Monday, December 16, 2013

Jelajah Sungai Batu dan Jejak Badar

Assalamualaikum wbt
Bismillahirrahmanirahim.

Lama tak update blog. Asif agak sibuk. Yela sangat, padahal tak reti susun waktu.

Nak cerita pendek je.

Semalam alhamdulillah, dipertemukan juga dengan sahabat yang sudah 2 tahun terpisah iaitu Faris b Ismail aka Badar. Setelah lama menyepikan dirinya, kami skuad penjelajah SERATAS26 berjaya juga menemui beliau di rumahnya di Changkat Cermin, Ayer Tawar, Perak.

Apa yang spesel sangat kat Badar ni sampai sanggup kami jelajah?

Pertamanya, dia antara sahabat karib aku sewaktu di sekolah. Semasa form 3, dia duduk di sebelah kerusiku. Tapi setelah bertukar ke aliran teknologi, hubungan aku agak tidak serapat dahulu. Tambahan, dulu agak sibuk dengan banyak jawatan sehingga banyak juga rakan-rakanku yang yang tak sempat aku selami perasaan mereka, ke grass root.

Keduanya, beliau agak berbeza daripada kami yang lain kerana menyambung pelajaran dalam bidang agama. Mana tak peliknya, budak sekolah sains tiba-tiba memilih untuk ke sekolah pondok. Tapi itu merupakan suatu langkah yang harus dipuji dan dicontohi agar dari Seratas boleh munculnya ulama' yang boleh membaiki suasana di sekolah kelak.

Ketiga, dia hilang tanpa jejak. Walaupun ramai kawan-kawanku yang aku memang tak jumpa, atleast aku masih bersua mereka secara maya. Mamat seorang ini tidak. Walhal, no telefon nya tak ada siapa miliki. Facebook sendiri pun dia tak da.



Feeling blessed. Moga dapat bertemu lagi mungkin di sana, Pondok Pasir Tumboh, Kelantan. Mendalami ilmu bersama ulama!

p/s : nanti aku edit balik post ni. macam suram je..hee~

Wednesday, October 23, 2013

Sebelum Aku Bernikah

Sebelum Aku Bernikah..

walaupun bunyi macam poyo dan awal lagi..
tapi aku andainya aku diizinkan oleh Allah untuk hidup lebih lama pasti aku akan memasuki ke gerbang perkahwinan.

Ya. Itu dia. Yang mana nabi Muhammad saw galakkan sangat supaya selesaikan lagi setengah urusan penting hidup itu.

Setelah berkunjung ke rumah sahabat aku iaitu Din mantan setiausaha Badar Seratas 2011, banyak perkara yang aku belajar dan telah aku muhasabah kembali.

Aku telah terjumpa dengan sebuah buku bertajuk "Sebelum Aku Bernikah" karya Hilal Asyraf.

Rasanya kakak aku ada buku ni tapi aku tak pernah terdetik pun nak baca.

Dan rasanya pasti rakan-rakan seangkatan pemikiran agak "anti" dengan buku-buku bercorak perasaan ni.

"Too much feelings with lack of thinking".

Gagasan cinta Hilal Asyraf sangat menarik dan berbeza sekali dengan orang2 tarbiyah sebelumnya.

Cinta sebelum kahwin itu halal katanya. Walaupun aku dahulu agak ekstremis dalam soal cinta ni dek kerana sertai usrah yang ekstremis, huhu.. rasanya definisi cinta oleh akhi Hilal adalah lebih relevan dengan zaman sekarang.

Kita tak perlu membunuh cinta kerana ia fitrah. Rindu itu fitrah. Rasa suka itu fitrah.

Ia bukan membawa zina hati selagi kita tidak memikirkan perkara zina itu sendiri.

Whatever.

Mudin yang dulu bukanlah yang sekarang..

Friday, September 13, 2013

MENGHARUNG MASA MENDATANG PKPIM - Pesanan Abang Hilmi Ramli

Pasca berakhirnya muktamar PKPIM kali ke 52 pada 8 September yang lalu, saya fikir ada baiknya kita sama-sama membaca kembali pesanan penting yang dinukilkan oleh saudara Hilmi Ramli, mantan Presiden PKPIM 2006-2009 di dalam buku PKPIM 5 Dasawarsa mengenai halatuju gerakan ini. Maka, saya mengambil bahagian untuk menyiarkan content tersebut di blog ini. Amanat beliau pada helaian terakhir buku tersebut menitikkan soal apa stand PKPIM sebagai badan non-partisan, soal kemana halatuju aktivitis wadah ini selepas keluar atau tamat berkhidmat disini. Madrasah ini telah melahirkan ramai manusia yang berperanan besar dalam masyarakat, melebar jauh ke pelosok, "change the system through the system" . Selamat berkahwin dengan perjuangan rakan-rakan!  




MENGHARUNG MASA MENDATANG

Usia 50 tahun bagi sesebuah organisasi sebenarnya masih muda. Pada peringkat ini, PKPIM semestinya sudah melalui beberapa fasa yang penting dalam mendepani masa mendatang yang mencabar. Tulisan ini tidak dapat menafikan ada elemen sentrel yang susuk seperti Anwar Ibrahim, bermula penglibatan beliau dalam PKPIM, selepas menyertai UMNO dan selepas disingkirkan daripada UMNO. Banyak hal dan keadaan semasa yang berlaku, di peringkat PKPIM akan ada hal yang seakan selari dengan apa yang beliau laksanakan, bahkan ada juga pertembungan, sama ada secara sengaja atau tidak.

Ini hakikat yang tidak dapat dielak dalam iklim sosio-politik Negara. Kehadiran beliau sendiri menjadi magnet, ataupun daya tarikan kepanda fenomena sosio-politik nasional yang berlaku hatta sehingga hari ini pun. Tidak sewajarnya kita menafikan rentetan sejarah yang pernah berlaku, dengan tidak mengiktiraf sama ada dalam bentuk sumbangan yang pernah diberikan, mahupun perubahan positif yang pernah berlaku. Semestinya, penulisan ini berbentuk objektif dan telus dalam merakamkan episode yang pernah dilalui sendiri oleh PKPIM. Sikap lari daripada reality sebenar umpama peribahasa Melayu “takut akan bayang-bayang sendiri”.

Anwar semasa memimpin PKPIM

Oleh sebab itu, penulisan buku ini memaparkan hakikat perjalanan PKPIM yang sebenarnya sepanjang hampir 50 tahun di persada dakwah., PKPIM tetap menyantuni dan menghormati sesiapa jua yang pernah lahir dalam madrasah PKPIM ini, tanpa mengira individu dan generasi, dengan sikap menjaga ukhuwah, brotherhood relationship bersama senior-senior PKPIM. Ini adalah tradisi berterusan dalam PKPIM supaya hubungan dalam PKPIM bukan berhenti sekadar dalam tempoh memegang jawatan sahaja ataupun keahlian sahaja, tetapi sehingga selamanya.

Namun demikian, PKPIM bertegas dengan prinsip perjuangan dengan tidak menggadaikan prinsip non-partisan walaupun terpaksa berbeza pandangan dengan kakanda dalam parti politik kepartian. Bagi PKPIM, idealism perjuangan pelajar semestinya merentasi politik kepartian, dengan menggunakan kaca mata dakwah dalam melihat perihal yang berlaku. Apatah lagi, perlu dijelaskan, sememangnya ramai mantan kepimpinan PKPIM berada di parti politik seperti UMNO, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mungkin PAS. Namun demikian, PKPIM sama sekali tidak ada kecenderungan kepada mana-mana parti yang didokongi oleh mantan-mantan kepimpinan PKPIM.

PKPIM perlu menegakkan keadilan dan kebenaran walau di pihak siapa pun. Mana yang mungkar harus ditegur, mana yang baik dan bermanfaat seharusnya disokong.
Tuduhan yang sterotype seolah-olah PKPIM sebagai opurtunis juga dilemparkan kepada PKPIM. Ini boleh jadi kerana mereka tidak dapat memperkudakan PKPIM untuk mengikut agenda mereka. Bagi mereka, sokongan tanpa mengira bulu dilihat sebagai lalang yang tidak konsisten. Kekeliruan seperti inilah yang seharusnya diperbetulkan. Kebenaran, kebaikan dan keadilan harus dipertahakan walau siapa yang melakukannya., Kekeliruan dan kejahilan dan kezaliman harus ditentang walau siapa yang melakukannya. Apa yang beza adalah cara kita mengani permasalahan itu iaitu dengan hikmah.


Ada juga persoalan yang timbul, apabila melihat mengapa ada kecenderungan mantan aktivis PKPIM terjun ke gelanggang politik tetapi sebahagian besarnya menyertai parti UMNO ataupun Parti Keadilan Rakyat. Mengapa tidak ada yang benar-benar terjun ke dalam parti Melayu dominan yang lain seperti PAS? Ada, tetapi terlalu minimum berbanding menyertai dua parti diatas. Mereka yang pernah menyertai PAS adalah seperti Abd Halim Arshad (mantan Naib YDP PKPIM 1973-1974) yang pernah menjadi setiausaha PAS Kedah, bertanding di kawasan Kubang Pasu 1982 dan kawasan Padang Terap 1985, Wan Ismail Wan Ibrahim (mantan Setiausaha Agung dan YDP PKPIM 1966-1967), tokoh PAS, bertanding di Adun Sungai Rasau dan pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Besar Kelantan (1973-1977) dan Nik Mustafa Shafie (mantan Naib YDP PKPIM 1965-1968), yang pernah menjawat Bendahari PAS dan bertanding di Adun Jeli, Kelantan pada 1974-1977.

Persoalan ini terlalu subjektif untuk ditafsirkan. Barangkali, jalur pemikiran dan orientasi perjuangan mereka sebati disalurkan dalam wadah politik seumpama itu. Nama seperti Dato’ Seri Anwar Ibrahim (UMNO kemudian PKR), Dato Fuad Hassan, Dato’ Kamaruddin Md Nor, Dr Asyraf Wajdi yang terjun ke UMNO dan nama seperti Dr Mohd Nor Manuty, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Mustafa Kamil Ayub dan lainnya yang terjun dalam PKR. Bagi PAS, mereka mempunyai Gamis sebagai sayap mahasiswa yang membawa orientasi yang selari dan saluran kaderisasi utama mereka.
Saudara Hilmi Ramli pernah muncul di TV1, program Bicara Siswa

PKPIM, tidak ada dasar menyalurkan aktivisnya ke mana-mana tempat, termasuk wadah politik kepartian. Kecenderungan daripada mereka menyertai parti politik adalah keputusan mereka sendiri. PKPIM hanya menjaga hubungan sedia ada demi mesej perjuangan terus berkekalan. Apa yang menjadi jalur pemisah untuk memastikan PKPIM terus menjaga krediliti prinsip non-partisan adalah dengan memastikan tidak ada di kalangan kepimpinan PKPIM memegang jawatan PKPIM, dan masa yang sama terlibat aktif dalam kerja politik kepartian.

Bahkan tidak tepat juga hanya mengaitkan PKPIM dengan jalur politik sahaja. Ada di kalangan graduan PKPIM menjadi pentadbir, pensyarah, pendidik, ahli perniagaan, pemimpin NGO dan pelbagai lapangan lagi. Secara asasnya, mereka bebas memilih lapangan mana yang mereka ingin sumbangkan, bahkan mungkin mereka dapat menyumbang dengan lebih besar dalam sesuatu lapangan yang mereka pilih. Akhirnya mereka seharusnya membawa mesej dakwah dan Islah di lingkungan pengaruh mereka, dan memimpin kearah kebenaran dan keadilan.

PKPIM akan terus memimpin generasi muda sekiranya sikap objektif dan pendirian tegas diambil dalam mendepani masa depan yang mencabar. Kredibiliti inilah yang harus dipertahankan, bagi memastikan perjuangan dan kesinambungan madrasah PKPIM dapat dimanfaatkan oleh generasi mendatang. “Graduan” madrasah PKPIM telah melebar ke serata tempat dan pelusuk umat. Ada yang masih istiqamah dengan perjuangan dakwah, ada yang sudah lentur da nada yang juga terus alpa dengan perjuangan dakwah. Hakikatnya, madrasah PKPIM sudah melahirkan individu yang boleh menabur jasa, walau di mana berada, walau wadah mana yang dinaunginya dan walau jawatan yang dimilikinya. Lima Dasawarsa Menabur Jasa adalah cerminan kata-kata keramat dalam PKPIM, iaitu Hidup Biar Berjasa!

RUJUKAN

Muhd. Hilmi Ramli, Yusni Yussof, PKPIM 5 Dasawarsa (1961-2011), PKPIM, Gombak, 2009

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saudara Hilmi Ramli merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 2000-2005 dalam bidang Usul Fiqh. Merupakan presiden PKPIM 2006-2009, Ahli Majlis Perundingan Belia Negara 2006-2008, Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia (MBM)
Sering memberi ceramah, membentang kertas kerja, latihan kepimpinan dan naqib dalam halaqah ilmu. Pernah menyumbang artikel di Berita Harian, Utusan Malaysia, Malaysiakini dan Dewan Masyarakat. Pernah menjadi kolumnis Catatan Kembara Dewan Siswa Oktober 2005-Jun 2006.


Apa itu PKPIM? (Analisa peribadi)
- sebuah pertubuhan pelajar Islam, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang telah bertapak di Malaysia sejak 1961 lagi. Secara jujurnya, PKPIM merupakan sayap pemuda ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia). Pasti ada semua kenal dengan TASKI ABIM yang kita pernah bersekolah dahulu. Itu antara pembangunan dalam bidang pendidikan yang telah ABIM lakukan. PKPIM merupakan sebuah NGO atau badan bukan kerajaan yang terdiri daripada persatuan mahasiswa Islam peringkat kampus di seluruh Malaysia dan juga Badan Gabungan Negeri (BGN) yakni persatuan mahasiswa di peringkat negeri masing-masing. PKPIM komited dalam membangunkan ahli kearah menjadi mahasiswa yang bersifat holistik yang seimbang pembangunan dirinya. Apa yang membezakan PKPIM dengan gerakan lain ialah PKPIM mempunyai dan mengamalkan tradisi ilmu yang kuat dan mengambil pendirian nonpartisan , tidak menyokong mana-mana pihak kerajaan mahupun pemerintah. Sisi intelektualisme dan nonpartisan ini menjadikan PKPIM sangat dinamik kerana dapat duduk berbincang dan bekerjasama dengan mana-mana organisasi pun dalam menyebarkan syiar Islam tanpa diperkudakan oleh parti politik demi kepentingan mereka.

Sunday, September 1, 2013

 Turning Point Part 1 - Anak Tangga
The turning point in the process of growing up is when you discover the core of strength within you that survives all hurt.Max Lerner


19 tahun hidup di dunia ini, aku bukanlah seorang yang sempurna. Banyak kesilapan demi kesilapan yang telah aku lakukan sepanjang menjadi musafir sementara di dunia ini. Bagi aku, kronika(catatan) silam ini sangat mustahak untuk aku jadikan kayu pengukur buat diri pada masa akan datang. Mungkin ada sahabat-sahabat pembaca diluar sana yang berkongsi jalan hidup yang hampir sama dapat mengambil manfaat sebaik mungkin. Penulisan entri kali ini bukanlah untuk mendedahkan keburukan diri tetapi sebaliknya ingin mengoreksi diri ini sejauh mana aku gunakan segala nikmat jasad yang diberikan oleh Allah dalam mengapai redhaNya. Bukan jua ingin menunjukkan "kemalaikatan" diri. Iman dan semangat sentiasa naik turun. Tidak bermakna sekarang aku adalah seorang yang tersangat "perfect". Turut sama, tidak ingin menipu diri sendiri. Di usia yang sekitar 7 tahun, aku masih ingat ketika mana aku pernah menghantukkan kepala adikku yang berumur 2 tahun lebih muda daripada aku ke simen longkang ketika aku “bergaduh manja” dengan dia. Parut tu masih kekal hingga hari ini. Tubuh ini juga pernah menolak jatuh individu yang sama hingga terkupas sedikit kulit pipinya.

Mangsa - mangsa buli aku (Gambar 2010)

Zaman di sekolah rendah aku penuh dengan sejarah “perosak barang”. Habis barang – barang bersifat kaca aku pecahkan dek bermain bola di dalam rumah dan keganasan melampau. Aku juga suatu ketika dulu seperti “tikus membaiki labu”. Ada sahaja barang-barang elektronik/elektrik di rumah yang belum rosak sepenuhnya terus tidak boleh dipakai apabila sampai di tangan “mekanik cilik” ini. Namun diri ini berasa sangat beruntung kerana dilahirkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan agama. Ayah sering menekankan soal solat, bacaan quran, solat berjemaah dan lain-lain. Alhamdulillah, sejak aku berumur 6 tahun ayah sudah memperkenalkan Iqra’ kepadaku yang Berjaya aku tamatkan ketika menganjak darjah 2. Seterusnya pengajian Al-Quran dengan ayah bermula darjah 3 hingga darjah 6. Lagi beberapa juz untuk tamat, aku sudah menyambung pengajian menengah di sekolah berasrama. Walaupun agak lambat, jika hendak dibandingkan dengan adik-beradik yang lain, tetapi aku berasa sangat bersyukur sekurang-kurangnya aku mampu membaca Al-Quran dengan lancar kerna masih ramai rakan diluar sana yang masih tidak tahu membaca kitab suci ini. 

Duduk di asrama tidaklah mentarbiyah aku secara menyeluruh yang dapat aku aplikasikan ketika pulang di rumah. Sebaliknya, tabiat tidur lambat di asrama terbawa-bawa kerana menyiapkan kerja yang bertimbun terbawa-bawa ke rumah. Tapi situasi lain sedikit, “comfort zone” di rumah dengan adanya PlayStation menyebabkan aku sering berjaga sehingga lewat malam menghabiskan karier Master dalam Siri “Winning Eleven Pro Evolution Soccer” yang menyebabkan aku sering “subuh gajah”. Lalu kata-kata pedih mencucuk hati terungkap oleh ayahku, “Hang dah baligh. Hang tanggung dosa sendiri, hang nak sembahyang ke tak nak itu hang punya pasal”.

Winning Eleven - Aktiviti Larut Malam


Peningkatan usia sebagai seorang remaja di era yang sangat mencabar iman tidak dapat tidak turut menarik diriku terhayut dengan budaya-budaya negatif. Hubungan rapat dengan geng – geng nakal memberi impak besar yang pada mulanya keberadaan bersama dengan mereka hanyalah untuk suka-suka. Dan mereka merupakan kawan yang setia. Remaja yang sering diistilahkan sebagai “golongan pencuba” kerap kali melakukan perkara – perkara “try and error”. Kadang – kadang, “error” yang dilakukan gagal diperbetulkan menjadikan generasi muda ini terus dibawa arus kelalaian. Mulut, percakapan, mata, telinga, tangan dan anggota lain ketika itu banyak disalurkan pada aktiviti kebatilan. Ditambah dengan hati yang penuh dengan kepura-puraan menjadi alim dihadapan abang – abang “BADAR” yang sering menegur dan menghukum junior di sekolah asrama yang aku duduki.

Mujur PMR telah menyelamatkan orientasi hidupku. Gaya hidup yang penuh bergelomang dengan dosa dan kehipokritan tahap tertinggi harus diubah segera demi PMR yang akan menentukan sama ada aku akan kekal di sekolah berasrama itu atau tidak. Terngiang – ngiang pesanan seorang sahabat bernama Bo (bukan nama sebenar) ketika memulakan alam persekolahan di tingkatan 3, “Benda yang tak elok yang kita buat akan menyebabkan ilmu tak masuk selama 40 hari”. Aku tidak pasti sejauh mana kebenaran perkara yang dia sampaikan, namun yang pastinya “Ilmu itu cahaya, dan cahaya tidak akan masuk ke dalam hati yang gelap”. Jangka masa 40 hari cuba aku konsistenkan dengan amalan kerohanian yang mendidik hati dan berusaha untuk meninggalkan segala larangan Allah SWT. Alhamdulillah, aku berjaya istiqamah lebih dari apa yang aku targetkan.

Dalam jalan mencari tuhan, aku diajak oleh senior bernama Ikhwan Azim untuk terlibat sama dalam “dakwah tabligh”. Dakwah yang mengajak manusia kepada yang Tuhan Yang Satu dan Menidakkan Yang Lain. Pendekatan sufi, tawadduk dan zuhud dalam Jemaah ini telah memaksimumkan perubahan diri aku. Tambahan, dikelilingi oleh rakan – rakan yang bergerak sama dalam Jemaah menyebabkan hati ini sentiasa diisi dengan perkara yang meningkatkan iman. Perjumpaan atau Mesyuarat Harian yang dilakukan setiap hari selepas asar berperihalkan dakwah Islamiah dan penekanan aspek keimanan, serta nasihat – nasihat terus menyuburkan jiwa-jiwa yang hadir sama.

Ramai orang bermula dengan "Tabligh" sebelum terjun ke Jemaah yang lebih dinamik

Walaubagaimanapun, jiwa Muslim mana jika tidak diuji sejauh mana imannya. Di akhir babak tingkatan 3, kekurangan siri Mesyuarat Harian atas dasar kesibukan masing-masing telah menatijahkan aku untuk terlibat dengan ikhtilat yang tidak sepatutnya dengan manusia yang berlawanan jantina. Allahurabbi. Hormon – hormon yang kian membesar sedikit sebanyak menyebabkan pembuakkan gelojak jiwa dengan seorang yang belum pasti menjadi milik kita. Penangan ujian yang cukup kuat bagi seorang remaja dalam menepis pergi bisikan yang tidak baik ditambah dengan keadaan persekitaran kawan – kawan yang tidak menjaga batasan pergaulan dan mengalu-alukan perkara mungkar terus berjalan hatta di kalangan geng berkopiah dan bertudung sopan. Fitnah bermaharajalela, siapa lagi da’ie yang benar-benar ikhlas, menjaga diri dan cakap buat dalam perjuangan. Alhamdulillah, Tuhan memilih untuk menyelamatkan sekali lagi diri ini.

Disuap secara mendadak oleh ukhtiku, Nurliyana dengan segala tausiyah dan pesanan demi pesanan telah banyak membantu aku untuk kembali di landasan sebenar. Beliau agak ekstrem ketika itu, semuanya nak dihukum, dah macam polis pencen. Adakah kerana beliau AJK BADAR Biro Ibadah & Disiplin SMKA Kerian menjadikan beliau bersifat "membangkang" seperti itu? Fatwa-fatwa kapel / analogi kapel yang meragukan dikeluarkan menjadi hujah beliau. Proses "doktrinisasi" beliau dengan jayanya berhasil melalui methodologi pemaksaan. Tidak dilupakan buku-buku agama, novel islamik yang menjadi makanan fikrah yang kukuh buat diri. Antaranya, novel “Tautan Hati” tulisan Ustazah Fatimah Syarha. Disitu aku mula mengenal makna usrah, baitul muslim,serta dakwah yang sebenarnya. Dekad itu, novel islamik adalah sangat sedikit jika dibandingkan sekarang, 2013. Pengkisahan "islam as a way of life" adalah elemen penting yang menjadi penanda aras kepada da'ie sama ada gaya hidup kita selari atau tidak dengan syariat Islam. Tambahan, beberapa kenalan sesama jantina di yahoo Messenger dalam Group “Remaja Masjid” menyebabkan masa yang selama ini terisi dengan perkara-perkara lagho digantikan dengan suatu yang membangkitkan iman. Perkenalan di ym tidak berhenti disitu saja, diteruskan lagi dengan bertukar-tukar no telefon untuk memudahkan aku bertanyakan perihal agama kepada mereka.

Novel yang membina jiwa buat Gen-Y


Antaranya, abang Muzammir Muhammad dan abang Fakhrullah b Mawardi (http://sabahanmuslim.blogspot.com) Kedua-dua tokoh belia yang aku salute kerana kehadiran mereka telah memberi impak yang cukup besar di dalam diriku hingga sekarang. Muzammir Muhammad, berumur 22 tahun dahulunya merupakan Ketua Pelajar dan Ketua Badar SMKA Tok Jiring. Mendapat 10AI dan melanjutkan pelajaran di Jepun dalam bidang ekonomi. Beliau adalah seorang yang sangat disanjungi atas kelagendaannya di sekolah, suatu analisis yang aku buat apabila berkenalan dengan rakan-rakan di UIA dari sekolah yang sama, SMKA Tok Jiring, Terengganu. Kenali beliau dengan lebih mendalam di blog http://trapies.blogspot.com/ .

"Setiap sentuhan orang terhadap kita pastinya meninggalkan kesan terhadap kita hanya dibezakan dengan darjah perubahan dan kesan baik atau buruk. Maka, sahutlah seruan dakwah. Ajak dan serulah manusia kejalan Allah SWT. Soal penerimaan dan perubahan individu adalah urusan Allah SWT. Yang penting, usaha, doa dan tawakal. Islam untuk semua."

~ Bersambung…..

Saturday, August 24, 2013

Syarahan Prof Dr Asyraf Wajdi di UIAM PETALING JAYA

5 Mei 2013 yang lalu kita sekadar melihat tokoh ini membahaskan mengenai senario politik negara di RTM1 ketika keputusan PRU-13 diumumkan. Tokoh ini, Dr Asyraf Wajdi bahkan selalu dijemput bagi memberi buah fikiran di stesen televisyen.

- Program BICARA di TV-


18 Julai 2013, Khamis yang lepas, tidak disangka figure yang kita lihat di dalam kaca televisyen muncul secara live pada Majlis Iftar Jamaie Kolaborisasi PERKIM dan FSCC.

Berikut merupakan mutiara hikmah dari beliau yang pastinya jika dihadam betul dapat menjadi kita mahasiswa yang hebat dalam pelbagai aspek.

Peribadi Dr Asyraf Wajdi bin Dato' Haji Dusuki
1)Bekas pelajar Jurusan Ekonomi UIA (tahun akhir 2000)
2)Mendapat Anugerah Emas Pelajar Cemerlang UIA
3)Merasai 3 kampus UIA yang nomad ketika itu Subang>Lembah Pantai>Petaling Jaya>Gombak (pioneer group)
4)Sertai UIA kembali sebagai Lecturer dari tahun 2000-2008(8 tahun)
5)Bekas Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) tahun 2000
6)Bekas kakitangan tertinggi ISRA - Researcher in Islamic Finance (gaji sekitar 80,000)
7)Meletak jawatan daripada ISRA setelah ditawarkan jawatan sebagai Yang Di Pertua YADIEM (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia) walaupun gaji diterima jauh berkurangan
*satu-satunya YDP YADIEM berumur bawah 40 tahun dalam sejarah
Penasihat kewangan syariah di AFFIN BANK & AIA BANK

KEPENTINGAN AKTIF DALAM SOCIETY DI UNIVERSITI
Graduan biasa walaupun dapat 4flat, tapi gagal untuk assimilate(masuk) dalam masyarakat kerana kita bersifat terlalu individualistik, seolah-olah kita sahaja yang nak berjaya. Kita tak boleh bergantung pada kuliah dan bilik darjah dalam menimba ilmu. Ilmu soft skills di universiti inilah yang akan digunakan pada dunia sebenar, Sertai Islamic Society : kalau diri kita tak dicanai dengan fikrah Islami yang sebenar, kita akan mudah jatuh dalam realiti alam pekerjaan.

TEKNIK UNTUK CEMERLANG
Tidak bermakna terlibat dalam society akan melemahkan pelajaran, yang penting kita perlu set our priority : kurangkan masa lagho;fb,sembang kosong. Hormatilah lecturer pasti ada blessing disitu. Yakni, barakah iaitu ultimate happiness, calmity serta azzaniah yang bermaksud nilai tambah baik dalam diri, usaha sikit tapi banyak yang dapat. Tetap Ikhlaskan Niat Belajar Kerana Allah. Jika tidak faham topik, perlu consult lecturer secara langsung.
Dr Asyraf menyampaikan taujih di AMF, CFSIIUM PJ

MAHASISWA ADALAH ANAK MASYARAKAT
Pelajar universiti perlu jadi selektif dalam menyertai sesuatu program, jangan yang sertai yang bersifat lagho, tapi pilihlah yang dapat memanfaatkan orang lain. "Our Peers outside most of them dont have opportunity like us in university". Mahasiswa perlu turun adakan "program outrage"- beri motivasi kepada pelajar sekolah harian kerana keadaan di sek. harian sangat menakutkan, dek "Dunia tanpa sempadan". Pemikiran, mentaliti budak-budak makin rosak. Secara jelasnya, budaya pornografi tak dapat dibendung, freedom of expression yang melampau di fb dikalangan pelajar sekolah, budak tingkatan 2-3 dah ada yang berzina "As a leader our misson is clear" [why we join society] bukan sebab suka-suka, ada marqa, best, atau ikut-ikut kawan
> AKTIF : Jelas matlamat, nak berdakwah orang ke jalan Allah
Dua objektif :1) Mendirikan agama Allah
                      2) Mencari Mardhatillah
*(47:7)-"Jika kamu menolong agama Allah, nescaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"
*Pengalaman beliau kembali dari buat PHD di UK pada tahun 2005 dan menguruskan sistem kemasukan pelajar
>20% Pelajar Lelaki, 80% Pelajar Perempuan, persaingan untuk masuk ke UIA sangat hebat, terutama pada kos seperti medic;tempat disediakan 100 lebih tapi yang mendapat straight A' yang apply untuk kos tu mencecah 250 orang
**"Development of student in IIUM disappoint me" (due to our failure in capturing the most benefits in IIUM)

GERAKAN DAKWAH DI MALAYSIA
Keperluan untuk setiap gerakan islam di Malaysia mahupun di UIA untuk "think beyond politics", kita lupa "the fundamental things" dan kita lebih banyak bercakaran sesama sendiri. Ketika ini, proses Kristianisasi berlaku sangat hebat di Asia Tenggara ketika ini. [Laporan Dato' Zainal Abidin Kadir]. Tamsilnya, di Indonesia  ketika dulu 90% Majoriti Muslim tetapi kini sudah berkurang ke 82% [ramai yang murtad]
Berkaitan, Isu Penggunaan Kalimah Allah, Ada beberapa Gereja yang menggunakan nama "Rumah Allah" yang telah mengelirukan "people from rural area" . Kenyataan dikeluarkan sesetengah pihak bahawa "we are coming from the same God",tidak boleh dipakai kerana pada hakikatnya tak semua orang mempunyai kefahaman agama yang sama apatah golongan dari rural area.Majlis Keselamatan Dalam Negeri (MKN) melaporkan mengenai pergerakan kristianisasi di Malaysia memakan 40 mukasurat laporan.Bahkan yang lebih berbahaya ,Kristianisasi turut datang bersama idea baru spt Liberalisme dan Pluralisme (semua agama adalah sama). Oleh itu, pemerintah perlu menangai perkara ini secara serius diatas mempunyai tanggungjawab menjaga agama [SIASAH SYAKSIAH]-menjaga permashlahatan yang lebih besar

ORIENTASI YADIEM (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia) Layari www.yadim.com.my


Beliau, (Dr Asyraf Wajdi) baru dilantik sebulan, merasakan berat untuk memegang jawatan ini kerana masih terlalu muda jika nak dibandingkan trend YDP sebelum ini. Lalu beliau tekad untuk memikul juga amanah ini setelah diberi kuasa autonomi untuk menentukan orientasi dakwah di Malaysia. "You can do whatever you thing that you thinks is right to uplift Islam", dorongan diberikan seorang tokoh kepada beliau. Secara umumnya, YADIEM bertindak sebagai "the umbrella of all Islamic Movement and activism" NGOs like IKRAM,PERKIM, ISMA etc is under it. Beberapa fokus kita seperti perlukan banyakkan program turun ke masyarakat, mahasiswa digalakkan untuk menyertai program ini, dana akan disediakan oleh YADIEM sendiri. Selain itu juga, YADIEM sangat memerlukan tenaga kerja yang kuat dan ramai, terutama kepada golongan mualaf [tendency to reverting back to their origin religion is higher]. Ramai mualaf yang sudah berumur  30-40 tahun tapi asas fardhu ain masih lemah, perlukan tenaga kerja untuk bantu mengajar mereka
>Ramai yang mualaf yang masuk Islam kerana dua perkara:
1) Berkahwin
2) Masalah Ekonomi (sebab nak dapat zakat)


Demikian juga, kes murtad agak banyak, sehinggakan ada seorang sahabat beliau yang merupakan Naib Presiden PKPIM suatu ketika dulu yang bekerja di dalam khidmat guaman, memilih
untuk menjadi peguam untuk orang murtad kerana menganggap ia sebagai sebuah platform yang baik untuk dakwah golongan ini kembali ke pangkal jalan. "Do da'wah for society sake, ultimately for Allah's sake, we will become a successful leader; we should have UMMATIC PARADIGM not self-interest".

KEPELBAGAIAN JEMAAH

                                           Mesyuarat antara YADIM dan NGO islam yang lain

Kita perlu bersatu dalam dakwah, "synergize beyond harakah centric", usah sampai berpecah belah dan bermasam muka sesama kita yang berlainan aliran. SAHABAT YADIEM : WUFI (We Unite For Islam) dan PKPIM dll perlu turut bantu program YADIEM, jangan fokus politik sahaja, walaupun diakui politik itu perlu tapi perlu juga ada golongan yang memikirkan masalah umat. Kita semua berkongsi idealisme yang sama iaitu PERJUANGKAN ISLAM. Ramai pemimpin negara yang lahir dari UIA menyertai pihak kerajaan mahupun pembangkang,[root yang sama]. Maka, sewajarnya kita memilih untuk berlapang dada dalam perbezaan pendapat. Dengan adanya golongan yang ada fikrah Islam dalam kedua-dua belah pihak pastinya menstabilkan keadaan dan pengaruh Islam dikedua-duanya. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Baru-baru ini, saya mendapat mesej personal dari beliau di Facebook, mengajak saya untuk menyertai SAHABAT YADIM, gagasan mahasiswa dalam badan kerajaan itu. Sungguh, ini adalah suatu kejutan yang tidak terhingga diatas pemilihan Abang Wadi (panggilan mesra dalam PKPIM) .Allahuakbar, perasaan pastinya berbaur dek dihubungi secara direct oleh orang besar yang duduk semeja dengan Perdana Menteri . Umumnya, gagasan ini berfokuskan kepada aktiviti fasilitator di peringkat sekolah terutamanya bagi program seperti Nadwah Kepimpinan Islam (NKI) SBP dan SMKA. NKI pastinya akan lebih berkesan jika ada senior langsung alumni Badar yang turun menjadi fasilitator. Perkongsian pengalaman pengurusan, jihad di sekolah, cara pendekatan dakwah kepada pelajar. Pengisian ini pasti sedikit berbeza jika ianya adalah dari guru-guru penasihat Badar. Amat sesuai sekali, mahasiswa sebagai golongan yang dekat dengan usia mereka untuk menyantuni golongan yang masih di bangku persekolahan. Walaubagaimanapun, saya masih belum membuat keputusan rasmi memikirkan pro dan kontra diantara kemampuan diri dan keutamaan ketika ini terutama tanggungjawab dalam PKPIM. Kepada rakan-rakan yang mempunyai kelapangan masa dan berminat untuk menjadi SAHABAT YADIM, sesiapapun terutama yang masih bergelar mahasiswa bolehlah hubungi saya di facebook ~Allahu la sahla


Thursday, May 30, 2013

Berkurun dah ..krik3..My experience for the 1st semester 2011

p/s: benda ni sepatutnya dipost pada 2 tahun yang lalu, tapi dah lama biar berkarat dalam draft. lolol

Assalamualaikum wbt.. lama juga aku tak update blog ni.. so kira apa yang akan aku tulis ni merangkumi banyak peritiswa - peristiwa menarik sepanjang Jan-Mei 2011.. Dakwah, belajar, hal-hal remaja, isu semasa..

Januari
Masuk semula sekolah sebagai pelajar form 5 tak sangka dah nak SPM dah.. sekejap betul masa berlalu.. Dah la cuti tak studi sangat.. Memang patut la result Diagnostik teruk.. jawatan berat menanti di sekolah.. Timbalan Presiden BADAR.. bila fikir - fikir balik rasa sangat kerdil dan tak layak untuk jawatan setinggi ni.. Apa nak jadi.. takdir so terima je lah.. Awal - awal ni budak

Februari
Bulan ni kalau ikut kalendar hijrah.. bulan ni bulan rabiulawal.. untuk Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah aku telah dipilih untuk menjadi pengerusi majlis tersebut.. first time jadi pengerusi majlis sepanjang 10 tahun sebagai pelajar.. sekolah rendah tiada peluang.. sekolah menengah ada peluang.. so , agak kekok hari tu..tapi okay lah first time..antara program paling meriah Badar tahun 2011. banyak acara dijalankan. terima kasih sangat kepada semua ahli organisasi.

Bergambar dengan Setiausaha Agung BADAR 2011



Ringkasan 2011
Banyak cabaran dan halangan, saat pahit manis pada tahun ini. Segala kritikan, perbalahan, senyum tawa ceria bersama rakan-rakan akan sentiasa diingati walaupun kita sudah 2 tahun kita meninggalkan sekolah. Banyak perkara yang nak sangat dicapai disekolah dahulu tidak kesampaian, walaubagaimanapun LIFE MUST TO GO ON! Sama-sama muhasabah diri untuk masa hadapan yang lebih cerah. Dan menjadi hamba Allah SWT yang lebih taat. :-(

psss: sedih tak dapat skor straight A's SPM, tak dapat pergi oversea...pasti ada hikmah disebaliknya :DD..

Mudin's Profile

Assalamualaikum wbt. Maaf lama tak update blog. InsyaAllah saya akan lebih gencar dan cakna dalam pengurusan masa untuk memastikan blog ini terus dikemas kini. Selamat mengenali saya! Tujuan menulis ini bukan riak atau sebagainya, tapi adalah untuk mengimbau kembali perjuangan saya sebagai seorang manusia untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan, dan agar semangat dalam diri dapat disemarakkan lagi apabila membaca kejayaan diri yang lepas. InsyaAllah! :D

Nama : Mohd Naj'muddin bin Abdul Razak
Lahir : 16 Julai 1994
Lahir : Kota Kinabalu, Sabah
Membesar di : Selama, Perak
Hobi : Bermain Futsal & Softball, pergi ke perpustakaan, dan menonton siri televisyen "Laws & Debating Bases" spt. Boston Legal, Laws and Orders, SVU  dan Suits.

Latar Belakang Pendidikan :

1. Sekolah Kebangsaan Selama, Jalan Menteri (2001-2006)
  •  Pengawas Pusat Sumber 2003-2005
  • 8th place Story Telling Competition SKSJM 2005
  • Pertandingan Bercerita Kisah Al-Quran MTQ 2006
Ketika Menyambut Hari Lahir ke 20 bersama adik - adik Usrah

2. Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah(2007-2011)
  • Timbalan Presiden Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) 2011
  • Ketua Pengarang Buletin Bulanan BADAR
  • Setiausaha Agung Seratas Islamic Society
  • Presiden Kelab Catur
  • Pidato Hari Kemerdekaan
  • Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
  • Pemain pasukan Softball SERATAS LMS
  • Guru Muda Pelajar PMR 2010
  • Menjuarai Pertandingan Esei Transformasi Tokoh Sejarah 
  • Fasilitator Kem Pendidikan At-Taqwa 2010
  • Menyertai Hari Kebudayaan Bahasa Arab ke 5 SBP 2010
  • Mengikuti Kursus Bina Negara (Modal Insan), Biro Tatanegara ,Jabatan Perdana Menteri SBP ZON UTARA 2011
  • Pertandingan Hafazan Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid LMS 2011
Annual Grand Meeting (AGM) Engineus 2012-2013

3. Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2012-2013)

Semasa Pelajar Tahun Satu 
  • Setiausaha Agung Persatuan Pelajar Islam Seratas (I-PIS)
  • Calon Finalis Timbalan Presiden ENGINEUS 2
  • Program Coordinator Aidilifitri ENGINEUS 2012/2013
  • Blackhawk subcom Engineus sem 1 2012/2013
  •  Novice Debater : 1) Sri Iskandar Debate Open 2) Rector's Cup 3) Uniten's Open 4) National Novice 2013

Mengendalikan Sesi Usrah selepas berfutsal
  • Pidato Kemerdekaan 2012 Anjuran Kelab Debat Bahasa Melayu
  • Tempat ke-3 Pertandingan Menulis Puisi Bulan Ramadhan
  • Menjuarai Pertandingan Penulisan Teks Khutbah Jumaat MAIP (Majlis Agama Islam Perak)
  • Ahli usrah aktif IKRAM Siswa
Semasa Pelajar Tahun Dua
                                                       Gen 10 di  Muktamar PKPIM UIAM PJ
  • Program Coordinator Ibadah Camp Sem 1 2013/2014 
Ibadah Camp
  • Head Unit of Book Discussion Global Community Club GCC Sem 1 2013/2014
  • Timbalan Amir PKPIM UIAM PJ 2013/2014
  • Pengerusi Perhubungan Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP) Pusat Asasi UIAM PJ 2013/2014
  • Unit of Mass Media Dakwah & Tarbiyah PERKIM CFSIIUM 2013/2014
  •  Head of Special Task Baktisiswa Jalinan Kasih 9 PERKIM Sem 2 2013/2014
  • Head of Activism Bureau Global Community Club Sem 3 2013/2014
  • Programme Manager of Intellectual Discussion "Pluralisma Agama oleh Dr. Farid Shahran" Feb 2014
  • Programme Coordinator of "Teknik Belajar Mahasiswa Bitara" collaboration with PEMBINA March 2014
  • Unit Catering Perkampungan Menara Gading (PMG) Kebangsaan PKPIM April 2014
  • Programme Coordinator Masjid4U 2.0 April 2014
  • Panelis Forum " Taadud Jemaah : Suatu Kebaikan atau Perpecahan" anjuran School of Dummies
Semasa Transisi UIAM PJ ke UIAM Gombak (Jun - September 2014)
  • Unit of Preparation & Technical Taaruf Week 2014/2015 CFS IIUM
  • Part-time officer Mahallah Fatimah Az-Zahra
  • Mewakili PKPIM Bengkel Penulisan Media Anjuran Yayasan Aman
  • Peserta MSLS (Malaysian Student Leader Summit ) 2014 anjuran UKEC 
  • Naqib setia & pengarah strategik kaderisasi PKPIM UIAM PJ 2013/2014
  • Penjual sosej berkaliber dengan 10 orang anak buah 

Officer Mahallah Fatimah


Di MSLS 2014

  Bengkel Penulisan Yayasan Aman



4. Kampus Utama UIAM Gombak Sept 2014
  • Public Relation Wacana Islam & Melayu Intellectual Youth Club (IYC) 
  • Programme Manager Grand Iftar Mahallah Salahuddin Dec 2014
  • General Task Engineering Convention Enco 2015
  • Adun Muda Selangor anjuran Pejabat Negeri Selangor Dec 2014
  • Part-time Acid Reflux patient di Hospital Taiping
  • Head DnT Block Representative Council Salahuddin 2014
5.  Tahun 2015
  • Exco Dnt MRC Salahuddin 2015
  • Public Relation Perkampungan Menara Gading Perak 15
  • Subcommittee Welfare SRC 14/15
  • Subcommittee Education Enginius 14/15
  • Subcommittee Dakwah Bureau Ma'ruf Club 15/16
  • Co-chairperson DnT PKPIM UIAM Gombak
  • Public Relation Talk : Power of Youth Dakwah Carnival'15 Ma'ruf Club
  • Assistant Programme Manager TPPA Forum SRC 15/16
  • Master of Ceremony TPPA Forum SRC 15/16
  • Programme Manager Ibrah Talk by Ustaz Syaari Ma'ruf Club
  • Master of Ceremony Annual General Meeting Ma'ruf Club 15/16
  • Assistant Head of Welfare Bureau Enginius 15/16
  • Subcommittee Public Relation Secretariat Student Representative Council 15/16

That's all the achievement for now. I will update later :)
Perhaps, in English #OME