Friday, September 13, 2013

MENGHARUNG MASA MENDATANG PKPIM - Pesanan Abang Hilmi Ramli

Pasca berakhirnya muktamar PKPIM kali ke 52 pada 8 September yang lalu, saya fikir ada baiknya kita sama-sama membaca kembali pesanan penting yang dinukilkan oleh saudara Hilmi Ramli, mantan Presiden PKPIM 2006-2009 di dalam buku PKPIM 5 Dasawarsa mengenai halatuju gerakan ini. Maka, saya mengambil bahagian untuk menyiarkan content tersebut di blog ini. Amanat beliau pada helaian terakhir buku tersebut menitikkan soal apa stand PKPIM sebagai badan non-partisan, soal kemana halatuju aktivitis wadah ini selepas keluar atau tamat berkhidmat disini. Madrasah ini telah melahirkan ramai manusia yang berperanan besar dalam masyarakat, melebar jauh ke pelosok, "change the system through the system" . Selamat berkahwin dengan perjuangan rakan-rakan!  




MENGHARUNG MASA MENDATANG

Usia 50 tahun bagi sesebuah organisasi sebenarnya masih muda. Pada peringkat ini, PKPIM semestinya sudah melalui beberapa fasa yang penting dalam mendepani masa mendatang yang mencabar. Tulisan ini tidak dapat menafikan ada elemen sentrel yang susuk seperti Anwar Ibrahim, bermula penglibatan beliau dalam PKPIM, selepas menyertai UMNO dan selepas disingkirkan daripada UMNO. Banyak hal dan keadaan semasa yang berlaku, di peringkat PKPIM akan ada hal yang seakan selari dengan apa yang beliau laksanakan, bahkan ada juga pertembungan, sama ada secara sengaja atau tidak.

Ini hakikat yang tidak dapat dielak dalam iklim sosio-politik Negara. Kehadiran beliau sendiri menjadi magnet, ataupun daya tarikan kepanda fenomena sosio-politik nasional yang berlaku hatta sehingga hari ini pun. Tidak sewajarnya kita menafikan rentetan sejarah yang pernah berlaku, dengan tidak mengiktiraf sama ada dalam bentuk sumbangan yang pernah diberikan, mahupun perubahan positif yang pernah berlaku. Semestinya, penulisan ini berbentuk objektif dan telus dalam merakamkan episode yang pernah dilalui sendiri oleh PKPIM. Sikap lari daripada reality sebenar umpama peribahasa Melayu “takut akan bayang-bayang sendiri”.

Anwar semasa memimpin PKPIM

Oleh sebab itu, penulisan buku ini memaparkan hakikat perjalanan PKPIM yang sebenarnya sepanjang hampir 50 tahun di persada dakwah., PKPIM tetap menyantuni dan menghormati sesiapa jua yang pernah lahir dalam madrasah PKPIM ini, tanpa mengira individu dan generasi, dengan sikap menjaga ukhuwah, brotherhood relationship bersama senior-senior PKPIM. Ini adalah tradisi berterusan dalam PKPIM supaya hubungan dalam PKPIM bukan berhenti sekadar dalam tempoh memegang jawatan sahaja ataupun keahlian sahaja, tetapi sehingga selamanya.

Namun demikian, PKPIM bertegas dengan prinsip perjuangan dengan tidak menggadaikan prinsip non-partisan walaupun terpaksa berbeza pandangan dengan kakanda dalam parti politik kepartian. Bagi PKPIM, idealism perjuangan pelajar semestinya merentasi politik kepartian, dengan menggunakan kaca mata dakwah dalam melihat perihal yang berlaku. Apatah lagi, perlu dijelaskan, sememangnya ramai mantan kepimpinan PKPIM berada di parti politik seperti UMNO, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mungkin PAS. Namun demikian, PKPIM sama sekali tidak ada kecenderungan kepada mana-mana parti yang didokongi oleh mantan-mantan kepimpinan PKPIM.

PKPIM perlu menegakkan keadilan dan kebenaran walau di pihak siapa pun. Mana yang mungkar harus ditegur, mana yang baik dan bermanfaat seharusnya disokong.
Tuduhan yang sterotype seolah-olah PKPIM sebagai opurtunis juga dilemparkan kepada PKPIM. Ini boleh jadi kerana mereka tidak dapat memperkudakan PKPIM untuk mengikut agenda mereka. Bagi mereka, sokongan tanpa mengira bulu dilihat sebagai lalang yang tidak konsisten. Kekeliruan seperti inilah yang seharusnya diperbetulkan. Kebenaran, kebaikan dan keadilan harus dipertahakan walau siapa yang melakukannya., Kekeliruan dan kejahilan dan kezaliman harus ditentang walau siapa yang melakukannya. Apa yang beza adalah cara kita mengani permasalahan itu iaitu dengan hikmah.


Ada juga persoalan yang timbul, apabila melihat mengapa ada kecenderungan mantan aktivis PKPIM terjun ke gelanggang politik tetapi sebahagian besarnya menyertai parti UMNO ataupun Parti Keadilan Rakyat. Mengapa tidak ada yang benar-benar terjun ke dalam parti Melayu dominan yang lain seperti PAS? Ada, tetapi terlalu minimum berbanding menyertai dua parti diatas. Mereka yang pernah menyertai PAS adalah seperti Abd Halim Arshad (mantan Naib YDP PKPIM 1973-1974) yang pernah menjadi setiausaha PAS Kedah, bertanding di kawasan Kubang Pasu 1982 dan kawasan Padang Terap 1985, Wan Ismail Wan Ibrahim (mantan Setiausaha Agung dan YDP PKPIM 1966-1967), tokoh PAS, bertanding di Adun Sungai Rasau dan pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Besar Kelantan (1973-1977) dan Nik Mustafa Shafie (mantan Naib YDP PKPIM 1965-1968), yang pernah menjawat Bendahari PAS dan bertanding di Adun Jeli, Kelantan pada 1974-1977.

Persoalan ini terlalu subjektif untuk ditafsirkan. Barangkali, jalur pemikiran dan orientasi perjuangan mereka sebati disalurkan dalam wadah politik seumpama itu. Nama seperti Dato’ Seri Anwar Ibrahim (UMNO kemudian PKR), Dato Fuad Hassan, Dato’ Kamaruddin Md Nor, Dr Asyraf Wajdi yang terjun ke UMNO dan nama seperti Dr Mohd Nor Manuty, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Mustafa Kamil Ayub dan lainnya yang terjun dalam PKR. Bagi PAS, mereka mempunyai Gamis sebagai sayap mahasiswa yang membawa orientasi yang selari dan saluran kaderisasi utama mereka.
Saudara Hilmi Ramli pernah muncul di TV1, program Bicara Siswa

PKPIM, tidak ada dasar menyalurkan aktivisnya ke mana-mana tempat, termasuk wadah politik kepartian. Kecenderungan daripada mereka menyertai parti politik adalah keputusan mereka sendiri. PKPIM hanya menjaga hubungan sedia ada demi mesej perjuangan terus berkekalan. Apa yang menjadi jalur pemisah untuk memastikan PKPIM terus menjaga krediliti prinsip non-partisan adalah dengan memastikan tidak ada di kalangan kepimpinan PKPIM memegang jawatan PKPIM, dan masa yang sama terlibat aktif dalam kerja politik kepartian.

Bahkan tidak tepat juga hanya mengaitkan PKPIM dengan jalur politik sahaja. Ada di kalangan graduan PKPIM menjadi pentadbir, pensyarah, pendidik, ahli perniagaan, pemimpin NGO dan pelbagai lapangan lagi. Secara asasnya, mereka bebas memilih lapangan mana yang mereka ingin sumbangkan, bahkan mungkin mereka dapat menyumbang dengan lebih besar dalam sesuatu lapangan yang mereka pilih. Akhirnya mereka seharusnya membawa mesej dakwah dan Islah di lingkungan pengaruh mereka, dan memimpin kearah kebenaran dan keadilan.

PKPIM akan terus memimpin generasi muda sekiranya sikap objektif dan pendirian tegas diambil dalam mendepani masa depan yang mencabar. Kredibiliti inilah yang harus dipertahankan, bagi memastikan perjuangan dan kesinambungan madrasah PKPIM dapat dimanfaatkan oleh generasi mendatang. “Graduan” madrasah PKPIM telah melebar ke serata tempat dan pelusuk umat. Ada yang masih istiqamah dengan perjuangan dakwah, ada yang sudah lentur da nada yang juga terus alpa dengan perjuangan dakwah. Hakikatnya, madrasah PKPIM sudah melahirkan individu yang boleh menabur jasa, walau di mana berada, walau wadah mana yang dinaunginya dan walau jawatan yang dimilikinya. Lima Dasawarsa Menabur Jasa adalah cerminan kata-kata keramat dalam PKPIM, iaitu Hidup Biar Berjasa!

RUJUKAN

Muhd. Hilmi Ramli, Yusni Yussof, PKPIM 5 Dasawarsa (1961-2011), PKPIM, Gombak, 2009

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saudara Hilmi Ramli merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 2000-2005 dalam bidang Usul Fiqh. Merupakan presiden PKPIM 2006-2009, Ahli Majlis Perundingan Belia Negara 2006-2008, Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia (MBM)
Sering memberi ceramah, membentang kertas kerja, latihan kepimpinan dan naqib dalam halaqah ilmu. Pernah menyumbang artikel di Berita Harian, Utusan Malaysia, Malaysiakini dan Dewan Masyarakat. Pernah menjadi kolumnis Catatan Kembara Dewan Siswa Oktober 2005-Jun 2006.


Apa itu PKPIM? (Analisa peribadi)
- sebuah pertubuhan pelajar Islam, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang telah bertapak di Malaysia sejak 1961 lagi. Secara jujurnya, PKPIM merupakan sayap pemuda ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia). Pasti ada semua kenal dengan TASKI ABIM yang kita pernah bersekolah dahulu. Itu antara pembangunan dalam bidang pendidikan yang telah ABIM lakukan. PKPIM merupakan sebuah NGO atau badan bukan kerajaan yang terdiri daripada persatuan mahasiswa Islam peringkat kampus di seluruh Malaysia dan juga Badan Gabungan Negeri (BGN) yakni persatuan mahasiswa di peringkat negeri masing-masing. PKPIM komited dalam membangunkan ahli kearah menjadi mahasiswa yang bersifat holistik yang seimbang pembangunan dirinya. Apa yang membezakan PKPIM dengan gerakan lain ialah PKPIM mempunyai dan mengamalkan tradisi ilmu yang kuat dan mengambil pendirian nonpartisan , tidak menyokong mana-mana pihak kerajaan mahupun pemerintah. Sisi intelektualisme dan nonpartisan ini menjadikan PKPIM sangat dinamik kerana dapat duduk berbincang dan bekerjasama dengan mana-mana organisasi pun dalam menyebarkan syiar Islam tanpa diperkudakan oleh parti politik demi kepentingan mereka.

Sunday, September 1, 2013

 Turning Point Part 1 - Anak Tangga
The turning point in the process of growing up is when you discover the core of strength within you that survives all hurt.Max Lerner


19 tahun hidup di dunia ini, aku bukanlah seorang yang sempurna. Banyak kesilapan demi kesilapan yang telah aku lakukan sepanjang menjadi musafir sementara di dunia ini. Bagi aku, kronika(catatan) silam ini sangat mustahak untuk aku jadikan kayu pengukur buat diri pada masa akan datang. Mungkin ada sahabat-sahabat pembaca diluar sana yang berkongsi jalan hidup yang hampir sama dapat mengambil manfaat sebaik mungkin. Penulisan entri kali ini bukanlah untuk mendedahkan keburukan diri tetapi sebaliknya ingin mengoreksi diri ini sejauh mana aku gunakan segala nikmat jasad yang diberikan oleh Allah dalam mengapai redhaNya. Bukan jua ingin menunjukkan "kemalaikatan" diri. Iman dan semangat sentiasa naik turun. Tidak bermakna sekarang aku adalah seorang yang tersangat "perfect". Turut sama, tidak ingin menipu diri sendiri. Di usia yang sekitar 7 tahun, aku masih ingat ketika mana aku pernah menghantukkan kepala adikku yang berumur 2 tahun lebih muda daripada aku ke simen longkang ketika aku “bergaduh manja” dengan dia. Parut tu masih kekal hingga hari ini. Tubuh ini juga pernah menolak jatuh individu yang sama hingga terkupas sedikit kulit pipinya.

Mangsa - mangsa buli aku (Gambar 2010)

Zaman di sekolah rendah aku penuh dengan sejarah “perosak barang”. Habis barang – barang bersifat kaca aku pecahkan dek bermain bola di dalam rumah dan keganasan melampau. Aku juga suatu ketika dulu seperti “tikus membaiki labu”. Ada sahaja barang-barang elektronik/elektrik di rumah yang belum rosak sepenuhnya terus tidak boleh dipakai apabila sampai di tangan “mekanik cilik” ini. Namun diri ini berasa sangat beruntung kerana dilahirkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan agama. Ayah sering menekankan soal solat, bacaan quran, solat berjemaah dan lain-lain. Alhamdulillah, sejak aku berumur 6 tahun ayah sudah memperkenalkan Iqra’ kepadaku yang Berjaya aku tamatkan ketika menganjak darjah 2. Seterusnya pengajian Al-Quran dengan ayah bermula darjah 3 hingga darjah 6. Lagi beberapa juz untuk tamat, aku sudah menyambung pengajian menengah di sekolah berasrama. Walaupun agak lambat, jika hendak dibandingkan dengan adik-beradik yang lain, tetapi aku berasa sangat bersyukur sekurang-kurangnya aku mampu membaca Al-Quran dengan lancar kerna masih ramai rakan diluar sana yang masih tidak tahu membaca kitab suci ini. 

Duduk di asrama tidaklah mentarbiyah aku secara menyeluruh yang dapat aku aplikasikan ketika pulang di rumah. Sebaliknya, tabiat tidur lambat di asrama terbawa-bawa kerana menyiapkan kerja yang bertimbun terbawa-bawa ke rumah. Tapi situasi lain sedikit, “comfort zone” di rumah dengan adanya PlayStation menyebabkan aku sering berjaga sehingga lewat malam menghabiskan karier Master dalam Siri “Winning Eleven Pro Evolution Soccer” yang menyebabkan aku sering “subuh gajah”. Lalu kata-kata pedih mencucuk hati terungkap oleh ayahku, “Hang dah baligh. Hang tanggung dosa sendiri, hang nak sembahyang ke tak nak itu hang punya pasal”.

Winning Eleven - Aktiviti Larut Malam


Peningkatan usia sebagai seorang remaja di era yang sangat mencabar iman tidak dapat tidak turut menarik diriku terhayut dengan budaya-budaya negatif. Hubungan rapat dengan geng – geng nakal memberi impak besar yang pada mulanya keberadaan bersama dengan mereka hanyalah untuk suka-suka. Dan mereka merupakan kawan yang setia. Remaja yang sering diistilahkan sebagai “golongan pencuba” kerap kali melakukan perkara – perkara “try and error”. Kadang – kadang, “error” yang dilakukan gagal diperbetulkan menjadikan generasi muda ini terus dibawa arus kelalaian. Mulut, percakapan, mata, telinga, tangan dan anggota lain ketika itu banyak disalurkan pada aktiviti kebatilan. Ditambah dengan hati yang penuh dengan kepura-puraan menjadi alim dihadapan abang – abang “BADAR” yang sering menegur dan menghukum junior di sekolah asrama yang aku duduki.

Mujur PMR telah menyelamatkan orientasi hidupku. Gaya hidup yang penuh bergelomang dengan dosa dan kehipokritan tahap tertinggi harus diubah segera demi PMR yang akan menentukan sama ada aku akan kekal di sekolah berasrama itu atau tidak. Terngiang – ngiang pesanan seorang sahabat bernama Bo (bukan nama sebenar) ketika memulakan alam persekolahan di tingkatan 3, “Benda yang tak elok yang kita buat akan menyebabkan ilmu tak masuk selama 40 hari”. Aku tidak pasti sejauh mana kebenaran perkara yang dia sampaikan, namun yang pastinya “Ilmu itu cahaya, dan cahaya tidak akan masuk ke dalam hati yang gelap”. Jangka masa 40 hari cuba aku konsistenkan dengan amalan kerohanian yang mendidik hati dan berusaha untuk meninggalkan segala larangan Allah SWT. Alhamdulillah, aku berjaya istiqamah lebih dari apa yang aku targetkan.

Dalam jalan mencari tuhan, aku diajak oleh senior bernama Ikhwan Azim untuk terlibat sama dalam “dakwah tabligh”. Dakwah yang mengajak manusia kepada yang Tuhan Yang Satu dan Menidakkan Yang Lain. Pendekatan sufi, tawadduk dan zuhud dalam Jemaah ini telah memaksimumkan perubahan diri aku. Tambahan, dikelilingi oleh rakan – rakan yang bergerak sama dalam Jemaah menyebabkan hati ini sentiasa diisi dengan perkara yang meningkatkan iman. Perjumpaan atau Mesyuarat Harian yang dilakukan setiap hari selepas asar berperihalkan dakwah Islamiah dan penekanan aspek keimanan, serta nasihat – nasihat terus menyuburkan jiwa-jiwa yang hadir sama.

Ramai orang bermula dengan "Tabligh" sebelum terjun ke Jemaah yang lebih dinamik

Walaubagaimanapun, jiwa Muslim mana jika tidak diuji sejauh mana imannya. Di akhir babak tingkatan 3, kekurangan siri Mesyuarat Harian atas dasar kesibukan masing-masing telah menatijahkan aku untuk terlibat dengan ikhtilat yang tidak sepatutnya dengan manusia yang berlawanan jantina. Allahurabbi. Hormon – hormon yang kian membesar sedikit sebanyak menyebabkan pembuakkan gelojak jiwa dengan seorang yang belum pasti menjadi milik kita. Penangan ujian yang cukup kuat bagi seorang remaja dalam menepis pergi bisikan yang tidak baik ditambah dengan keadaan persekitaran kawan – kawan yang tidak menjaga batasan pergaulan dan mengalu-alukan perkara mungkar terus berjalan hatta di kalangan geng berkopiah dan bertudung sopan. Fitnah bermaharajalela, siapa lagi da’ie yang benar-benar ikhlas, menjaga diri dan cakap buat dalam perjuangan. Alhamdulillah, Tuhan memilih untuk menyelamatkan sekali lagi diri ini.

Disuap secara mendadak oleh ukhtiku, Nurliyana dengan segala tausiyah dan pesanan demi pesanan telah banyak membantu aku untuk kembali di landasan sebenar. Beliau agak ekstrem ketika itu, semuanya nak dihukum, dah macam polis pencen. Adakah kerana beliau AJK BADAR Biro Ibadah & Disiplin SMKA Kerian menjadikan beliau bersifat "membangkang" seperti itu? Fatwa-fatwa kapel / analogi kapel yang meragukan dikeluarkan menjadi hujah beliau. Proses "doktrinisasi" beliau dengan jayanya berhasil melalui methodologi pemaksaan. Tidak dilupakan buku-buku agama, novel islamik yang menjadi makanan fikrah yang kukuh buat diri. Antaranya, novel “Tautan Hati” tulisan Ustazah Fatimah Syarha. Disitu aku mula mengenal makna usrah, baitul muslim,serta dakwah yang sebenarnya. Dekad itu, novel islamik adalah sangat sedikit jika dibandingkan sekarang, 2013. Pengkisahan "islam as a way of life" adalah elemen penting yang menjadi penanda aras kepada da'ie sama ada gaya hidup kita selari atau tidak dengan syariat Islam. Tambahan, beberapa kenalan sesama jantina di yahoo Messenger dalam Group “Remaja Masjid” menyebabkan masa yang selama ini terisi dengan perkara-perkara lagho digantikan dengan suatu yang membangkitkan iman. Perkenalan di ym tidak berhenti disitu saja, diteruskan lagi dengan bertukar-tukar no telefon untuk memudahkan aku bertanyakan perihal agama kepada mereka.

Novel yang membina jiwa buat Gen-Y


Antaranya, abang Muzammir Muhammad dan abang Fakhrullah b Mawardi (http://sabahanmuslim.blogspot.com) Kedua-dua tokoh belia yang aku salute kerana kehadiran mereka telah memberi impak yang cukup besar di dalam diriku hingga sekarang. Muzammir Muhammad, berumur 22 tahun dahulunya merupakan Ketua Pelajar dan Ketua Badar SMKA Tok Jiring. Mendapat 10AI dan melanjutkan pelajaran di Jepun dalam bidang ekonomi. Beliau adalah seorang yang sangat disanjungi atas kelagendaannya di sekolah, suatu analisis yang aku buat apabila berkenalan dengan rakan-rakan di UIA dari sekolah yang sama, SMKA Tok Jiring, Terengganu. Kenali beliau dengan lebih mendalam di blog http://trapies.blogspot.com/ .

"Setiap sentuhan orang terhadap kita pastinya meninggalkan kesan terhadap kita hanya dibezakan dengan darjah perubahan dan kesan baik atau buruk. Maka, sahutlah seruan dakwah. Ajak dan serulah manusia kejalan Allah SWT. Soal penerimaan dan perubahan individu adalah urusan Allah SWT. Yang penting, usaha, doa dan tawakal. Islam untuk semua."

~ Bersambung…..