulah seterusnya untuk pakaian lain.
  5. Selepas baju siap dispin, anda bolehlah menyidai terlebih dahulu sementara menunggu pakaian lain dicuci dalam mesin.

Memasak
  1. Dalam pukul 11 lebih dah boleh mula memasak nasi.
  2. Menu harian, nak masak apa? Cari kat internet untuk resepi kan senang. Semua ada, taip je kat Google.
  3. Kalau dah tahu masak tu, tak payah la dok goyang kaki je syok sendiri. Tolong lah sekali.


KESIMPULAN
Secara ringkasnya, di sini sebenarnya nak seru anda menjadi seorang pemuda yang syumul yakni sempurna dalam semua aspek kehidupan. Saya dah dapat banyak benda dalam kehidupan saya apabila saya melakukan perkara ni, hari tu saya Nampak ***** nak guna barang baru saya. Tapi saya tak bagi. Kalau saya jadi anda saya pun jealous. Kalau cemburu? Belajar elok2 masuk universiti. Semua benda dapat.. Percayalah..Perkara ini yang jika anda lakukan bukanlah sekadar untuk mendapatkan kehormatan, kepercayaan dan mempengaruhi orang lain. Bahkan sebenarnya untuk membantu diri anda sendiri menjadi manusia yang baik. Poyo lah kalau dok tekan share info pasal PAS, pemerintahan Islam, Nik Aziz, Ustaz Azhar Idrus kt FB, hantar mesej kat awek guna fon orang lain ajak tahajud la tapi diri anda sendiri tidak terbela. Ayuh cabaran saya ini untuk betul2 menjadi manusia berguna pertamanya untuk diri, keluarga,masyarakat dan Negara. Ikhlaskan niat kerana Allah baru dapat pahala.Kalau betul2 nak ISLAM perintah Negara kita, mulakan dengan anda memerintah diri anda melakukan perkara ni. Saya tidak memaksa anda terpulang pada diri sendiri untuk menilainya.




Tuesday, March 11, 2014

How To Talk About "Jodoh & Perkahwinan" with Mak Ayah

Assalamualaikum wbt Apa khabar teman sekalian? Moga sihat kuat dan cergas. Macam mana nak cakap pasal tut dengan parents ? Simple. Bukak mulut. Keluarkan suara. Cakap. HAHAHA. Post ini akan ddikemaskini semula. Tahu ramai yang suspens nak Baca. Huhu :P