Tuesday, January 28, 2014

FIQH COUPLE – DOSA ATAU SEKADAR PERSEPSI?



CONTENGAN NOTA UNTUK DIKONGSI


Alhamdulillah, semalam 27 Januari 2014, Isnin bertempat di Al-Malik Faisal Hall (AMF), CFSIIUM telah diadakan sebuah forum yang dianjurkan oleh Biah Solehah Campaign (Bsc) Agent. Forum tersebut menampilkan Ustaz Nizam Abdul Kadir, penulis buku "BOLEHKAH BERCOUPLE?", juga seorang pensyarah di kampus ini dan Pencetus Ummah, PU Rahmat Ikhsan, daie yang terbit dari rancangan Pencetus Ummah Astro Oasis musim pertama, juga seorang pelajar aliran Sains di UKM Serdang.

Program bermula pada jam 9.25 malam dan berakhir pada jam 11.15 malam. Kehadiran pada program ini sangat membanggakan, penuh dewan tidak kira lelaki mahupun perempuan. Inisiatif baik daripada pihak Bsc yang menetapkan pelajar untuk duduk di lantai disebalik menyediakan kerusi. Kelas-kelas bersebelahan AMF terpaksa dibuka bagi memberi peluang kepada mereka yang tidak bernasib baik berada di dalam dewan.

 Langkah tepat daripada pimpinan PKPIM PJ yang menunda USRAH UMUM yang sepatutnya berlangsung pada masa dan tarikh yang sama pada keesokan harinya bagi memberi ruang kepada ahli-ahli usrah untuk menyertai forum pada malam tersebut, walaupun ramai yang berfikiran agak skeptik dengan perkara – perkara berbaur perasaan tapi menginsafi pesanan pimpinan untuk “ambil yang jernih, buang yang keruh” terutama sekali berkaitan dengan ikhtilat yang sering berlaku dalam urusan persatuan.


                                                  Penuh dengan muslimat. Standard.
Forum dimulakan dengan moderator, seorang muslimin; penuntut CFSIIUM sendiri membacakan dua potong ayat Quran.

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. ” ( Rum 30:21)

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui." ( Yaasin 36:36)


SOALAN 1 :  Ramai yang dihadapan menjaga ikhtilat, tetapi dilaman social seperti – whatsapp, facebook, twitter. Apa hukumnya? -ustaz nizam
-          Tafsir surah Yaasin ayat 36 : Tujuan diciptakan manusia adalah berkenalan bukan seolah – olah tak boleh tengok langsung. Seorang lelaki bercakap bersendirian dengan tingkap di kelas, rupa-rupanya ada muslimat di dalam kelas. SYADIDNYA. Tetapi Allah SWT tak suruh menjaga sampai macam itu, Cuma kita perlu tundukkan pandangan. Dalam surah An-Nur ayat 30 – 31,

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. “


-          Ulama mentafsirkan ayat ini, menyebut harus melihat perempuan itu selain daripada aurat. Yakni aurat selain muka dan pergelangan tangan. Menjaga pandangan daripa melihat yang HARAM.
-          Tetapi dalam social berlainan. Melihat konteks, dalam percakapan, sebuah mafhum quran menyebut , “ Janganlah mereka (wanita) merendahkan suara “ ; iaitu suara yang lemah lembut, menggoda seperti suara seorang pelacur.
-          ** Aplikasikan bagaimana berhubung dalam sms / laman social ?
Contoh : cehat ke? K je.. buat apa..
Setakat letak smiley itu tidak salah. Yang salahnya apabila :
1)      Bertanya berkaitan rahsia perempuan seperti pakaian dalam, atau tarikh period perempuan tersebut
·         Nabi dengan sahabiah, apabila ditanya soal hukum hakam berkaitan dengan rahsia perempuan, langsung baginda serahkan hal tersebut pada Saidatina Aisyah r.a.

Kesimpulan : Boleh berhubung tapi perlu menjaga batas. Tapi bagi aku, kalau takda hal penting tak payahlah nak berhubung, tak matipun.

SOALAN KEDUA : Golongan yang pandang orang KAPEL sebagai berdosa. Bagaimana? - pu rahmat
-          “tak kenal maka tak cinta, sudah kenal jangan jatuh cinta”
-          Bezakan Antara KAPEL dengan CINTA – Antara DOSA dan PAHALA.
-          Jika benar cinta, takkan membawa seseorang yang dicintai ke neraka ( dicilok daripada Hilal Aysraf)
"Macam poyo sangat je aku malam ni"  Memang.

Saya mula tertanya-tanya mengenai cinta apabila membaca sirah para sahabat, ada yang sujud kepada Allah sepanjang-panjang malam. Ada pula yang menginfakkan seluruh hartanya untuk Islam. Ridiculous!
Apakah itu? Bila cinta menguasai, kita pasti akan push diri kita pada tahap yang TERBAIK. 

Zaman ini, adab sebagai pendakwah; disiplin semakin kurang. Kita suka judge orang lain, pandang pelik pada orang yang “jauh dari agama”. Seperlunya, bercakaplah mengikut tahap mad’u (objek dakwah) . Jangan bercerita tentang sesuatu yang kita nak tapi apa yang mereka nak. 

“Jangan pandang Ulama seperti tiada masa silam,
Jangan pandang pendosa seperti tiada masa depan,
Biar jadi insan, jangan jadi tuhan,
Jangan kutuk tapi pujuk,
Terbuka jangan jumud,
Puji jangan keji,
Kita daie bukan mufti”

Apabila menegur sahabat-sahabat kita yang berkapel, jangan gunakan sesuatu yang berat. Tamsilnya :

PEREMPUAN : Tekankan soal emosi. “ Kalau lelaki kau boleh mesej kau sekarang, tak mustahil dia boleh mesej perempuan lain apabila korang dah berkahwin nanti”
LELAKI : Tekankan soal rasional. “ Kau mesej perempuan tu tak membazir duit ke? Satu mesej dah RM 0.20. Benda – benda kecik pun korang mesej, dah banyak membazir”

Kesimpulan : Kenalkan mereka cinta pada Allah lebih daripada cinta makhluk.

SOALAN 3: Dalam organisasi, persatuan adanya ikhtilat untuk melancarkan gerak kerja. Ada yang pandang serong. Boleh ke? Bagaimana? - ustaz nizam
*kisah nabi dipegang seorang perempuan untuk diceritakan perihal rahsianya. Nabi khalwat; berdua-duaan dengan wanita tersebut tetapi di depan para sahabat yang lain, mereka melihat namun tidak dapat mendengar isi perbualan. Rahsia.

                                           ni ikhtilat  yang boleh? - gambar pkpim pusat
IKHTILAT HARAM : Ada persentuhan Antara berlainan jantina

MENGATASI MASALAH IKHTILAT :
1)      Masa pertemuan kena sesuai; bukan di tengah-tengah malam
2)      Tempat yang terbuka
3)      Lagi ramai lelaki dan perempuan dalam sesuatu tempat kurang fitnah
*contoh : 3 laki dan 2 perempuan > 1 laki dan 2 perempuan
Ibnu Hajar berkata “ Lagi banyak jumlah percampuran lelaki dan perempuan, semakin kurang fitnahnya ( Haramnya)”

Contoh Salah : Di tempat yang jauh daripada orang ramai seperti SWAP3, duduk berdua-duaan berlainan jantina berbincang soal paperwork.
*kisah nabi meminang ummu salamah

SOALAN 4 : Persepsi masyarakat semakin terbuka. Menganggap COUPLE itu HALAL- Adakah soal perhubungan sekadar mengikut trend? Betul atau salah? -
ustaz nizam.
-          Masalah kita ialah gagal memahami definisi, sepatutnya dalam memberi sebarang pandangan kena ikut Allah dan RasulNya
-          ANALOGI : Adakah dengan mengkhinzirkan BABI, akan hilang sifat KEBABIAN?
-          Habis tu macam mana nak kenal SIAPAKAH DIA kalau COUPLE itu HARAM?
-          *kisah ibnu sina merawat puteri sleeping beauty kemaruk cinta KISAH IBNU SINA MERAWAT PUTERI RAJA
“Walaupun kamu bercinta 20 tahun, tapi kamu takkan kenal dia tapi lakonannya” – Fatimah Syarha.

-          Kena banyak sucikan hati daripada mengingati seorang yang belum halal buat kita
-          “ Islam itu datang secara asing, dan akan kembali secara asing, maka beruntunglah orang – orang yang asing” – Mafhum hadis nabi
-          Orang yang beramal dengan Islam itu memang pelik. Sedangkan nabi dahulu, masyarakat semua menyembah berhala, dia dan beberapa yang lain menyembah Allah SWT.
-          ANALOGI : “ Kalau semua orang kata Rahmat comel, tetiba ada seorang kata Rahmat tak comel” ; PELIK
-          Semua bergantung pada persepsi. Persepsi datang daripada apa yang kita tengok seperti televisyen. Dari kecil lagi disuapkan dengan Tom & Jerry : kucing pukul tikus. Jadi abang – abang meniru pula memukul adik. Cerita Shin Chan : perangai loklak, “belalai gajah”

SOALAN 5 : APA BEZA NIKAH KHITBAH DENGAN NIKAH “BIASA”? - ustaz nizam
Apa itu nikah khitbah? KLIK JANGAN MALAS.

-          Khitbah diambil daripada definisi pertunangan. Ada akad nikah, tapi suami iseri terlepas dari tanggungjawab keluarga. Suami tidak perlu menyediakan tempat tinggal, makan minum, atau pakaian.
-          Sesuai untuk mereka yang masih di alam belajar.
-          Contoh : lelaki dari Mahallah Abu Bakar , perempuan dari Mahallah Zainab. :P , hari kelas sibuk dengan assignment dsb hujung minggu keluar berdating. HALAL. 



SOALAN 6 : NASIHAT USTAZ UNTUK ORANG YANG TIDAK PERCAYA BAHAWA JODOH ITU DARIPADA ALLAH. TIDAK SANGGUP BERPISAH TAKUT DIRAMPAS OLEH ORANG LAIN. - pu rahmat
-          Kita kena faham dan yakin sepenuhnya akan janji Allah SWT yang ada di dalam surah An-Nur ayat ke 26.
 "Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."


-          Faham : Gunakan Akal.
-          Yakin : Gunakan hati.

-          Rasa risau orang yang kita suka dirampas oleh orang lain itu adalah fitrah. Tetapi kita tetap ada option untuk “menjamin” kita dengan seseorang itu seperti :
-          1) Jumpa ibu bapa dia
-          2) Kumpul duit secukupnya
-          3) Belajar dan mendalami bab nikah

-          Namun rasa risau ini perlu dikawal, bersederhana, WASATIYYAH. Wasatiyyah bukan sekadar pada makna bersederhana tapi “ngam ngam” kena pada tempatnya.
-          Contoh : Derma pada Palestine RM 1000, derma pada malapetaka Jepun RM100, 000 ( X kena)

SOALAN 7 : UMUR 19 TAHUN SUDAH BERTUNANG TETAPI ABANG – ABANG MEMAKSA UNTUK MEMUTUSKAN PERTUNANGAN. BAGAIMANA? - ustaz nizam
-          Dalam persoalan ini, abang bukanlah wali mujbir, hanya bapa atau datuknya sahaja.
-          Kisah rasulullah dengan perempuan yang mengadu tak suka kepada lelaki yang dia dipaksa untuk bernikah

-          Perempuan ada hak untuk memilih
-          Sultan adalah wali bagi wanita yang tidak mempunyai wali
-          Dalam Quran, mafhum ayat menyatakan perempuan itu sendiri yang menikahkan dirinya


SOALAN 8 : BENARKAH NIKAH GANTUNG MERUPAKAN FAHAMAN ATAU IDEOLOGI SYIAH? - ustaz nizam
-          Tidak. Yang dikatakan nikah dari ideology syiah adalah NIKAH MUT’AH.
-          HARAM Nikah mut’ah , tidak cukup dua rukun nikah iaitu :
-          1) tiada wali daripada pihak perempuan
-          2) tiada saksi 

-          Walhal, nikah gantung ( khitbah) cukup rukun nikah: ada ijabkabul, ada saksi dsb
-          Cuma tiada walimatul urus (kenduri) dan mereka tidak tinggal bersama
-          Nikah gantung adalah solusi bagi mereka yang masih belajar, selepas habis belajar baru diadakan kenduri

SOALAN 9 : BOLEHKAH SESEORANG PEREMPUAN MELUAHKAN PERASAAN PADA LELAKI? - pu rahmat
  Pu rahmat sedang meluahkan sesuatu kepada ustaz nizam. ni takpe halal.
“ Cinta bukan untuk dilupus, tapi untuk diurus”
“ Perempuan yang luahkan perasaan pada lelaki bukanlah tidak tahu malu, tapi tahu apa yang dia mahu “

-          Permasalahan utama bukannya pada meluahkan cinta, tapi masalah adab, masalah yang wujud di sekitarnya seperti restu ibu ayah, ahli keluarga terhadap sesuatu perhubungan, soal persediaan.

-          MASALAH UTAMA : Ramai mak ayah yang anggap kita masih seperti kanak-kanak, belum cukup matang
“Kamu nak bernikah bukan sekadar sampai ke jinjing pelamin, tetapi sampai pakaikan lampin” 

-          Banyak bebanan dan cabaran yang akan muncul selepas kahwin nanti
-          Jika ingin meluahkan perasaan, gunalah saluran yang betul misalnya menggunakan ustaz / naqib / naqibah untuk merisik seseorang tetapi bukan sekarang.

SOALAN 10 : BENARKAH TIADA PERKATAAN HAWA DI DALAM AL – QURAN? - ustaz nizam blur sekejap
-          Cari sendiri
           PERKATAAN HAWA DI DALAM QURAN 

SOALAN 11: APAKAH PERKARA YANG BOLEH JADIKAN TANGGUNGJAWAB JATUH PADA SUAMI DALAM NIKAH KHITBAH? - ustaz nizam
-          Dalam Islam ada suatu lagi pernikahan iaitu “ NIKAH MISYAR” yang membawa pengertian pernikahan yang terdapat perjanjian khusus Antara lelaki dan perempuan berkaitan tanggungjawab yang perlu diuruskan masing –masing.

-          Ulama mengharuskan nikah misyar, ia mempunyai rukun nikah yang sama, Cuma ada perjanjian rahsia Antara lelaki dan perempuan.

-          Dalam konteks pelajar, masing – masing tidak perlu bertanggungjawab kepada suatu sama lain, soal nafkah, pakaian, atau tempat tinggal, cukup sekadar menjaga diri pasangannya dengan mengambil berat akan pasangannya.
       Apa itu nikah misyar? klik

SOALAN 12 : BOLEHKAH PEREMPUAN MENYIMPAN GAMBAR LELAKI DAN SEBALIKNYA? - ustaz nizam dan pu rahmat

-          Apakah niat atau tujuan kita menyimpannya?
-          Kalau diikutkan menyimpan gambar seseorang tidak mengapa kerana muka tidak dikira sebagai AURAT.
-          Menyimpan gambar beramai – ramai kurang fitnahnya.
-          Jika niat untuk berkhayal dengan gambar tersebut – “photosex” jatuh hukum HARAM
“ Apakah yang ada di sebalik baju ini?”
-           
“Ditetapkan atas anak Adam bagiannya dari zina, akan diperolehnya hal itu, tidak bisa tidak. Kedua mata itu berzina, zinanya dengan memandang. Kedua telinga itu berzina, zinanya dengan mendengarkan. Lisan itu berzina, zinanya dengan berbicara. Tangan itu berzina, zinanya dengan memegang. Kaki itu berzina, zinanya dengan melangkah. Sementara itu, hati berkeinginan dan beranganangan sedangkan kemaluan yang membenarkan itu semua atau mendustakannya.” (H.R. Muslim: 2657, alBukhori: 6243)
- Orang tua pesan " jangan pesan gambar lelaki, nanti takut dipoligami"
- Mencegah lebih baik daripada merawat.
- Jaga-jaga, takut gambar diphotshop. Anggap bahawa gambar itu adalah aset kita yang hanya untuk ditatap oleh si suami.
SOALAN 13 : BILAKAH WAKTU YANG TEPAT BAGI SESEORANG DAIE SAMPAIKAN MESEJ DAKWAH?- pu rahmat

Pendakwah yang baik bercakap pada masa yang baik
-          ISU SEMASA : Tindakan Prof Muhaya memberi nasihat soal positif dikala rakyat kesusahan adalah timing yang salah, walaupun perkara itu baik
-          Pendakwah yang luar biasa mencipta masa yang baik
Contoh : Jatuh di padang ketika sedang bermain bola, ucapkan “Alhamdulillah tak injured, nasib baik aku pakai seluar panjang, menutup aurat” *walaupun Nampak macam munafik sikit; bergantung pada hati sendiri.

SOALAN 14 : PENGURUSAN MINDA ; MINDSET BERKAITAN COUPLE - ustaz nizam
-          Bercintalah mengikut syariat, jangan melanggar batasan agama
-          Namun harus difikirkan, sepanjang 5-6 tahun bercinta tatkala menunggu habis belajar, banyak perkara – perkara dosa dan maksiat yang dilakukan.
-          Keberkatan suatu pernikahan bergantung pada alam percintaan lagi.
-          Kemanisan percintaan selepas bernikah tidak akan dirasai lagi seandainya sebelum bernikah selalu bersama
-          HIKMAH ORANG TUA : Adat batal air sembahyang semasa perkahwinan sebenarnya nak bagi feeling bila first time sentuh pasangan kita. Tapi kalau sebelum berkahwin dah sentuh banyak kali, tangan merayap merata nikmat itu tidak akan dirasai lagi.

KATA – KATA AKHIR PU RAHMAT
-           Nak kahwin perlu capai target sampai “Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah”
-          Jangan gopoh, kita ada Allah
-          Sebelum melangkah ke baitul muslim, selesaikan fardhu muslim
“Lelaki yang kacak dan perempuan yang cantik, hasilkan persandingan yang cantik,
Lelaki yang soleh dan perempuan yang solehah, hasilkan perkahwinan yang cantik”


PANDANGAN PENULIS

Pada perspektif saya, forum semalam agak santai dan Berjaya mencapai targetnya dalam menjawab persoalan COUPLE – Dosa atau Sekadar Persepsi. Sudah terang lagikan bersuluh, yang halal itu halal dan yang haram itu haram. Tetapi kita perlu letakkan satu indikator, apa aku selepas keluar dari Forum ini :
1)    Memahami dan melaksanakan batasan perhubungan lelaki dan perempuan – tidak kira sama ada secara face-to-face atau di alam maya seandainya tiada urusan yang mustahak tidak perlu berhubung apatah berkongsi tentang perkara yang membangkitkan syahwat
2)      Berwasatiyyah dalam ikhtilat. Tak perlu rigid sangat sampai menyusahkan sesuatu urusan untuk dilaksanakan disebabkan terlalu menjaga batasan.
3)      Bagi yang belum berpunya, tapi ada hasrat dalam hati, sebaiknya simpan dahulu hasrat tersebut sehingga tiba pada waktu yang tepat, jika ingin meluahkan gunakan saluran yang betul, fikir kesan yang akan terjadi daripada perbuatan tersebut.
4)      Bagi yang sudah berpunya, atau bertaaruf, jagalah perhubungan masing – masing. Jangan melebih – lebih dalam perhubungan  yang masih BELUM SAH, takut keberkatan dan kemanisan berkurangan apabila sudah berkahwin? Dah hilang nikmat bermesej, call, rindu, dating dengan pasangan..
5)      Membina jati diri . Fardhu Muslim. Menjadi mahasiswa yang lebih matang dalam pengurusan diri, gerak kerja, emosi, tingkahlaku, dan gaya berfikir dengan banyak menyertai majlis-majlis ilmu, program berbentuk ilmiah dan berat-berat disebalik ceramah - ceramah "meleleh - leleh", "lembik" macam ini. 

    p/s: Hangpa takda alasan nak escape usrah malam ni, kami dah bagi chance kat hangpa semalam bergelumang dengan "benda-benda" ni. Kena balancekan balik akal yang penuh dengan perasaan dengan pemikiran kritis. Jangan dok lembik saja. Harap forum ni tak jadi asbab hangpa nak menghalalkan perhubungan yang tak syarie. pis coo..:D. Terbuka kepada semua pelajar CFSIIUM. jOM-Jom! Details kat poster tu.