Tuesday, February 18, 2014

KRITIKAN ILMIAH TERHADAP PEMIKIRAN BENZ ALI

Dengan nama Allah Yang Maha Memberikan Petunjuk kepada sesiapapun yang Dia kehendaki
Karya Asal : Najmuddin Razak (facebook)

Logo Rasmi Lepak Maqasid
 
Bismilillah, Tuhan yang memberikan akal untuk berfikir dengan sebaiknya, dan Tuhan yang memberikan kebebasan kepada manusia untuk melakukan apa saja, namun balasan di akhirat pasti ada.

Assalamualaikum saudara/i yang dirahmati sekalian. Moga semua dalam keadaan sihat zahir dan batin. Alhamdulillah semalam saya telah mengikuti sebuah program LEPAK MAQASID anjuran Sekolah Pemikiran As-Syaitibi di Carlton Holiday Hotel, Shah Alam. Sebelum itu, apa itu LEPAK MAQASID?

Klik Apa itu lepak Maqasid oleh Ustaz Wan Ji .

"Lepak Maqasid bukanlah siapa yang memegang bendera kebenaran. Di sini tidak ada guru ataupun murid. Kita semua adalah murid dan kita semua juga adalah guru. Jadi, sesiapa boleh beri pandangan, kritik dan tolak idea itu. Kita adalah sama, sesiapa yang baca buku dan tidak bersetuju terus utarakan pendapat" - Ustaz Wan Ji.



Kisah sebelum tercetusnya idea untuk diadakan LEPAK MAQASID bertajuk “ Kritikan Ilmiah terhadap pemikiran Benz Ali” bermula apabila Ibnu Izhar dan Benz Ali sering berbalas hujah di laman facebook. Kemudian, Benz Ali telah mengajak Ibnu Izhar untuk berdebat lantas menyahut cabaran dengan adanya LEPAK MAQASID dengan tajuk tersebut.

Apa yang Ibnu Izhar tentang pemikir radikal ini ialah “Teras Logik Pemikiran Benz Ali” yang dianggap menyimpang dari Islam. Beliau lalu memberikan satu analogi yang diterima daripada Ustaz Ahmad Ali (betulkan kalau salah ejaan) .

“Pada esok hari, ada orang bagitahu yang akan ada binatang yang akan keluar dari perut bumi untuk memakan semua manusia yang memakai kasut saiz 9.
Maka muncul 3 golongan iaitu:
1.       Golongan yang percaya yang aka nada binatang keluar dari bumi untuk menelan manusia bersaiz kasut 9.
2.       Golongan yang menolak sepenuhnya kepercayaan itu, tiada binatang yang akan keluar dari kerak planet dan tiada orang yang akan dimakan


3.       Kelompok terakhir yang percaya adanya binatang keluar dari bumi tapi tidak percaya, yakni mempersoalkan yang binatang tersebut tidak akan memakan manusia”

Benz Ali, adalah golongan yang ketiga itu kerana dia percaya pada Allah, mengaku Islam tetapi tidak beramal dengan beberapa juzuk (bahagian) daripadanya. Dia menganggap agama itu relative: boleh jadi benar ataupun tidak. Mungkin kebenaran itu ada pada agama Islam atau pada agama lain. Dia juga merasakan bahawa semua agama adalah sama (Pluralisme Agama).

Atas hal demikian, ijmak seluruh ulama’ mentakrif dia sebagai “tidak Islam” kerana dia tidak menolak agama lain. Bertitik tolak daripada hadis nabi iaitu,
““Islam itu tinggi dan tiada sesuatu yang lebih tinggi daripadanya”
(Hadith riwayat al-Baihaqi dan dinilaikan sebagai sahih oleh al-Albani)

Bagi aku, kau Islam cara kau sendiri. Suka hati kau sahaja menconteng “Islam” mengikut acuan kau sendiri. Mengaku Islam bererti bebaskan semua aliran pemikiran untuk hanya abdikan diri kepada Allah.

Kata – kata Rabi’ bin Amir semasa diutus untuk berjumpa dengan Raja bagi sebuah wilayah kecil di Parsi (diperbetulkan sejarah oleh hadirin, Rustum kah raja itu) dengan tujuan untuk menyebarkan pengaruh Islam,
Klik kisah penuh Rab'ei bin Amir vs Rustum.

“Allah telah mengutuskan kami untuk mengeluarkan manusia daripada penyembahan sesama makhluk kepada penyembahan Allah Ta'ala, daripada kesempitan dunia kepada dunia yang lapang, daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam.”

__________________________________________________________
REVIEW KEMBALI VIDEO BENZ


“ Keimanan adalah keadilan” – Ashgar
Kejam sangat bagi orang yang tidak mengucap kalimah syahadah masuk neraka.

Ibnu Izhar :

Berdasarkan video tersebut, Benz tolak hujah mengatakan “orang yang tidak mengucap syahadah masuk ke neraka”. Yakni, Benz Ali telah menafikan hadis nabi iaitu,
“Barangsiapa mengucap kalimah syahadah wajib syurga baginya”
Dalam surah Al-Isra “Barangsiapa sesat itu untuk dirinya sendiri” . Memberi erti segala hukum hakam Islam adalah yang terbaik buat manusia.

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam karyanya Tariq al-Hijratain menyebut: “Sesungguhnya azab itu layak diterima kerana dua sebab; pertama, tidak mahu mendengar hujah serta enggan menerima dan beramal dengan tuntutannya.

Kedua, berkeras setelah ditegakkan hujah dan meninggalkan tanggungjawab berkaitan. Maka jenis yang pertama; kufur berpaling (enggan mendengar) dan yang kedua; kufur keras kepala.
Adapun kufur kerana jahil tanpa ditegakkan hujah dan tanpa kemampuan untuk mengenali hujah, jenis inilah yang Allah tidak akan azab sehingga tertegaknya hujah rasul”. Seterus Ibn Qayyim menyebut lagi:

“Sesungguhnya penegakan hujah itu berbeza  dengan berbezanya zaman, tempat dan individu. Mungkin dikira tertegaknya hujah ke atas orang-orang kafir pada suatu zaman, tidak pula pada zaman yang lain. Juga dikira tertegak pada satu tempat atau kawasan, tidak pada tempat atau kawasan yang lain. Demikian untuk seseorang, namun tidak pada individu lain”  (m/s 438. Kaherah: Maktabah al-Mutanabi)

Selagi seseorang itu tidak mendapat hujah yang konkrit mengenai Islam, tidak semestinya dia akan masuk ke neraka, kerna apa yang bukan Islam kenal Islam hanyalah melalui propaganda bukan Islam yang sebenar, hujah sepertimana hujah rasul. Kalau hujah sekadar main-main, tak sampai dakwah kepada mereka dengan jelas.

Mafhum hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah,

“ Dahulu ada seorang lelaki yang tidak pernah berbuat kebaikan telah berpesan kepada isterinya : seandainya aku mati, bakarlah mayat badanku, setengah jasadku diletakkan di lautan dan setengahnya di daratan. Apabila lelaki tersebut mati dan diperlakukan sedemikian oleh isterinya, lalu Allah SWT telah menyatukan semula badannya semasa di alam barzakh. Lalu ditanya oleh Allah kepada lelaki tersebut : Kenapa engkau berbuat begitu. Lalu dijawab : Kerana aku takut akan Mu, Allah. Lantas, Allah telah memasukkan orang tersebut ke dalam syurga meskipun dia tidak pernah berbuat kebaikan kerana kata akhirnya yang mentauhidkan Allah” (maaf tak dapat dicarikan sumber hadis ini)
Banyak kes, kisah orang yang tidak berbuat kebaikan tapi masih dapat memasuki syurga seperti kisah seorang pelacur memasuki syurga kerana memberi minum pada seekor anjing.



 Benz merespons :
Tak penting sama ada aku Islam ataupun tidak. Pemikiran aku dah evolve, dulu teologi kiri sekarang teologi pembebasan. Siapa engkau untuk menghukum kafir seseorang? Perkara asas jatuh kafir adalah pada iktikad, perbuatan dan ucapan. Iktikad dalam hati yang menentukan segalanya. Sedang aku mengatakan kalimah – kalimah mulhid ( atheis ) untuk merangsang orang berfikir. Benz merujuk Pandangan Ali Syariati.

Ibnu Izhar : tapi aku boleh hukum engkau kafir , sebab apa yang aku Nampak melalui zahir, engkau mengucapkan sesuatu yang menyebabkan engkau terkeluar dari Islam walaupun dalam hati engkau mungkin lain

Kisah semasa Musailamah Al-Kazzab, ada dua orang sahabat Nabi yang dipaksa untuk mengakui bahawa Musailamah adalah nabi. Seorang mengaku bahawa dia adalah nabi, (kerana takut akan diapa-apakan), sedang seorang sahabat lagi tekad mempertahankan akidahnya. Rujuk Kisah Habib b Zaid dan Musailamah.

Benz :  Aku dikafirkan kerana syubhat? Adakah Syiah juga kafir?

Ibnu Izhar : Syiah secara umumnya tidak boleh dikatakan kafir. Kalau dia tolak para sahabat, barulah jatuh hukum kafir kerana para sahabatlah yang bawa quran secara mutawattir, sanad-sanad nabi. Allah redha akan para sahabat, siapa kita untuk mencaci, mengkafirkan dan menolak kita. Rujuk :

Benz Ali : Bukankah Abdullah b Ubai itu dikira juga sebagai sahabat nabi ?

Ibnu Izhar : Tidak dikira sebagai taraf para sahabat. Kerana telah dinasakhkan oleh Allah di dalam quran, surah Al-Munafiqun. Sebab kita perlu ikut juga ijtihad para sahabat adalah kerana :

"Aku wasiatkan padamu agar engkau bertakwa kepada Allah, patuh dan ta'at, sekalipun yang memerintahmu seorang budak Habsyi. Sebab barangsiapa hidup (lama) di antara kamu tentu akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Karena itu, berpe-gang teguhlah pada sunnahku dan sunnah khulafa'ur rasyidin yang (mereka itu) mendapat petunjuk. Pegang teguhlah ia se-kuat-kuatnya. Dan hati-hatilah terhadap setiap perkara yang di-ada-adakan, karena semua perkara yang diada-adakan itu ada-lah bid'ah, sedang setiap bid'ah adalah sesat (dan setiap yang sesat tempatnya di dalam Neraka)." (HR. Nasa'i dan At-Tirmi-dzi, ia berkata hadits hasan shahih). 

Asas aku kritik kau adalah kerana kau claim kau Islam tapi tak mahu ambil semua juzuk quran. Kau persoalkan aqidah orang muslim yang tidak membela keadilan, kemiskinan itu kenapa? Sedangkan bab itu ada dalam fiqh zakat, mualamat dan lain - lain.

Define kau (Benz Ali) Islam atau tidak?

Benz : Soal aku Islam atau tidak itu tidak penting. ( Setelah keadaan hadirin seolah-olah memaksa Benz untuk menyatakan pendiriannya, lalu Benz mengaku bahawa ) : Aku tidak Islam. *husnuzon dalam hati masih ada iman.

Ustaz Wan Ji cuba menenangkan keadaan. Lalu inginkan fokus kembali terarah kepada perbiuncangan asal.
Lalu mengemukakan soalan : Kalau orang melakukan keadilan tapi tidak mengucap syahadah , syurga atau neraka?

Ibnu Izhar :  Kalau dia tidak dapat "Islam yang sebenar" tapi sekadar propaganda, boleh masuk syurga.

PANDANGAN PERIBADI PENULIS



Pertama minta maaf itu sahaja yang mampu tercoret daripada perdebatan panjang lebar mereka. Aku tak dapat banyak catit daripada Benz sebab kurang faham hubungan kata-katanya, dan aku tak nampak flow apa yang dia sampaikan berbanding Ibnu Izhar.

Perdebatan malam itu bagi aku kurang menarik kerana bukan buku dengan ruas. Benz Ali , seorang intelektual, pengkaji menelaah buku yang pelbagai bertemu pula dengan Ibnu Izhar, yang banyak gunakan dalil Nas. Mungkin ada yang berpandangan lain daripada aku, tapi aku mengimpikan suatu perdebatan dimana - mana Ibnu Izhar dapat mengkritik Benz Ali betul - betul secara ilmiah, fahami setiap idea, teologi - teologi Benz Ali bukan sekadar menghentam secara ulama'.

Mungkin untuk penambahbaikan, pihak penganjur dapat aturkan jangka masa yang tetap untuk mana-mana pihak saling berlawan hujah, agar lebih tersusun , hujah menjadi lebih solid, tidak terlalu plain dan tidak terlalu melaut kelaut.

Semoga Tuhan menemukan jalan yang lurus kepada para pencari. The School of Seekers.

Friday, February 14, 2014

100 KOSA KATA ANWAR IBRAHIM

Ini adalah terma-terma yang saya ambil daripada Buku : Jelaskan Wadah Perbaharui Tekad (Pesanan Buat Generasi Muda) yang merupakan ambilan daripada ucapan dasar Anwar Ibrahim yang ketika itu merupakan Presiden ABIM pada 1975 yang ditahan di Kem Kamunting. Ucapan ini diutus semasa Muktamar ABIM 1975 lalu dibacakan oleh pemangku ketika itu, Ustaz Fadzil Noor.

Saya merasakan terma - terma ini adalah sangat baik untuk kita fahami maknanya, dan dapat digunakan dalam ucapan mahupun penulisan. Sosok pemimpin sangat hebat, apatah merupakan graduan bahasa dari Universiti Malaya, gaya bahasa, susunannya sangat cantik elok dimasukkan dalam karangan tidak kira mana peringkat, sekolah mahupun univesiti.

Ada beberapa perkataan yang belum berkesempatan saya mencari maksudnya, jika saudara/i ada ilmu tentang itu, bolehlah dikongsikan bersama.


1. Nahdah
2. Ad-Din - cara hidup
3. Syumul - Menyeluruh
4. Original - Idea-idea asli
5. Syura
6. Furu' - masalah kecil
7. Tasamuh - toleransi
8. Murunah - fleksibel
9. Soal usul - perkara penting
10. Tasawwur - worldview, cara pandang dunia
11. Haq dan 'adl -
12. Pragmatik -
13. Khayalan elit - angan orang atasan
14. Emansipasi -
15. Vacuum - kekosongan
16. Rational - alasan
17. white man's burden
18. Hegemoni
19. Christianization
20. Acuan intelligensia
21. Methodological -
22. Nominal -
23. Ruh ul-Jihad
24. Isti'mar ruhi wa fikri - Penjajahan pemikiran dan jiwa
25. Fatalis -
26. Colonosibilite -
27. Label islam - sesuatu perkara yang dikaitkan dengan nama nama islamik
28. Iklim tempatan -
29. Pesimis -
30. Counter culture -
31. Krisis nilai dan kepercayaan -
32. Al- isti'mar al-dakhili - Jarum halus penjajah
33. Sayugia
34. Kritis terhadap diri
35. Dunia Islam
36. Ulama ad-Dunya - orang alim yang mencari keuntungan dunia berbanding redha Allah
37. Keterlanjuran
38. Ulil Amri - pemimpin
39. Mau'izah hasanah -
40. Prinsip hikmah -
41. Ulama apologis - ulama yang mengalah terhadap Barat, tidak kritis terhadap kerajaan spt Wahabi
42. Kacamata barat -
43. Mempelopori -
44. Authority - Pakar
45. Unitary - kesatuan
46. Polytheism - syirik
47. Heroic struggles
48. Laissez faire - biarkan (mereka) lakukan (mengikut pilihan mereka); bahasa Perancis
49. Reduction et absurdum
50. Naivite -

Saturday, February 8, 2014

30 QUOTES FOR LIFE




Hidup Dengan Kata - Kata Positif :D



Bismillahirrahirrahmanirrahim. Assalamualaikumsemua. Apa khabar? Post ini biasa sahaja, nothing special. Aku sekadar copy dan paste kan quotes yang diambil daripada group facebook Quotes For Life. (Klik utk join) 
Nak minta maaf kalau english tunggang terbalik sebabnya group ini sebenarnya diasaskan oleh orang Sepanyol. Jadi, apa yang terpatri disini sekadar translate daripada Bing ( Laman Web). Kalau grammar salah tu tegurlah, nanti aku betulkan balik. Sebab aku memang tak check pun.Nanti korang akan perasan yang ada dinyatakan nama spain disebelah setiap kata-kata tu. Ha..itu nama pendek diorang. Enjoy!

1.       If you love someone, don't you have to go
2.       "Being master I can tell you that I am no psychologist, but I do believe your son in itself."
3.       Don´t be afraid to start over. It´s a new chance to rebuild what you want. – Ana Valeri
4.       don't care with who step on 14 February, while I have with whom to spend each may 10. – David Guevara
5.       There is love that you make throughout life, there are others who do not have pal click balance. – Linda Fernandez
6.       Getting knowledge, experiences empapate. – Mauricio Reyes
7.       Can I at least give you an awkward hug? – Rodrigo
8.       I you will not promise eternal love, because I am not eternal, but I promise that as long as we are together, every day will be crazy. – Sandra
9.       Today I scrambled for it, but fate made me find it again, I keep asking for that has gone without my explanation may be more bad from what I guess, as they say, nor as close by to kill, nor so far for that I die. – Ricardo

10.   Failure is an opportunity to start again. – Ponce
11.   I suicide every night with an overdose of your memories. – Abraham
12.   If you want to know what a woman really, look, don't listen to it. – Ruth
13.   I am not half of something looking for my other half... I am a whole which does not need accessories!
Having a partner is not a necessity! – Compean
14.   Is surprising someone wrong? – Abraham
15.   “It is rare to see how in a matter of seconds the image you had a person, for evil or for worse you can collapse before you! – Anahi
16.   Sometimes one may stipulate the why of things looking for answers where just there them find the reason why when there is no such looking for in your memories, perhaps a sigh because crying is worthless, and you can only hope...
Even though you know at the end everything it will be as you will continue regardless who think when you wake up and you ask, where is that happiness?
That you may reside in sadness and it will always be like that sadness will not cease and the happiness will not return.
You know that waiting would not, in the end, everything is just so tired of waiting, you think that crying will help you believing that the weight of your tears you calm came... where is your dream? “

More one story without end – Andre

17.   Smart is one who knows where it wants to go and more intelligent than even knows where already does not have to return. – Karen

18.   Kill people to get out in the news and say hello to your MOM. – Abraham

19.   No woman knows what he wants until he sees it on offer – Lucy

20.   My last connection is only to see your last connection. – Abraham


21.   -Say to someone with depression "just get over it and be happy" is like saying someone with a broken leg to run to the hospital. It's like saying someone with claustrophobia that go into a closet and shut the door. It's like saying to a drug addict who sit in a room full of drugs and do not touch any. How can you judge something you don't understand? – Abraham

22.   Although I do not have the privilege of seeing you every day. Although it is no longer I who make you smile. Although not to mention a single word. Although our eyes already do not coincide. Believe it or not I don't care. Although it seems that you don't want to. Remember that I love you more than what one day I said, more than what you thought a day and most of what you'll want someone. I just know it, even if you do not know it. – Rodrigo

23.   I’m always so full of arguments and you with her smile leaving me speechless – Rodrigo

24.   Today is a great day! – Raquel

25.   I don't want money, I want to be healthy as a worm, married to the past, tired of thinking.
Save my soul from the cell, which return to the jungle, free, as when pulled the book and sounded the Bell. – Willman


26.   I was a dictator but first of all a gentleman. – Willman
27.   You'll be as pretty as you want, but tell me... If the world were blind, would you mind how many people being impressed? - Ruth
28.   A woman can be the sweetest of the sky, or the cruelest of hell... as you try it!- Ruth
29.   Joy comes after the, after the full, after love, the loneliness – Osvaldo
30.   True love ways:-the inevitable desire to help the other to make it who is meant to be. - Christopher